Hotel Kapal Terbang di JB: Review 1975 Avenue & Hotel, Kempas

Kalau tak pergi hotel kapal terbang kat JB ni, memang tak tahu yang dalam kapal terbang tu ada bilik hotel yang cantik sangat! Pada 8 Ogos 2026, kami dijemput untuk review 1975 Avenue & Hotel di Kempas, Johor Bahru.

Ramai yang lalu kawasan Kempas mesti perasan ada kapal terbang besar kat tepi jalan. Rupanya kapal terbang tu bukan hiasan saja. Dua buah Boeing 747 tu dah diubah jadi suite hotel, dan sekeliling dia ada water playground, kedai makan dan kawasan santai.

LokasiJalan Kempas Lama, Kempas, Johor Bahru
BilikSuite dalam Boeing 747 & bilik di bangunan
Harga bilikSemak harga terkini di Agoda
Water playgroundLebih kurang RM38 seorang
Mira bergambar dengan Boeing 747 di 1975 Avenue & Hotel, KempasPintu masuk 1975 Avenue & Hotel dengan kapal terbang di belakang

Suite dalam kapal terbang Boeing 747

Suite utama hotel ni terletak dalam dua buah Boeing 747. Setiap bilik ada tema negara yang berbeza, jadi setiap bilik rasa lain. Masih ada kerusi kapal terbang dan tingkap bulat, memang rasa macam nak terbang!

Zyzool dan Mira dalam suite kapal terbang 1975 AvenueKerusi kapal terbang dalam suite bertema 1975 Avenue

Bilik dua tingkat

Ada bilik yang ruang tidur di tingkat atas dan ruang santai di bawah. Sesuai untuk keluarga yang nak lepak sama-sama sebelum tidur.

Ruang santai suite dua tingkat 1975 AvenueZyzool dan Mira dalam suite 1975 Avenue & Hotel

Bilik yang siap ada cockpit sendiri!

Yang paling best, ada bilik yang siap ada cockpit sendiri! Zyzool terus duduk kat kerusi kapten, rasa macam pilot kejap hehehe. Anak-anak mesti suka bilik ni.

Suite dengan kokpit Boeing 747 sebenarZyzool di tempat duduk kapten dalam kokpitMira dan Zyzool dalam kokpit Boeing 747 di 1975 Avenue & Hotel

Bilik tidur yang selesa

Katil besar dan susunan bilik kemas. Walaupun dalam kapal terbang, bilik tak rasa sempit.

Bilik tidur dalam kapal terbang 1975 AvenueMira dalam bilik 1975 Avenue & Hotel

Bilik air dengan bath tub

Setiap bilik ada bath tub. Toiletries pun bukan biasa-biasa, siap BVLGARI!

Bilik air moden di 1975 Avenue & HotelBath tub di bilik air 1975 AvenueToiletries BVLGARI di 1975 Avenue & Hotel

Pilihan bilik di bangunan

Kalau tak nak duduk dalam kapal terbang, ada juga pilihan bilik di bangunan hotel. Ada bilik yang tingkap dia terus nampak kapal terbang kat luar.

Bilik di bangunan hotel dengan pemandangan kapal terbangBilik bertema dengan siling melengkungBilik tidur bertema kapal terbang di bangunan hotel

Makan di 1975 Avenue

Dalam kawasan 1975 Avenue ada kedai makan juga, jadi tak perlu keluar cari makan. Kami sempat merasa sushi dan sashimi, segar dan cantik je susunan dia.

Masa media review ni, staff Tiong Nam yang bawa kami tour satu kawasan 1975 Avenue dan makan bersama kami. Terima kasih atas layanan yang mesra!

Mira makan bersama staff Tiong Nam semasa media review di 1975 AvenueHidangan di kedai makan 1975 AvenueSushi dan sashimi di 1975 Avenue

Cenderahati dari 1975 Avenue

Balik dari review, Mira dapat cenderahati comel ni dari pihak 1975 Avenue. Patung kapten kecil ni sekarang jadi kesayangan anak-anak kat rumah hehehe.

Cenderahati patung kapten dari 1975 Avenue & HotelCenderahati patung kapten dengan latar kapal terbang

Water playground untuk anak-anak

Tak nak stay pun boleh datang main water playground, beli tiket masuk je! Harga tiket lebih kurang RM38 seorang. Sesuai untuk bawa anak-anak main air sambil tengok kapal terbang dari dekat.

Water playground di 1975 Avenue & Hotel

Soalan yang ramai tanya

Berapa harga bilik semalam?
Harga berubah ikut tarikh dan jenis bilik. Paling senang semak terus di Agoda dan cari “1975 Avenue & Hotel”.

Berapa harga tiket masuk water playground?
Lebih kurang RM38 seorang. Tak perlu menginap di hotel untuk masuk.

Hotel ni kat mana?
Di Jalan Kempas Lama, Kempas, Johor Bahru.

Terima kasih Starry & Izzati!

Terima kasih Starry dan Izzati yang selalu jemput Mira untuk review. Seronok dapat explore tempat baru bersama korang!

Mira bersama Starry dan Izzati di 1975 Avenue & HotelMira dan Starry di dinding 1975 Avenue
Review ini atas jemputan Starry dan Izzati. Kami tidak menginap di sini. Semua pendapat dalam post ini adalah pendapat kami sendiri.

📸 Tengok juga post Instagram kami: @zyzoolmiratravel

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.