Kedai Emas Syamsul cipta 2 rekod diiktiraf Malaysia Book of Records

Hari Ahad yang lepas Zyzool & Mira berkesempatan ke Kedai Emas Syamsul untuk event bersama Fattah Amin. Waktu dapat jemputan tu Mira cam huaaa betul ke ada Bamtah ni nanti??? Terus kita bagitahu kat Zyzool nak pergi dengan team media sebab hari Ahad tu goverment kan kerja. Terkejut kita Bamjul kata dia minta cuti nak teman kita ke event tu nanti. Alamak kena behave la nanti ni ekekeke ke sebenarnya Bamjul ni pon peminat Bamtah jugak ni hahahaha

Sampai je kami nampak Fattah Amin tengah shot video khas untuk korang nanti ni. Haaa video tu nanti kita sama-sama nantikan kat media sosial Kedai Emas Syamsul ok. Sebab iolsss pon tak sabo gak nak tengok kot-kot terselit ke dalam video tu kan ekekekek.

Bersama emcee Embun serta team Media Sis Hernee & Sis Lin. Thank you so much jemput kami

Sementara menunggu Fattah Amin shooting kami disajikan dengan pelbagai jenis juadah! Mira sempat makan Nasi Beriyani dengan Ayam Merah & Kambing Beriyani. Rugi pulak amik sikit je nasi sedap sangat!

Sangat meriah ya event ni. Ada macam-macam aktivti antaranya:

  • Gold Bar Challenge
  • Wheel of Fortune
  • Trade in Buy Back Paling Tinggi

Zyzool berkesempatan masuk Gold Bar Challenge dan surprisingly berjaya keluarkan Gold Bar seberat 12.5kg keluar dengan mudah dan kurang dari 15 saat. Hehehe hebatnya suami saya hahaha. Awas!! ekekeke

Event pun bermula dan kami dikejutkan dengan Majlis Pengiktirafan buat Kedai Emas Syamsul kerana berjaya pecah 2 rekod baru dalam Malaysia Book of Records iaitu:

  • Smallest Miniature Gold Jewellery Set (0.788g)
  • Lightest Commercial Gold Bar!! (0.0001g)

Wow kami turut berbangga melihat set emas & gold bar yang sangat kecil. Kena pakai kanta pembesar nak tengok betul-betul emas terkecil di Malaysia ni. Setinggi-tinggi tahniah buat warga Kedai Emas Syamsul kerana melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records!!

Kemudian acara diteruskan dengan kehadiran Fattah Amin untuk mempromosikan Gold Bar 999.9 Edisi Khas Fattah Amin. Huaaaaa tak sangka iolss dapat tengok Bamtah secara live. Untuk korang yang nak dapatkan Gold Bar Limited Edition ni, pembelian dibuka secara online dan walk in. Jadi yang jauh tu tak perlu risau, korang boleh beli secara online terus dari Kedai Emas Syamsul. Stok adalah sangat terhad jadi korang yang peminat Fattah Amin tu kena cepat-cepat dapatkan Edisi Khas ini.

Akhir sekali kiteorang sempat selfie dengan Fattah Amin sebelum balik. All the best Fattah. Semoga terus berjaya dunia & akhirat. Terima kasih banyak-banyak buat Kedai Emas Syamsul. Semoga terus masyhur di arena industri keemasan sesuai tagline mereka,

“Emas Syamsul, Masyhur Sepanjang Zaman”

Untuk info lebih lanjut korang boleh terus ke:

📍 KEDAI EMAS SYAMSUL
NO 1, Jalan Padi Emas 1/4,
UDA BUSINESS CENTRE
81200 Johor Bahru, Johor.

Alhamdulillah rezeki dapat jumpa Fattah Amin dan bersama-sama menyaksikan Kedai Emas Syamsul melakar sejarah untuk 2 rekod baru di Malaysia Book of Records! Tahniah sekali lagi. Semoga kita berjumpa lagi. Jom layan video kami di bawah:

@zyzoolmiratravel Buat peminat @Fattah Amin !! Jangan lupa dapatkan Gold Bar Edisi Khas Fattah Amin di @KEDAI EMAS SYAMSUL sementara stok masih ada!! Ada banyak sangat koleksi emas dengan design yang menarik di sini. Apa tunggu lagi jomlah ke 👇 📍 KEDAI EMAS SYAMSUL NO 1, Jalan Padi Emas 1/4, UDA BUSINESS CENTRE 81200 Johor Bahru, Johor. “Emas Syamsul, Masyhur Sepanjang Zaman” #kedaiemasjohor #kedaiemassyamsul #fattahamin #emas916 ♬ original sound - Zyzool Mira Travel
@zyzoolmiratravel Setinggi-tinggi tahniah kepada @KEDAI EMAS SYAMSUL atas penerimaan 2 sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records untuk 2 rekod baru iaitu Smallest Miniature Gold Jewellery Set & Lightest Commercial Gold Bar!! Jangan lupa dapatkan Gold Bar Edisi Khas @Fattah Amin keluaran Kedai Emas Syamsul sementara stok masih ada!! Dengar-dengar dah makin susut stok tu 😱 📍 KEDAI EMAS SYAMSUL NO 1, Jalan Padi Emas 1/4, UDA BUSINESS CENTRE 81200 Johor Bahru, Johor. “Emas Syamsul, Masyhur Sepanjang Zaman” #kedaiemassyamsul #kedaiemasjohor #fattahamin #goldbarfattahamin ♬ original sound - Zyzool Mira Travel
5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments