Jadi last week bila Zyzool ajak kami anak beranak camping di Pulau Mawar Mersing. Mira cam tertanya jugak kat mana Pulau Mawar ni tak pernah dengar pon. Tapi sebab dengar perkataan “camping” tu Ayra & Afya terus jawab “NAK”!! Hahaha.. Rupa-rupanya Pulau Mawar ini terletak di Mersing Johor! Laaa dekat je dalam 2 jam 30 minit dari JB. Apa lagi semua pon excited la nak camping kan. Jadi Mira pon siap sedia keluarkan la semua peralatan camping kami.
Pastu rasa banyak lagi nak kena bawa ni. Portable table lagi, travel cot Aafy lagi, hahaha Ayra & Afya nak bawa mainan dia lagi hehehe pastu Zyzool bagi green light pulak hahaha angkut la semua selagi muat dalam kereta.
Antara senarai barang yang kami bawa adalah:
- Khemah
- Ground Sheet 20 x 10
- Fly Sheet 12 x 10
- Mess Tin
- Cooking Set
- Stove
- Bunsen
- Sleeping Bag
- Camping Chair
- Lampu
- Headlamp
- First Aid Kit
- Travel Pillow
- Pisau
- Walkie Talkie
- Tali Paracord
- Snowcap
- Travel Towel
- Travel Cot Baby
- Portable Table
- Baju Hujan
Dari JB kami bergerak dalam jam 10 pagi dan tiba di Mersing jam 12 tengahari. Sekali Waze tak jumpa pula Pulau Mawar ni. Guna Google Maps baru jumpa. Dari Mersing ambil masa dalam 20 minit juga nak ke Pulau Mawar.
Berkhemah di Pulau Mawar di Mersing
Sebenarnya bukanlah betul-betul berkhemah di Pulau Mawar tapi bertentangan dengan Pulau Mawar. Kawasan ini dalam Kampung Mawar. Kalau pakai Waze boleh cari Jalan Penyabong Carpark Opposite Pulau Mawar. Haa kat situ la kiteorang pacak khemah. Jadi sampai je campsite makanan tengahari telah disediakan oleh team Abang Hud iaitu kenalan kami merangkap penganjur untuk event kali ni. Alhamdulillah kami terus bentangkan ground dan buka portable table yang kami bawa. Apalagi isi perutlah dulu hihihi. Sedap!!!
Selesai makan Zyzool terus pasang khemah & fly untuk kami bermalam malam tu. Siap pasang khemah, Ayra & Afya pula membentangkan sleeping bag mereka. Hihihi seronok tengok mereka happy. Excited sangat dapat tidur dalam khemah. Kemudian kami anak beranak ke surau yang berdekatan untuk solat & siapkan diri sebelum ke Pulau Mawar.
Aafy la yang paling selesa sekali. Betul-betul tidur dalam sleeping bag. Hihihi travel cot ni sebenarnya hadiah bersalin dari adik Mira. Memang berguna buat kami yang suka travel ni walaupun tahun ni tak banyak travel hehehe.
Pulau Mawar - Heaven's Gate
Pulau Mawar ini merupakan salah satu pulau di negeri Johor. Dinamakan Heaven’s Gate dikalangan photographer kerana terdapat gerbang besar apabila memasuki ke Pulau Mawar. Pulau Mawar ini agak underrated. Tak ramai sangat yang tahu tempat ini. Pulau Mawar ini lebih terkenal di kalangan para jurufoto. Sebab view dia memang sangat cantik. Sesuai la untuk photoshoot gambar. Hihihi
Dari campsite kami menaiki Toyota Hilux sehingga yang terdekat kenderaan boleh lepasi masuk. Sebenarnya boleh je jalan kaki tak jauh pon. Cuma saja bagi Ayra & afya pengalaman baru hihihi. Seronok la mereka dapat naik belakang Hilux dengan angin pantai yang kuat.
Kemudian berjalan menyusuri paya bakau sehingga terjumpa laluan memasuki Pulau Mawar ini. Kena tahu air surut bila untuk masuk ke Pulau Mawar ini. Kalau tak agak sukar nak cari laluan yang benar. Hihihi ada la naik turun bukit sedikit macam juggle trekking. Tak susah pon tapi disebabkan babywearing Aafy jadi kena extra hati-hati apabila mendaki dan menuruni bukit tersebut.
Bila selesai je daki sampai puncak fuh nampaklah gerbang laut besar di Pulau Mawar ini. Inilah yang orang panggil Heaven’s Gate tu. Subhanallah, memang sangat cantik! Berbaloi lah gigih babywearing Aafy. Ayra dah laju ke depan bersama Abang Hud dan team yang lain. Hihi seronok betul dia. Afya pula dengan Zyzool. Aafy tenang-tenang je dalam baby carrier. Sepanjang jalan tidur. Dah sampai baru bangun. Alhamdulillah semua lulus!! Hahahaha.
Setelah puas bergambar kami keluar semula untuk balik ke campsite. Tengah berjalan tu Abang Hud ajak kami masuk ke kawasan yang biasanya orang memancing. Pergh memang cantik. Berbaloi lah kena tunduk, jalan itik untuk ke sini hihihi demi sekeping gambar ku gagahi jua hehehe. Kemudian kami relax berjalan kaki ke campsite sambil menikmati panaroma Laut China Selatan.
Malam tu kami borak-borak santai bersama team Abang Hud. Minum kopi panas-panas pulak tu asyikkkkk. Ayra & Afya dah dibuai mimpi. Yang Aafy pula layan kami berborak sampai malam. Hihihi
Sunrise di Pulau Mawar
Awal pagi tu kami sempat menikmati terbitnya sang matahari. Cantik sangat. Matahari tu terbit betul-betul kat celah bukit di Pulau Mawar. Macam biasa kita lukis matahari tengah-tengah antara 2 gunung. Haaa macam tu laaa.
Kemudian Ayra & Afya bermain pasir dan bermandi-manda di pantai. Seronok betul mereka. Aafy pon sama seronok dapat main pasir dan celup-celup kaki di pantai. Next time kita mandi ok Aafy. Hehehe
Lepas menjamu selera kami pon bergerak pulang ke JB. Anak-anak memang kelepakan sepanjang dalam kereta menuju ke JB. Hihihi rasakan lor. Pastu dah sampai rumah dah tanya Zyzool, “Ayah bila kita nak camping lagi?” hihihi…
View this post on InstagramA post shared by MY Family Travel Blogger (@zyzoolmiratravel) on
Review Pulau Mawar
Overall memang seronok la camping di Pulau Mawar. Cuma keselamatan atas tanggungan sendiri sebab kita pacak khemah dekat tepi pantai. Jadi bagusnya pergi dalam kumpulan yang ramai. Tandas juga tidak disediakan di sini. Ada surau yang terdekat untuk kita mandi, solat & bersihkan diri. Kalau ke Pulau Mawar pula sebaiknya ada guider yang memang tahu jalan ke Pulau Mawar tersebut. Sebab kalau main redah je risau tak jumpa jalan pergi dan balik. Alhamdulillah anak-anak happy kami Zyzool Mira turut rasa gembira! Hehehe happy camping!!