Buffet Ramadan di Muara Steamboat & Grill – Makan Sampai Puas!

Buffet Ramadan dah mula, korang dah ada tempat untuk berbuka ke? Kalau tengah cari lokasi yang best dengan pelbagai pilihan makanan, Muara Steamboat & Grill boleh jadi pilihan yang menarik! Kali ni, kami berpeluang berbuka di sini dan mencuba Pakej A, so jom tengok apa yang menanti korang.

Suasana & Konsep

Restoran ni memang selesa dengan konsep steamboat & grill, sesuai untuk korang yang suka pengalaman makan secara santai dan boleh masak sendiri di meja. Dekorasi pun cantik, rasa tenang je nak berbuka dengan keluarga atau kawan-kawan. Dengan pemandangan yang terus nampak Singapura.

Pakej A – Apa Yang Ada?

Untuk Pakej A ni, korang boleh makan sepuasnya dengan pelbagai pilihan menu Nusantara. Antara hidangan yang disediakan:

  • Aneka lauk-pauk tradisional – penuh dengan rasa kampung yang asli.
  • Pilihan ulam-ulaman – segar dan menyelerakan.
  • Pencuci mulut & minuman percuma – pelengkap sempurna untuk berbuka

Harga Pakej A

💰 Hari biasa (Isnin-Khamis): RM88++ (dewasa), RM44++ (kanak-kanak & OKU), RM66++ (warga emas)

💰 Hujung minggu (Jumaat-Ahad): RM98++ (dewasa), RM49++ (kanak-kanak & OKU), RM73++ (warga emas)

Nak lebih variasi? Boleh juga pilih Pakej B atau Pakej C yang ada tambahan Nasi Arab Ayam Mandy dan set BBQ.

Kenapa Korang Kena Cuba?

Banyak pilihan makanan – confirm puas hati untuk berbuka

Suasana restoran yang selesa & luas

Harga yang berbaloi dengan konsep buffet sepuasnya

Kalau nak datang berbuka di sini, better buat tempahan awal sebab tempat ni cepat penuh! Jangan lepaskan peluang untuk nikmati juadah istimewa Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan.

📌 Tempahan & Pertanyaan: WhatsApp 📲 019-446 1665

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments