Camping di Pantai Temala

Jadi pada 2 April 2021 yang lalu kiteorang satu family berpeluang camping di Pantai Temala. Pantai Temala ni sebenarnya dari perkataan TEMAN LAH. Haaaa jom temanlah saya bercamping di Temala hahaha. Pening teman memikiorkannya hehehe.

Sebenarnya kiteorang pergi ramai-ramai dengan group UTM. Kawan-kawan Zyzool lah. Mereka pilih untuk pacak khemah di Aliana Chalet D’Temalah. 2 hari 1 malam. Layankan anak-anak tidur khemah. View memang cantik. Bangun-bangun je nampak pantai ouh sungguh cantik permandangannya ok. Tapi sayang sampah sarap banyak uhuhu.. Sakit jugalah mata kita. Pastu time kiteorang pergi tu Sedili ada masalah air lah pulek. So memang takde air tau. Ambil air sembayang pon pakai air mineral yang kiteorang bawak. Jadi nampaknya memang mandi kerbau jelah time camping tu hahaha. Nasib kiteorang semua tak rasa nak beri-beri hahaha kalau tak ya ampun tak selesa amatlah kan. Hahaha. Jadi korang yang tak “jungle” tu I tak sarankan lah pergi camping kat sini. Hahahaha. Tapi yang jenis “hardcore” campak mana pon boleh hidup haaaa dipersilakan! Dengan harapan masa korang camping tu bekalan air adalah normal hehe

Waktu malam cam bese lah Ayra & Afya mesti nak buat s’mores. Yang bapaknya jenis melayan hehe seronoklah anak-anak. Tapi sedap wei s’mores! Marshmallow tu bila di bakar pergh dia cam cair pastu boleh tarik-tarik cair macam cheese tau pergh korang try lah sendiri memang asyik! Seronok tengok Ayra & Afya menikmati s’mores mereka. Kita yang tua-tua nih boleh lah wat rasa-rasa. Erk tua ke?? Hahahaha

Paling best bila camping ni kan. After subuh tunggu sunrise fuh memang view cantik subhanallah. Alhamdulillah di beri peluang melihat kecantikan bumi Allah swt ni. Pastu terus terjun pantai hahaha air takdak kan. Kita mandi air pantai jelah hahaha. Trip kali ni iols macam segan-segan lah ciked dengan geng-geng Zyzool hahaha so i banyak layan view & layankan Aafy main air. Air pantai dia jernih memang puaslah mandi anak-anak ku sekalian. Hehehe

Review tapak perkhemahan di Aliana Chalet D’Temalah ni Mira bagi 2 bintang jelah sebab sakit mata nampak sampah-sampah pastu masa tu air takdak pulak adeh nasib anak-anak tahan berak 2 hari tu wakaka.. Hahaha kebetulan tak berak semua huhu nasib mak nak oii satu kerja pulak kalau berak nak mencucinya tu nanti. So nak suggest ngan korang pon kang air takdak juga memang tak syiok walaupon bukan salah chalet tu. Tapi pantai Temala cantik! Bolehlah cari chalet lain yang memang akan ada air macamana pon even bila Sedili ada masalah air pon dia dah prepare ke air camne kan. Hihihihi

5 1 vote
Click a star to rate.
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments