• Reading time:3 min(s) read

iPad mana yang menjadi pilihan?

Ok so harini Mira kongsikan pilihan iPad yang terbaik untuk kegunaan korang. Hehehe. iPad ini salah satu gadjet yang korang boleh bawa ketika travel. Tapi banyak betul pilihan iPad di pasaran. Jadi yang mana sebenarnya pilihann yang sesuai untuk kegunaan kita? Jom Mira kongsikan.

5 Pilihan iPad di Pasaran

Ada 5 pilihan iPad yang boleh dipilih yang berada di pasaran pada tahun ini 2020. Mira listkan 5 pilihan iPad tersebut mengikut susunan dari harga terendah ke harga yang paling mahal.

1. iPad
2. iPad Mini
3. iPad Air
4. 11″ iPad Pro
5. 12.9″ iPad Pro

1. iPad

iPad untuk range harga yang paling murah ialah iPad. Harga bermula RM1400. Kalau nak storage banyak sikit boleh beli yang RM1800. Ada 3 pilihan warna iaitu Silver, Space Gray & Gold. Skrin 10.2″ Retina Display. Setakat layari internet, tengok instagram atau update itinerari ketika travel yang ini dah ok sangat.

Support Apple Pencil 1st Generation

2. iPad Mini

Ok next iPad Mini. Range harga bermula RM1800 hingga RM2300 bergantung storage dan pilihan wifi atau cellular. Nama pon Mini kan? So dia paling kecil berbanding iPad yang lain. Spec lebih kurang sama dengan iPad cuma front camera lebih lawa.

Support Apple Pencil 1st Generation

3. iPad Air

Ok next iPad Air pulak. Range harga dalam RM2200 hingga RM3400. Sekali tengok iPad Air ni memang sebijik sama dengan iPad. Cuma skrin display dia lebih cantik berbanding iPad. Senang cakap iPad Air ni macam iPad Mini yang berbentuk besar la hihi.

Support Apple Pencil 1st Generation

4. 11" iPad Pro

iPad Pro 11 ni lebih kurangla besar macam iPad & iPad Air. Harga dalam lingkungan RM3400 hingga RM6400. iPad Pro nih kiranya yang paling power berbanding rakan-rakan seperjuangannya hehe. Gambar cantik. Ambil video cantik. Storage besar. Basically harga dia mahal sebab camera & display dia paling cantik la. Camera dia sama macam iPhone 11 Pro. Audio pon paling best antara semua.

Support Apple Pencil 2nd Generation

5. 12.9" iPad Pro

Ok iPad Pro 12.9″ ni iPad yang paling gabak antara semua iPad. Harga dalam RM4400 hingga RM7300. Spec dia sama dengan iPad Pro 11 inch cuma dia gabak lah hehe. Perasaan dia macam bawa laptop tapi takde keyboard (boleh beli asing).

Support Apple Pencil 2nd Generation

 

Jadi iPad mana menjadi pilihan anda?

  1. iPad – A Good iPad!
    • Paling basic, Limited budget, Skrin besar, Strong battery life, Decent performance
  2. iPad Air – A Better iPad!
    • Lebih laju dari iPad, More pleasant untuk menulis & melukis, Sesuai untuk education
  3. iPad Pro 11 inch – The Ultimate iPad!
    • Laptop-like experience, Superb speaker, Great new design, Camera cantik
  4. iPad Pro 12 inch – The Best Big iPad!
    • Yang paling gabak antara semua, Goodbye mobile-phone, Goodbye game console, Goodbye laptop
  5. iPad Mini – The Best for Travel!
    • Perfect for smaller hand, Sama features macam iPad Air tapi kecil, Boleh jadi notebook dalam bag
iPad mana jadi pilihan

Hehe pilihan di tangan anda! Kalau tanya Mira, I pilih iPad Pro 11 inch hihi tapi mampu pilih je la belum mampu miliki ekeke. Now kalau korang nak beli online better call la dulu sebab mostly kedai takda stok. Hihihi new norm kan sekarang. Mak pak cari untuk anak-anak belajar online. cikgu pon cari untuk mengajar online hihihi. Jadi kalau korang nak sangat beli boleh terus order di Apple Store!  Free delivery & free engrave taw! Bolehlah engrave nama ke, no telefon ke, atau initial name ke.. hihihi.. Till then happy shopping!

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 9
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments