Hari ke-4 Zyzool Hilang di Brisbane, Australia

Amboi tajuk!! Hehe.. Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 dah kami di sini. Harini kami menjelajah ke Brisbane, Australia pula. Disebabkan semalam kepenatan teruk, pagi ini kami gerak agak lambat sikit.

Breakfast di Alpha Sovereign Hotel

Kami mulakan pagi ini dengan bersarapan di Alpha Sovereign Hotel ini. Kena isi perut dulu sebelum memulakan pengembaraan menjelajah Brisbane, Australia. Hohoho pelbagai pilihan makanan disediakan tapi kita makan yang diyakini HALAL iaitu BUAH-BUAHAN!! Hehehhe

Menaiki Airtrain ke Brisbane

Selesai sarapan pagi kami terus berjalan ke stesen Surfers Paradise North. Dari sini kami ke stesen Helensvale. Kami mengambil airtrain untuk ke Brisbane, Australia. Airtrain ni macam MRT la kat Malaysia. Ouh ya untuk ke Brisbane boleh gunakan Go Card lebih murah berbanding beli tiket. Manakala Go Explore hanya untuk kegunaan di dalam Gold Coast sahaja.
Dalam tram ke stesen Helensvale

Bertolak ke Brisbane

Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit. Kami berhenti di stesen Park Road dan kemudian ke stesen Boggo Road untuk menaiki bas. Kisahnya kami dah nampak bas kami ke Carindale 209 dari jauh tetapi terkejut bas tu tak berhenti pon di stesen bas tersebut. Huaa Mira & Zyzool dah berpandangan. Ok takpe kita tunggu next bas sambil-sambil tengok orang tempatan tunggu nak naik bas macamana hihihi. Rupa-rupanya kena tahan dengan tangan daaa kalau nak bas tu berhenti. Apalagi Zyzool nampak je bas 209 terus angkat tangan walaupon bas tu jauh lagi. Hehehehe risau kena tinggal bas lagi. Nak kejar itinerari nih. Hehehe
Menunggu train ke Brisbane
Di stesen Park Road

Ayra excited naik bas. Padahal kat Gold Coast kami ada menaiki bas juga. Hehehe. Afya pon sama tersengih je sepanjang perjalanan ke Carindale Shopping Centre. Cantik & kemas bas di Brisbane. Corak di kerusi tercetak Brisbane berbeza dengan di Gold Coast.

Carindale Shopping Centre

Sampai di Carindale Shopping Centre kami mengambil moment untuk cuci mata sebelum berangkat ke DFO Brisbane. Hihihi di sini kami singgah di butik Best & Less. Rambang mata deh. Baju baby murah-murah. Tengah cuci mata tu nampak la baju tidur orang dewasa seperti bayi. Ala rompers yang macam bonds tu. Memula macam pikir-pikir gak nak beli ke tak nak. Hihihi Zyzool cakap mana nak dapat kalau kat Malaysia. Beli jelah tutup mata. Dapat je green light dari Zyzool terus kita grab satu design Minnie Mouse Disney berharga $25. Hehehe terpaksa jadi baby Zyzool la camni hahaha.. okey-okey jangan termuntah haha..

Zyzool ambil gambar sorang-sorang sebab Mira dah sesat kat dalam kedai tuh haha
Rambang mata uolss
Amboi serius naw pilih baju tu

Big W

Kami juga ke Big W antara kedai yang sangat populor di kalangan personal shopper barangan Australia di Malaysia. Lepas cuci mata & cuci duit hehee kami meneruskan pengembaraan kami ke DFO Brisbane.

DFO Brisbane

Apa tu DFO? DFO ini merupakan Direct Factory Outlet yang menempatkan pelbagai butik berjenama di bawah satu bangunan dengan harga yang sangat luar biasa. Macam JPO hohoho.. Kebanyakan barang di jual di DFO adalah stok terdahulu yang dijual pada harga yang sangat murah
Ya ampun Correlle kat sini murah ya amat!! Next time ke Australia confirm kami kena naik MAS la pula. Hihihi boleh borong Correlle. Sebab Correlle nih berat. Huaaa Pyrex pon murah sangat. Aduh dududu..
Rezeki Afya pula dapat kasut Skechers dengan harga jauh lebih murah dari Malaysia. Nak belikan untuk Ayra tapi tiada saiz pula. Takpe kita tengok butik-butik lain pula.
Kedai outdoor juga ada di DFO Brisbane ini antaranya Mac Pac & Merrel. Zyzool berkesempatan cuci mata & cuci duit sikit di kedua-dua butik outdoor ini. Buat rakan-rakan rapat outdoor Zyzool tunggggu ada hadiah misteri buat anda!! Wahhhh
Ouh ya Mira sempat grab barangan Crayola yang jauh sangat murah berbanding yang di jual di Malaysia. Seronok la Ayra dapat set warna Crayola Minions. Di Malaysia harganya RM3++. Namun begitu di sini kami dapat dengan harga bawah RM100. Berapa harga sebenar?? Mesti korang tak caya!! Cepat beli tiket ke sana & tengok sendiri harga yang di jual. Hehehe kita bako. Kita bako… Heheh gurau-gurau je jangan marah ya. 
Sebelum bergerak ke Brisbane City kami singgah beli kebab di kedai halal di DFO Brisbane ini iaitu Origin Kebabs. Kemudian kami tunggu bas untuk meneruskan pengembaraan kami ke pusat bandar Brisbane.

Brisbane City

Bas berhenti di Tombul Interchange & kami menaiki train ke Brisbane City dari Stesen Tombul. Brisbane City sangat berbeza dengan Gold Coast. Brisbane ini merupakan ibu negara bagi Queensland, Australia. Lebih nampak bandar & ramai sangat penduduknya seperti Kuala Lumpur. Berbanding Gold Coast lebih kepada tempat percutian di tepi pantai seperti Langkawi.
Brisbane City Hall

Noosa Chocolate Factory

Sebenarnya antara sebab nak gi ke Brisbane ni sebab nak ke Noosa Chocolate Factory. Nak beli coklat strawberry!! Sebelum ini Mira pernah makan coklat strawberry di Adelaide, Australia. Memang sedap sangat. Kali ni di Brisbane, Mira cari jugak coklat strawberry tapi keluaran Noosa Chocolate Factory. Ouh ya coklat yang di jual di sini adalah 100% vegan & bebas gluten. Terdapat pelbagai pilihan coklat yang HALAL. Untuk lebih lanjut boleh baca di sini.

Chemist Warehouse

Kemudian kami terus mencari kedai Chemist Warehouse. Chemist Warehouse merupakan kedai yang menjual minyak wangi berjenama antarabangsa yang termurah di Australia. Dan ia adalah sangat murah berbanding di Malaysia. Makanya haruslah berlama-lama di sini kan untuk pilih minyak wangi. Heheh… Tetiba Zyzool cakap di nak ke tandas. Oklah Mira cuci mata dulu lah sementara Zyzool ke tandas. Belek punya belek, staff Chemist Warehouse memaklumkan yang kedai akan tutup sekejap lagi. Eh ye ke ni? Cepat naw 7 malam dah nak tutup. Huhuhu.. Tak abis pilih lagi minyak wangi nih heheh.. Ok-ok dengan kuasa wanita, Mira grab terus minyak wangi yang murah & berbaloi. Wakakaka.. Nak pilih untuk Zyzool tak jumpa pula bau yang sedap. Agaknya dah bau banyak minyak wangi dah bercampur-campur sampai pening nak pilih mana. Pastu kena pilih cepat-cepat sebab kedai dah nak tutup.. Huhuhu Tapi Zyzool nih mana pulak? Lamanya membuang. Takpelah kita bayar jelah terus dulu minyak wangi yang dah grab ni. Lepas tu MIra terus tunggu kat depan kedai Chemist Warehouse ini. Sampai pekerja dia semua balik Zyzool still tak datang sini. Huaaa

Zyzool Hilang di Brisbane

Masa terus berjalan.. Zyzool tak muncul-muncul.. Kepala dah pikir macam-macam. Mana Zyzool nih? Dia pergi toilet mana pulak nih.. Kepala terus berpusing sambil menolak stroller Ayra. Hati tak tenang.. Huhuhu aduh ada pape terjadi ke kat Zyzool masa nak ke tandas? Mana dia nih. Sejam dah berlalu. Aduh kalau Zyzool tak muncul jugak, apa ya Mira kena buat? Erm nak call Zyzool, dia tak aktifkan roaming. Internet kat handphone Mira je. Macamana nih? Kalau dia tak muncul jugak nanti Mira kena buat apa? Kalau balik ke Gold Coast, kad hotel kat Zyzool. Huhuhuhu. Ke kiri salah ke kanan salah.. Kepala dah pikir macam-macam.. Time nih la dalam hati & mulut tak henti berdoa.. Ya Allah permudahkan lah urusan kami..
Lebih sejam juga akhirnya nampak kelibat Zyzool dari jauh.. Terus rasa macam jantung tu jatuh.. “Ayah pergi mana? Kenapa lambat sangat? Risau taw?” Nak call dah la tak boleh.. Bertubi-tubi Mira tanya. Risau tahap gaban la. Dah la kat negara orang.. Tak pernah-pernah selama bercuti ini kami terpisah lama. Kebiasaanya bila bercuti kami masing-masing beli simkad international. Jadi pape boleh call atau wassup kan? Kali ini kami beli simkad Australia satu je kat Mira. Tu pon untuk internet je. Terus kami berpelukan😍🤗. Ceh macam cite hindustan pulak kan. Huhuhu Alhamdulillah syukur ya Allah takda benda yang buruk berlaku.
Rupa-rupanya sewaktu Zyzool ke tandas & ingin mengambil wuduk, dia menanggalkan cincin yang di pakai & diletakkan di atas satu bekas berkunci yang terdapat lubang di atasnya. Masa nak ambil & pakai balik cincin tersebut, cincin itu terjatuh ke dalam lubang bekas yang berkunci itu. Antara nak biarkan atau panggil sekuriti yang bertugas, Zyzool rasa sayang cincin tu dalam bekas tersebut. Makanya dia mencari sekuriti yang bertugas untuk membuka bekas tersebut & terus menunaikan solat. Nak mencari & menunggu sekuriti tu yang mengambil masa agak panjang. Zyzool ada pikirkan yang Mira pasti akan risau tetapi dia percaya Mira akan terus menunggu di tempat terakhir kami berpisah.
Alhamdulillah semuanya selamat. Ia memberi peringatan & pengajaran buat kami berdua. Jika kami terpisah, salah seorang haruslah teruskan menunggu di tempat terakhir kami terpisah sehingga pasangan itu kembali. Jika di akhir hari tetap tidak muncul, cari hotel terdekat untuk bermalam & buat laporan polis di Balai Polis terdekat. Keesokkan harinya, terus ke tempat terakhir itu semula, kerana kemungkinan pasangan itu kembali di tempat asal terpisah. Huaaaa… Kalau boleh tak nak la perkara tak diingini berlaku. Doa semuanya baik-baik sahaja. Jangan panik & sekurang-kurangnya tahu tindakan yang harus diambil jika berlaku perkara sedemikian rupa.
Jam dah pukul 8 malam. Time tu cam dah takde mood rasa nak terus balik Gold Coast je. Hihihi tetibe nampak ada cawangan Chemist Warehouse!! Belum tutup lagi. Rezeki Zyzool yang memang nak cari minyak wangi.
Haa rambang mata
Hati Mira dah lega cuma lepas ni kalau boleh tak nak dah berpisah.. So kita happy-happy dengan pilih lagi minyak wangi!!! Zyzool belanja  lagi satu minyak wangi for me!! Yahooo hehehe.. Memang minyak wangi di Chemist Warehouse ini sangat murah. Kalau korang nak bau, mereka ada sediakan kertas dan kita spray sendiri botol tester di kertas tersebut. Semua self-service ya. Senang suka hati la nak bau minyak wangi mana pon. Kekadang ada la staff mereka akan datang & tanya..“Hi how are you? Do you need any help?”Korang jangan la sombong pulak hehe jawab je pendek macam ni.. hehe“Fine, its okey. Thank you!..”Pastu beri la senyuman sikit. Kita kat negara orang. Pamerkanlah kemesraan & tunjukkan imej yang baik sebagai seorang muslim & duta Malaysia hehe.
After puas shopping kami terus balik ke pangkal jalan. Hihihi kami naik semula airtrain dari central station ke Helensvale station. Seterusnya naik tram ke Surfers Paradise South.

Terasa betul-betul penat harini. Dengan pelbagai insiden berlaku tadi. Hehehe selesai mandi & solat, Mira & Zyzool makan Brahims’ bawa dari Malaysia. Lepastu apalagi belek-belek hasil dapatan sebelum tidur. Hahaha

Berakhirlah sudah hari ke-4 kami di bumi Australia. Nanti Mira akan kongsikan kisah hari seterusnya ya. Stay tuned!

Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?

Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!

Baca lagi info di sini:

Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.

Baca lagi info di sini:
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
wandi

Berapa harga tambang train guna Go Card ke Brisbane?