Blog Kami Dah Berwajah Baru! (Kami Pun Sama, Hahaha)

Assalamualaikum semua! Blog Zyzool Mira Travel dah berwajah baru!

Tahun ni genap 15 tahun kami menulis. Semuanya bermula di Blogspot pada tahun 2011, dengan post pasal beg Deuter kesayangan Zyzool. Lepas tu kami pindah ke zyzoolmiratravel.sabloom.com.my. Pada tahun 2019, sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7, Zyzool hadiahkan domain zyzoolmiratravel.com. Bukan emas permata tau, tapi domain! Hahaha. Kisahnya ada dalam post Selamat Hari Kita Ke 7 Tahun.

Masa tu kami 4 beranak, setup semuanya sendiri. Sekarang dah 6 beranak dengan Ayra, Afya, Aafy dan Aryz. Blog pun dah berwajah baru, dan muka kami pun dah bertukar wajah seiring usia. Hahaha!

Zyzool Mira Travel 6 beranak
Wajah terkini kami di Kunafa Crisp. Aryz tidur plak masa ni, sebab tu dia takde dalam gambar. Hehe!

15 tahun perjalanan blog kami

  • 2011
    Mula menulis di BlogspotPost pertama pasal beg Deuter kesayangan Zyzool.
  • ⇢
    Pindah ke sabloomGuna alamat zyzoolmiratravel.sabloom.com.my. Panjang dan selalu heavy traffic, hehe.
  • 2019
    Domain zyzoolmiratravel.comHadiah ulang tahun perkahwinan ke-7 dari Zyzool. Masa tu kami 4 beranak.
  • 2026
    Wajah baruWebsite baru, info dikemas kini, dan kami dah 6 beranak.

Kenapa kami masih menulis di blog?

Sekarang orang lebih suka share kat TikTok dan Instagram. Kami pun ada kat sana. Tapi kami masih rasa feel menulis kat blog ni lain macam. Video 60 saat memang best untuk tengok suasana. Tapi bila nak rancang trip betul-betul, korang perlukan harga tiket, laluan, tips bawa anak dan tempat solat. Semua tu lebih senang dibaca dan dicari semula di blog.

Bagi kami, video untuk rasa, blog untuk rancang.

Blog ni juga jadi diari keluarga kami. Satu hari nanti anak-anak boleh baca balik ke mana mereka pernah pergi masa kecil.

Gambar terkini keluarga Zyzool Mira TravelGambar terkini keluarga Zyzool Mira TravelGambar terkini keluarga Zyzool Mira TravelGambar terkini keluarga Zyzool Mira TravelGambar terkini keluarga Zyzool Mira TravelGambar terkini keluarga Zyzool Mira Travel
Antara kenangan terkini kami sekeluarga

Apa yang baru di blog?

  • 📍
    Page Destinasi dengan peta kembara
    Klik pin untuk baca kisah setiap negara, dan ada kad “Kami sekarang di” untuk tahu kami kat mana.
  • 👋
    Page Mula di Sini
    Untuk pembaca baru yang nak kenal kami dan mula membaca.
  • 🔄
    Post lama dikemas kini
    Ikut info terkini November 2026. Cari tanda “Dikemas kini” kat atas post.
  • 📋
    Lebih senang dibaca
    Kad info ringkas, jadual harga dan kotak tips.
  • 📱
    Lebih mesra telefon
    Sebab kami tahu ramai baca sambil baring. Hehe.

Terima kasih

Terima kasih sangat pada pembaca yang ikut kami dari 2011 sampai sekarang. Ada yang dulu baca masa belum kahwin, sekarang dah bawa anak travel sendiri. Itu yang buat kami terus menulis.

I hope you guys enjoy our blog as much as we enjoy every journey and every story we share here. Macam mana kami enjoy setiap perjalanan dan setiap kali menulis kisahnya, kami harap korang pun enjoy membacanya. Semoga perkongsian kami ni membantu korang merancang trip sekeluarga. Jom tinggalkan komen, bagitau kami post mana yang paling membantu korang!

Jumpa juga kami di Instagram dan TikTok @zyzoolmiratravel.

#ZyzoolMiraTravel #MYFamilyTravel #DahSampai

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.