10 Tips Camping bersama Anak Kecil

Sebenarnya rasa tak layak nak bagi tips ni hehe sebab kami memang baru je nak berjinak-jinak nak try family camping. Dulu sebelum kawin Mira & Zyzool biasa la tido khemah nih time hiking hehe. Pastu dah ada anak kiteorang lebih kepada family travel tidur dalam hotel atau hostel. Hehe tapi memandangkan ramai yang tanya tips bagaimana kami bawa anak bercamping. Moh la Mira kongsikan 10 tips camping bersama anak kecil. Yang otai-otai tu boleh la share tambahan info ye. Hihihi nervous pulak sis rasa. Ini tips dari pengalaman kami berdua dari bujang sampailah dah ada anak ni kita implement jelah mana yang sesuai hihi

1. Try test dulu!

First kitaorang try dulu pasang khemah belakang rumah. Hihi kisahnya sebenarnya nak try camping di Teluk Gorek. Tup-tup PKP pulaks hahaha jadinya untuk tidak mengecewakan anak-anak, Zyzool pacak je khemah baru beli tu belakang rumah. Hihihi jadi dua minggu PKP 1 tu syiok la kiteorang tidur dalam khemah belakang rumah hahaha. Eh eh seronok pulak rasanya. Malam sejuk-sejuk pulak tu buat air hot chocolate dengan marshmallows. Fuh asyikkk hihi. Suka la Ayra & Afya tu hehe.

Baca lagi info di sini:

2. Ambil tahu persekitaran tempat yang anda bakal berkhemah

Jadi bila dah rasa eh cam ok je anak-anak ni tidur dalam khemah, kami ambil peluang cari tempat untuk berkhemah di luar. Lagilah kerajaan dah bagi kita buat aktiviti di luar bersama anak asalkan jaga jarak sosial. Tup-tup kenalan kami ajak berkhemah di Pantai Mawar. Apalagi langkah kanan la kita. Hihihi. Mira google-google juga info kawasan Pulau Mawar tu ok ke tak. Sesuai ke tak untuk Aafy. Lepas dah baca info-info pasal Pulau Mawar tu kiteorang decide ok la kita proceed!! Apa lagi keluarlah semua khazanah camping kami dari 10 tahun dulu hehehe.

Baca lagi info di sini:

3. Pergi dalam kumpulan yang ramai

Lagi satu bila pergi dalam kumpulan ramai ni, kita tak lah risau sangat. Kalau ada pape yang berlaku pon ada kawan-kawan boleh bantu. Jadi kalau korang memang first time nak gi camping ajak lah kenalan-kenalan rapat atau otai-otai yang biasa untuk bersama-sama dalam aktiviti camping ni. Kot-kot tak pandai pasang khemah member boleh tolong hehe

4. Bawa makanan secukupnya

Walaupon tidur dalam khemah tapi jangan la macam cite survival tu hehehe kelaparan. Bawa la makanan secukupnya supaya tak kelaparan. Kalau lapar nanti mood kelaut. Apakata korang bawa stove & cooking set time camping. Syiok tu main masak-masak tepi pantai hehe. Kalau belum ada lagi cukuplah bawa makanan ready to eat. Banyak makanan ready to eat yang dijual di pasaran sekarang. Nak lagi senang angkut anak bini naik kereta carilah kedai makanan berdekatan wakakaka tak adventure la camtu hihihi

5. Sediakan tempat tidur yang selesa

Haaa kalau dah family camping tu, tempat tidur memang lah kena selesa. Kalau kita bujang-bujang takpe. Campak memana pon boleh tidur kan hihihi. Bawalah sleeping bag untuk anak-anak. Baju pon pakaikan baju yang bersesuaian dengan cuaca di sekeliling. Kalau nak lagi sedap beli lah tilam angin tu. Nak lagi selesa bawalah pillow travel tu. Nak lagi senang? Angkut jelah toto ngan bantal masuk dalam kereta hahaha. Selagi belum penuh bonet kereta kan? Angkut la segala bagai asalkan anak-anak selesa hihihi. Nama pon FAMILY CAMPING kan hihihi.

6. Ajak anak-anak packing barang untuk camping!

Korang jangan la packing sorang-sorang. Tak aci tau excited sorang-sorang hehehe ajak la anak-anak sekali packing bersama. Biasanya anak-anak akan teruja juga bila kita beritahu akan membuat aktiviti berlainan dari rutin harian. Lagilah dapat tidur dalam khemah. Memang mereka ternanti-nanti tu hihi jadi task pertama untuk mereka adalah packing barang untuk camping! Tapi korang pantau-pantau gaklah apa barang yang mereka bawa tu hihihi.

7. Bawa mainan kesukaan mereka

Ayra & Afya akan bawa mainan mereka tak kira la kalau gi travel atau camping. Adalah aktiviti mereka kat dalam khemah nanti. Mana tahu tengah-tengah camping hujan lebat ke bosan pula anak-anak tu nanti. At least ada la mainan buat mereka bermain.

8. Jangan lupa menghayati keindahan alam sekitar!

Pastu dah camping tu jangan la terperap je dalam khemah hehehe. Halah-halah.. Hayatilah keindahan alam di sekitar tempat korang camping tu. Tenangkan fikiran lupakan segala duka di kota di desa eh. Hahaha. Manfaatkan masa bersama keluarga & anak-anak. Inilah masanya!

Pulau Mawar Mersing

9. Takutlah ada benda

“Eeeee takutlah nak camping nanti jumpa benda-benda tu..” erm kita memang wajib percaya adanya makhluk lain selain kita manusia di dunia ni. Berdoalah tak kira di mana pon kita berada. Jadi pergilah dalam kumpulan yang ramai agar meriahlah sikit tak lah kita terpikir-pikir benda tak elok kan? Kami amalkan doa ini,

“سلام على سليمان في العالمين”

Salamun a’la sulaiman fil a’lamin
Yang bermaksud: Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman di dunia & di akhirat

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Kita berdoa & usaha selebihnya kita serah pada Allah swt.

10. Semuanya bermula dengan niat!

Apa-apa pon semuanya bermula niat. Niat kita nak luangkan masa bersama dengan keluarga disamping menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt. Semoga apa yang kita kerjakan dipermudahkan & dilindungi Allah swt.

Cukuplah 10 tips camping bersama anak kecil ni kan? Nanti Mira kongsikan lagi peralatan apa yang perlu korang ada sebelum pergi camping ok? Doakan kita rajin uolsss hihihi

4.2 10 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments