Day 9 Kembara Bangkok | Shopping

Pagi ini kami mulakan dengan shopping di Chatuchak Market. Tapi takda pon la shopping sangat. Hahaha lebih kepada merasai suasana tu. Seawal pagi dah ramai orang membanjiri Chatuchak Market ini. Sempatla beli baju tidur Mira, Ayra & Afya sedondon. Hehehe. Kemudian Zyzool beli keychain buat ole-ole untuk keluarga & kenalan. Mira pula beli bag bercorak Bangkok. Kemudian kami terus ke bandar pula.

Big C ni macam Tesco la lebih kurang. Kiteorang borong makanan kat sini. Harga jauh lebih murah dari 7-Elevan.

Kemudian kami jalan kaki ke Platinum Fashion Mall. Singgah solat di sini. Terdapat surau di pusat membeli belah ini. Kalau korang nak beli baju borong bolehla ke sini.

Berhadapan Platinum Fashion Mall ini pula adalah Pratunam Market. Sama seperti Chatuchak Market juga. Banyak juga barang cenderamata yang dijual di sini. Kami hanya cuci mata sahaja di sini.

Dah selesai shopping kami terus ke Stesen Hua Lamphong untuk berangkat pulang. Tengoklah stroller Ayra & Afya jadi mangsa untuk sangkit hasil dapatan kami. Hihihi nanti dalam keretapi baru packing balik sebab nak masukkan dalam beg gabak tak muat. Hahaha… 

Ayuhlah kita pulang ke pangkal jalan oi!

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments