Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4

Pejam celik pejam celik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk Fasa 4. Iaitu hampir sebulan lebih berpantang keluar rumah. Alhamdulillah setakat ni kami sekeluarga selesa duduk diam-diam di rumah. Zyzool masih bekerja seperti biasa dan dia sahaja yang akan keluar untuk membeli barang keperluan kami. Ada sekali tu Zyzool tanya Mira nak tak keluar pula jadi Ketua Keluarga Interim hahaha besar tanggungjawab tu. Takpelah I duduk rumah jaga anak-anak. Netflix ada, Viu ada, Barbie ada, My Little Pony ada, Littlest Pet Shop ada fuh hahaha.

PKP Fasa 4
Layan Ayra & Afya bermain di rumah

Shopping di kala PKP

Minggu lepas Zyzool keluar rumah untuk beli barang rumah pastu tetiba dia kongsikan gambar di pusat membeli belah yang dia pergi tu. Ramai betul yang keluar rumah beramai-ramai. Siap borak-borak masa nak pilih barang tu. Dari nak cepat jadi lambat sebab mereka menikmati moment membeli barang dapur dengan ketawa manja. Ouh suweet. Sian mereka yang nak cepat dan beratur lama tunggu turn masuk membeli pula huhu..

PKP Fasa 4

Namun begitu PKP Fasa 4 ini membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian dengan membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang telah diwartakan.

Nampaknya berita ini memberi sinar kegembiraan buat ketua keluarga yang  tidak mampu mengenal pasti sayuran di pasar. Hehe namun bagi kami masih mengekalkan Zyzool sahaja untuk keluar dan Mira akan stay at home bersama anak-anak. Zyzool lagi power pilih sayur dari Mira ekeke alhamdulillah. Hidup Zyzool! Haha..

3 Bulan dah stay at home!

Sebenarnya kalau ikutkan hampir 3 bulan juga Mira tak keluar rumah. Dari lahirkan Aafy, berpantang dan seterusnya sehingga PKP dah masuk Fasa 4 ini. Nasib la banyak juga aktiviti dalam rumah yang boleh kami lakukan antaranya update blog ni haaa. Banyak lagi kisah pengembaran kami yang Mira belum sempat kongsikan. Dari awal preggy Aafy mood nak menulis tu kelautan biru sungguh haha. Inshaa Allah Mira akan update pengembaraan kami sementara menunggu reda Covid-19 ini. Jadi nanti bila dah kita semua selamat untuk mengembara bolehlah korang rujuk blog Zyzool Mira Travel. Hihi.. Tak sabarnya nak pergi travel kan? Lagi-lagi ada pertambahan ahli dalam keluarga kami. Macamana la kembara 5 beranak pula? Hihihi

Don't judge!

Cuma keadaan sekarang yang semua orang berfikir terlalu mendalam akibat duduk rumah dan mempunyai banyak masa terluang membuatkan Mira pikir-pikir juga sesuai tak sesuatu perkara tu dikongsikan di media sosial. Masa awal PKP kami pasang khemah di belakang rumah turut dijadikan isu oleh segelintir manusia. Siap mesej Mira secara personal dan mengatakan apa yang kami buat tu salah padahal kami berada di rumah. Sekarang PKP Fasa 4 ramai je yang dah membeli khemah dan pasang di laman rumah. Dan itu tidak dijadikan isu kerana asalkan di kawasan rumah sendiri. Hihihi. Inflatable swimming pool juga agak laris di shopee. Ramai yang nak mandi manda di perkarangan rumah. Seronok tengok gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan. Bermandi-manda bersama anak. Seolah-olah bercuti di hotel. Hihi yelah takkan nak berkurung kunci pintu je kat dalam rumah. Kadang nak juga hirup udara luar ye dak? Hihihi ada Mira kongsikan sebelum ini di link di bawah.

Baca lagi info di sini:

Begitu juga dengan mereka yang berkongsi gambar-gambar throwback pengembaraan mereka di group kembara. Itu juga dijadikan isu seolah-olah tidak menghormati musim orang duduk rumah yang tidak boleh keluar travel. Begitu juga dengan mereka yang berkongsi masakan yang mereka masak di rumah. Juga dijadikan isu tidak menghormati mereka yang tidak mampu untuk makan benda yang sama. Ya Allah pantang post yang tiada kaitan covid-19 pasti dijadikan isu dan di kecam. Seolah-olah kami tiada rasa belas ihsan dengan suasana yang menimpa seluruh dunia ini. Tapi kecam-mengecam tu dulu la awal-awal PKP yang masing-masing tepu nak buat apa kat rumah kot hihi. Masing-masing baru nak sesuaikan diri duduk rumah diam-diam. Tapi tangan tak diam asyik ada je benda nak komen salah silap orang huhu. Masuk PKP Fasa 4 ni semua dah selesa dan dah mula ada sedikit kelonggaran untuk keluar rumah. Jadi perkara-perkara di atas tidak dijadikan isu dah. Hihi sampai ada group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Masing-masing berkongsi masakan yang tak jadi. Memang terhibur hati. Tapi ada juga yang sanggup buat-buat tak jadi untuk meraih likes yang banyak. Hehe macam-macam kan? Tapi takpelah semua tu asalkan kita semua patuh pada PKP ini.

“Kehidupan kita tidak akan sama seperti sebelum ini. Kita perlu amalkan norma budaya kehidupan baharu..”

The New Normal

Kita semua dah mula adapt dengan “new norm” ni. Apa yang dimaksudkan dengan norma baru budaya kehidupan ini adalah dengan kerap membasuh tangan, penjarakan sosial serta penggunaan penutup hidung dan mulut bagi mereka yang tidak sihat. Bila tengok movie ada orang batuk-batuk pastu ada orang tolong tepukkan belakang badan orang yang batuk tu rasanya selepas ni takkan berlaku situasi macam tu. Kita kena biasakan penjarakkan sosial. Rumah terbuka ke, jamuan hari jadi ke tak tahu bila boleh diadakan. Kita tak tahu bila dunia akan betul-betul pulih dari coranavirus ini. Dan bilakah masanya yang betul-betul selamat untuk kita mula mengembara ke luar negara? Korang rasa? Huhuhu…

Gunung Himalaya jelas kelihatan dari jarak jauh selepas lebih 30 tahun.

Ya, dunia sedang berehat. Pencemaran udara berkurangan. Lautan, sungai dan pantai semakin jernih bersih. Hidupan laut seronok berenang-renang dalam lautan luas tanpa ada kekotoran sisa buangan. Gunung-ganang gagah menampakkan diri kerana tiada jerebu dan pencemaran udara. Ada hikmah di sebalik musibah. 

Sama-samalah kita berdoa agar dunia bebas dari Covid-19 ini. Dan marilah sama-samalah kita menghargai & memelihara alam sekitar demi kesejahteran generasi kini & akan datang. Cuma persoalannya sekarang, korang rasa bila kita selamat untuk mula mengembara? End of December 2020? 2021? 2022? or 2023?

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments