Ceh ada episod-episod bagai hahaha do support sis ok!! Barulah sis semangat nak menulis. Ouh sebelum den lupo kalau korang dah syiok-syiok baca blog ini kan sedekah lah 5 star kat akhir post ini. Dan silalah komen sebarang dua buat semangat untuk sis makin rajin menulis hahaha..
Ok so harini Mira nak kongsikan dari hari pertama pengembaraan kami ke Tanjung Pinang terus ke hari kedua sebab hari pertama tu naik feri pastu sampai Tanjung Pinang makan-makan, solat pastu masuk tido haaaa. Boring nyeklah kan kalau setakat itu je episod 1 hahaha mesti korang pon maleh nak ikuti episod seterusnya hahaha. Sebab tu iolss namakan Episod 1 kot-kot dah sampai kemuncak story I pon tulis “to be continued” haaa gitew
Bergerak ke Berjaya Waterfront, Johor Bahru
Ok so tiket feri kiteorang jam 3 petang tapi dalam pukul 1 dah kena datang waktu boarding time. Kisahnya Zyzool pergi awal pagi ke Berjaya Waterfront nak ambil boarding pass kiteorang. Pastu staff kaunter tu kata, “Datang petang je nanti bang pukul 1 tengahari sebab sekarang kita bagi laluan untuk ke Batam dulu”. Baiklah Zyzool pon balik ke rumah dulu. Dan kami semua ready-ready backpack kami. Ambil je Ayra balik dalam pukul 12.20 tengahri dari school terus pecut ke Berjaya Waterfront, Johor Bahru.
Jadi sampai je Berjaya Waterfront tu kiteorang cari tempat letak kereta untuk letak kereta 5 hari 4 malam. Kat sini harga carpark RM5 sehari. Oklah tu 5 hari RM25. Abang kastam pon boleh tengok-tengok kan sekali kereta tu hehehe.
Lepas dah parking, Zyzool je pergi dulu ambil Boarding Pass kat tingkat 2. Sekali tunggu punya tunggu awat lama naw Zyzool nih. takkan dia gi minum starbuk senyap-senyap kot. Sekali Zyzool wassup gambar… Waduh-waduh kok panjang bener lane nak beratur. Awatlah pagi tadi kakanda kaunter tu tak bagi dinda ambil boarding pass. Arghhh stress kul 2 pon tak dapat lagi boarding pass.
Apalagi Mira & anak-anak pergi kejar solat Zuhur dulu. Take turn ngan Zyzool. Selesai solat tu alhamdulillah Zyzool dah kat depan kaunter. So akak tu nak cek passport kami anak beranak & dia tanya vaksin lengkap tak? Of course lengkap kak! Kalau tak I pon nervous nak start travel ni haaa. Hehehe
Alhamdulillah jam 2.50 petang camtu dapat tiket boarding pass pastu akak kaunter tu kata
“Ok dah dah pergi sana masuk feri cepat. Feri dah nak bergerak tu…”
Aduh akak ni bikin suspen lah kak! Dengan nak mengangkut anaknya lagi nak angkat bag gabak lagi. Nak tolak stroller lagi? Huaaa orang nak amik boarding pass pagi tak bagi ishhh nih nak marah ni hahaha sebaik dapat Zyzool yang kekal tenang. Hahaha sempat lagi amik video kita kalut-kalut tu hahaha kalau tak hurmmm apa bukti nak tunjuk kat korang yang kiteorang travel backpack haa? Hehehe
Berlari nak kejar feri
Jadi bergerak lah kami 5 beranak melepasi pemeriksaan bag, Pastu dari jauh abang imi dah panggil cepat-cepat ke Tanjung Pinang kan? Cepat sini! Laaa kita dalam rancangan Amazing Race ke nih? Hahaha sekali abang imi tu nampak pulak Zyzool bertanjak haaa cop-cop passport pastu apalagi buka langkah nak bersilat hehehe
Terus kami turun lif dan kejar masuk ke feri. Fuh saspen kan? Hahaha eleh derang mesti tunggu punyalah sebab dia tahu je siapa penumpang kan? Siap ada walkie talkie semua saja ngade nak buat tiak kita basah lencun huaaaa.
Masuk-masuk feri tu kerusi penuh adeh hahaha kita tanya kiri kata semua ada orang. Tanya kanan seat kosong tu pon ado orang hurmmm dah kena tawaf pulak dalam feri tu menagih tempat duduk. Tup-tup rupanya staf feri pon cop tempat duduk cis bethol kan. So dia pon offer “Kak duduk sini kak..” sambil amik makanan bungkus yang dia letak konon nak cop tempat duduk tu hahahaha
Alhamdulillah dapatlah kami anak-beranak duduk bersama. Afya macam biasa nak window seat hehehe. Ayra dah start nak buat art dia. Mira dah start nak tido eh hahaha penat wei. Anda pikir anda ada masa nak tido?? Aafy pulak nak susu. Pastu Zyzool gi ambil drinking water kat depan. Drinking water ni free je ambil je kat dalam kotak tu.
Kemudian tak lama lepas tu abang feri ni bagi 2 borang declaration ni kat setiap penumpang. Satu borang Customs Declaration dan satu lagi Application of Traveller Health Quarantine iaitu borang vaksinasi. Yang borang vaksinasi ni untuk dewasa sahaja. Yang borang Custom Declaration tu satu family satu borang sahaja.
Inilah kisah Mira nak kongsikan di Instagram Story haritu
So kiteorang enjoy jelah 3 jam dalam feri perjalanan menuju ke Tanjung Pinang. Sempat lah buat video untuk tiktok & reels lagi hahaha.
Pastu tengah nak terlelap tu. Tiba-tiba………
To be continued....
Laa ingatkan pendek je penulisan hari pertama naik feri pastu sampai makan tido hahaha rupanya boleh tahan panjang gak nak menulis ni ya. Nanti Mira continue kat Episod 2 okey? Hahaha ampun!!