Pada hari Sabtu yang lepas Mira sekeluarga berkesempatan ke MATTA Fair yang diadakan di Danga City Mall. Sebenarnya ini kali pertama kami mengunjungi MATTA Fair ini. Kebetulan Mira & Zyzool berkelapangan, jadi kami ambil masa ini untuk melihat suasana di MATTA Fair tersebut.
Tiket masuk adalah RM3 bagi Dewasa. Manakala 12 tahun ke bawah adalah PERCUMA!! So Ayra & Afya masih masuk percuma! Yeay!! hehe…
Ramai betul pengunjung ketika itu. Kami isi borang yang diberikan & hantar ke kaunter dan kami di beri beg oren. So nanti boleh lah letakkan brochure atau pamplet yang kami akan ambil nanti. Hihihi
Ok ayuh kite tengok apa yang adoooo. Hihihi memang banyak booth travel agent yang menawarkan pakej percutian yang agak berbaloi. Yang penting kena rajin bertanya.
Ayra memang suka berjalan-jalan dan ambil gambar. Yang ni dia bergambar di booth Macau. Selama ni kenal Macau sebab ada casino. Padahal banyak juga benda menarik di Macau. In shaa Allah ada rezeki kita tawan Macau okey Ayra?
Antara misi kami adalah hendak mencari info mengenai Taiwan & beberapa wish list percutian kami. Mana tahu ada rezeki, nak juga menawan Taiwan . Zyzool pernah ke sana sebelum ni tapi belum berkesempatan explore secara menyeluruh negara tersebut. Inshaa Allah ada rezeki MY Family Travel ke sana la pula
Alhamdulillah ada booth Taiwan. So kita ambil brochure nanti boleh hadam kat rumah hehe.
Sedang kami menikmati suasana dalam dewan tersebut, mata Mira terpandang ke sekumpulan makcik yang sedang menggayakan Hanbok. Alaaa comel. Rindu Korea!! Mira bagitau kat Zyzool macam nak pakai jugak la. Hihihi apalagi terus ke booth Korea Tourism Organization untuk mencuba hanbok. Ayra pon dipakaikan sekali. Comel!! Hihihi
Yang bestnya kalau uploadkan gambar kita memakai hanbok di media sosial, mereka akan bagi set sudu!!! Apalagi Mira terus upload gambar kami ke Instagram dan redeem set sudu travel PERCUMA!! Okey I like benda free–free nih
A post shared by ✈️ Giveaway MY Family Travel (@zyzoolmiratravel) on
Ayra pon seronok! Terus dia simpan dan letakkan dalam beg oren dia. Hihihi.. Kemudian kami terus menerokai lagi di dalam dewan tersebut untuk cari info next percutian kami nanti. Tengah jalan-jalan ada yang cam kita lah. Hihihi malu kita.. tak sangka akak cam kami! Kalau akak baca ni.. “Hai kak “
Dah puas jalan baru terpikir.. Eh Zyzool tak nak ke pakai hanbok jugak? Hihihihi mesti hensem kan? Wakakaka so kita pujuk Zyzool untuk berhanbok!! Nah cer komen sikit handsome tak?? #nilakikitaeh hohoho
Dah dapat apa yang kami cari maka pulanglah kami ke pangkal jalan. Sempat lagi Ayra & Afya beratur untuk ambil belon kat situ
Kalau anda merancang untuk bercuti dan tiada keyakinan untuk bercuti secara DIY bolehlah riki-riki pakej percutian yang ditawarkan di booth-booth yang terdapat di dalam Matta Fair. Mereka akan menawarkan harga promosi & anda boleh dapat free gift jika membuat bayaran terus di Matta Fair. Anda juga boleh kumpul pelbagai brochure yang sangat banyak mengenai tempat bakal anda bercuti nanti. Macam info google yang dibukukan. Hihihi so mudah kerja!!!
Nak tengok hasil dapatan kami?? Nah!!!
Happy Travel