Perintah Kawalan Pergerakan

Harini hari ke 4 kita semua rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Memang agak mencemaskan apabila Perdana Menteri kita isytiharkan negara kita antara yang terbanyak dijangkiti Covid-19 ini. Ada yang panic buying sampai jammed pasaraya kerana hendak simpan stok barang. Kisah kami lain pula..

Nak berkhemah kisahnya...

Kiteorang sebenarnya gatal kaki sebab takleh travel. Kami memang tak nak ambil risiko travel hatta luar dari kawasan kami tinggal. Lebih-lebih lagi Aafy baru je 2 bulan. Jadi Zyzool ajak kami anak beranak untuk berkhemah musim cuti sekolah. Apalagi tugas untuk hunting khemah diberikan pada Mira. Zyzool menteri kewangan haha. Kalau khemah cun dan dalam bajet bolehlah diusulkan. Cari punya cari risau juga nak beli kat shopee. Mahunya order sekarang nanti tah bila pulak sampainya kan? Jadi Mira usulkan pada Zyzool apa kata kita Zyzool gi cuci mata kat Kedai Outdoor Pro. Mira macam berminat la dengan Bazoongi Tent tapi tak tahu material dia macamana. Tup-tup Zyzool call dah sampai kedai Outdoor Pro. Wah pantas!!! Kata Zyzool style juga khemah Bazoongi Wira 4 Person ni. Cukup luas untuk kami 5 beranak katanya. Tapi sayang tak ada stok masa tu. Memandang ada seminggu lagi nak cuti sekolah jadi kami tunggu jelah stok sampai nanti.

Kedai Outdoor Pro

Jadi tiba je cuti sekolah kami pon excited la nak beli barang-barang untuk camping nanti. Zyzool rancang nak bawa kami anak beranak berkhemah di Mersing. Jadi kami ke Aeon Bandar Dato Onn. Kami memulakan pencarian barang camping di Sports Direct. Ayra & Afya terus menuju ke bahagian Kids Camping. Sorang satu nak sleeping bag. Comel je sleeping bag for kids ni. Warna hitam pink corak butterfly. Boys punya pon comel juga warna biru Dinasour. Tunggu dulu k Aafy. Nanti dah besar baru ayah belikan untuk Aafy. Pastu tetiba Ayra nampak ada barang yang design sama macam sleeping bag dia. Terus dia tanya ayahnya. “Ayah ni apa ayah?” Rupanya camping seat for kids. Heheh terus sorang satu pon nak juga. Matching la konon barang camping mereka. Nasiblah nak, bapak kau tokey balak hahaha aaminnn. Zyzool beli lantern & Mira beli camping pillow.

Camping Pillow

Seterusnya kami menghala ke supermarket pula untuk beli stok makanan untuk di bawa berkhemah. Antaranya biskut, Cadbury Chocolate, marshmallows, tepung dll. Gayanya ambil barang tu dah cam panic buying dah huhuhu

Aeon Bandar Dato Onn
Masa ni 6 hari sebelum PM umumkan Perintah Kawalan Pergerakan. Tunggu Zyzool bayar kat supermarket Aeon

Lepas dah beli stok makanan untuk camping Mira cakap kat Zyzool nak gi Outdoor Pro boleh? Mana la tahu ada khemah Bazoongi yang Mira nak tu. Kenyit-kenyit sikit terus kami bergerak ke Outdoor Pro hehehe

Outdoor Pro

Kedai Outdoor Pro

Sampai je kedai Outdoor Pro apalagi Ayra & Afya memulakan sesi testing khemah yang dipamerkan hahaha. Seronok betul mereka masuk keluar khemah dalam kedai tu. Kami suami isteri pon dah dapat bayangkan keseronokkan anak apabila pergi berkhemah nanti. Zyzool terus tanyakan staf di situ dan rezeki kami khemah Bazoongi Wira 4 Person baru je sampai. Kiteorang apa lagi terusla sambar satu.

Perintah Kawalan Pergerakan!

Keesokkannya lepas Zyzool kerja anak pujuk ayahnya untuk test la khemah tu di belakang rumah kami. Jadi malam tu apalagi Zyzool terus pacak khemah di belakang rumah. Syiok betul! Besar, luas, berkualiti! Memang puas hati!!! Tup-tup PM keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan. Maka tak jadilah kami ke Mersing. Zyzool pujuk anak-anak dah alang-alang kita terus la pacak khemah sini. Boring-boring dalam rumah boleh masuk khemah. Bosan dalam khemah boleh masuk rumah. Gitulah gamaknya 14 hari kita kena Perintah Kawalan Pergerakan kat rumah ni haa hehehe. Oklah boleh juga gerak dari rumah ke laman rumah untuk berkebun atau cuci kereta kot-kot nanti Perintah Berkurung memang kena terus kunci rumah huaaaa harapnya Covid-19 segera dapat dibendung.

perintah kawalan pergerakan

Berkhemah di Rumah

Anak-anak kemain gembira sungguh. Tak kisahla kat mana pon kan janji boleh main khemah-khemah walaupun di laman rumah hahaha. Orang ramai dah mula panic buying masa tu beli stok makanan. Yang kami ni duduk je senyap-senyap dalam rumah. Yelah kan dah beli stok makanan belambak tempoh hari untuk camping ke Mersing yang tak jadi tu.

Bazoongi Wira 4P

Maka bermulalah Mira rangka & susun iti hahaha untuk aktiviti anak 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Mira memang hari-hari “work from home” hahaha jadi untuk cuti khas PM bagi ni haruslah ada kelainan aktiviti sikit buat anak-anak kami. Zyzool pula nak memanfaatkan “work from home” tapi masih mengekalkan keseronokkan itu. Terhasillah jadual perancangan aktiviti kami ni.

Ayra & Afya Survival camp

Ayra Afya Survival Camp

Alhamdulillah setakat 4 hari Perintah Kawalan Pergerakan kami duduk diam-diam di rumah dan membuat aktiviti yang kami rancangkan ini. Kami namakan Ayra & Afya Survival Camp untuk 14 hari #dudukdirumahdiamdiam.

Day 1

perintah kawalan pergerakan
perintah kawalan pergerakan

Day 2

perintah kawalan pergerakan

Day 3

Day 4

perintah kawalan pergerakan

Petang ini Ayra akan tunjukkan cara membuat Mac & Cheese ala survival. Hihi nantikan di youtube channel kami Zyzool Mira Travel. Ayra dah tak sabar nak tunjukkan tu hihihi.

Malaysian Family Travel perintah kawalan pergerakan

Memang kami tak bergerak ke mana-mana dan menikmati cuti khas yang PM berikan ini sebaiknya. Berhubung dengan keluarga dan adik beradik pon hanya melalui aplikasi whatsapp. Ya Allah lindungilah kami semua. Terima kasih buat semua frontliners yang bertungkus lumus bekerja membantu negara kita dalam membendung wabak Covid-19 dari lebih berleluasa. Kami jalankan tugas kami dengan duduk diam-diam di rumah sambil membuat aktiviti di rumah yang menyeronokkan bersama anak kami agar 14 hari ini dapat berjalan dengan pantas dan tidak membosankan.

perintah kawalan pergerakan

Ayuhlah kita rakyat Malaysia bersama-sama bekerjasama untuk #stayathome #stayput agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini. Semoga dunia bebas dari Covid-19 ini dengan segera. #hapuscovid19 #kekaltenang

“Ya Allah ampunilah dosa kami
Ya Allah sayangilah kami
Ya Allah lindungi kami
Ya Allah hapuskanlah virus Covid-19 ini”

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Khai

Menarik idea camping ni! Kitorg ada khemas tapi simpan mana entah hahah. Last pakai ke Irau dulu.

Zyzool

Ayuh cari dan boleh beraktiviti bersama keluarga