Buffet Ramadan TROVE Johor Bahru 2027: Juadah Nelayan Serantau, Early Bird RM128 Nett

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read
  • Post published:
  • Post comments:0 Comments

Ramadan belum tiba lagi, tapi rasa nak berbuka dah mula terasa! 😄 Petang Khamis, 26 November 2026, saya dan Mira dijemput ke Media Preview Night untuk buffet Ramadan TROVE Johor Bahru. Tema tahun ni “Juadah Nelayan Serantau”, konsep kampung nelayan dengan juadah dari hampir setiap negeri di Malaysia. Dress code malam ni traditional attire, jadi saya berbaju Melayu lengkap bersamping dan bertanjak, manakala Mira berkebaya labuh dengan selendang batik. Baru dapat feel suasana di kampung nelayan!

Zyzool dan Mira di gerai Pulau Pinang, buffet Ramadan TROVE Johor Bahru
Saya dan Mira di gerai Pulau Pinang, Lada & Clove Restaurant. Jom berbuka di TROVE!
Kad jemputan Media Preview Night Juadah Nelayan Serantau TROVE Johor Bahru
Kad jemputan Media Preview Night, 26 November 2026

Ramadan tahun depan dijangka mula awal Februari 2027, tapi harga early bird RM128 nett dah boleh ditempah dari hari ni. Berbaloi ke tak? Jom tengok.

LokasiLada & Clove Restaurant, Level 8, TROVE Johor BahruJalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru. Laman rasmi TROVE Johor Bahru
Harga early birdRM128 nett dewasaRM108 nett kanak-kanak 6–12 tahun / warga emas 60 tahun ke atas. Tempah 26 Nov 2026 – 31 Jan 2027
Harga biasaRM168 nett dewasaRM128 nett kanak-kanak / warga emas. 1 Feb – 7 Mac 2027
Waktu6.30 petang – 9.30 malamSepanjang Ramadan, 1 Feb – 7 Mac 2027
HalalHotel bersijil HalalSurau ada di Level 7
Tempahan buffetLada & Clove 07-272 88805Amri 012-881 8413 | F&B Admin 012-881 8403 | fnbcoor.trovejb@careluxuryhotels.com

1Suasana buffet Ramadan TROVE Johor Bahru

Masuk saja Lada & Clove di Level 8, terus rasa macam masuk pesta kampung. Gerai-gerainya ada papan nama negeri dalam tulisan jawi, bumbung atap dan kain merah. Siap ada kumpulan muzik live dengan lagu-lagu Melayu lama sementara kita makan.

Zyzool dan Mira berbaju tradisional di pondok nelayan buffet Ramadan TROVE Johor BahruGerai Citarasa Darul Ehsan Selangor berbentuk perahu di buffet Ramadan TROVE Johor Bahru
Saya dan Mira di sudut pondok nelayan, dan gerai Citarasa Darul Ehsan (Selangor) berbentuk perahu

Ruang makan buffet Ramadan TROVE ni luas dan susunan meja tak terlalu rapat. Sesuai untuk berbuka satu keluarga atau buat majlis berbuka pejabat.

Meja tempahan Zyzoolmira Travel di buffet Ramadan TROVE
Meja kami malam ni, siap dengan kad nama.
Muzik live semasa makan

2Juadah paling menarik di buffet Ramadan TROVE

Pilihan juadah di buffet Ramadan TROVE terlalu banyak sampai kami tak sempat rasa semua. Tapi ini yang buat kami pergi tambah lagi, lagi dan lagi.

🍚 Nasi Dagang Terengganu

Gerai Selera Pantai Timur ada Nasi Dagang yang dikukus dalam periuk kukus besar. Nasinya lembut, lemak santan cukup dan bau halba tu memang macam Nasi Dagang yang dibeli di Kuala Terengganu. Makan dengan Gulai Ikan Tongkol yang pekat, memang tak cukup sepinggan.

Gerai Selera Pantai Timur Terengganu di buffet Ramadan TROVE
Gerai Selera Pantai Timur
Nasi Dagang Terengganu dalam periuk kukus di buffet Ramadan TROVE Johor BahruGulai ikan tongkol untuk nasi dagang
Nasi Dagang panas-panas dari periuk kukus dan Gulai Ikan Tongkol

🍢 Sate

Sate dibakar dan dihidang dengan kuah kacang, nasi impit dan timun. Isinya lembut, perapannya meresap dan ada bau asap. Kuah kacangnya pekat dan manis-pedas.

Sate di buffet Ramadan TROVE Hotel Johor BahruSate dengan kuah kacang pekat
Sate tersusun cantik, dengan kuah kacang yang pekat

🐚 Siput Gonggong & Kerang-kerangan Bakar

Ini antara yang paling kami suka! Di Banana Leaf Grilled Seafood Station yang diinspirasikan dari Perlis, siput gonggong dan kerang dibakar atas daun pisang, kemudian disalut sos manis-pedas. Isi siput gonggong kenyal dan manis, dan kerangnya tak liat. Jarang jumpa siput gonggong di buffet hotel, jadi untuk peminat makanan laut, stesen ni memang wajib singgah.

Siput gonggong dan kerang bakar di buffet Ramadan TROVE Johor BahruChef membakar udang di stesen seafood bakar TROVE
Siput gonggong & kerang bakar atas daun pisang, dan udang dibakar terus di depan tetamu
Bau asap bakar ni yang buat perut berbunyi!

🍲 Sup Gear Box Tulang Merah

Sebagai orang Johor, kami memang tunggu juadah ni. Sup tulang merah datang dengan tulang besar (gear box) yang penuh sumsum. Kuahnya merah pekat, sedikit manis, pedas dan berempah. Tips dari kami: hirup sumsum guna straw yang disediakan, baru betul gaya orang JB 😄

Sup gear box tulang merah Johor di buffet Ramadan TROVEPinggan pertama Mira udang besar, siput dan nasi
Sup Gear Box Tulang Merah siap dengan straw, dan pinggan pertama Mira. Mira memang peminat udang!
Kuah tulang merah yang pekat terus dari periuk

3Hidangan lain di buffet Ramadan TROVE yang patut dicuba

  • 🐑
    Kambing panggang dengan nasi briyani (Pulau Pinang)
  • 🦐
    Khazanah Laut on Ice dengan kupang, udang harimau dan ketam
  • 🍤
    Udang Galah Masak Lemak Belimbing Buluh, Asam Pedas Melaka dan Ikan Patin Tempoyak
  • 🍜
    Laksa Johor, Murtabak, Roti John dan Otak-otak
  • 🔥
    Mee Udang Tsunami Kedah
  • 🍣
    Stesen sushi, salad, charcuterie dan pasta cheese wheel untuk yang nak selang-seli
  • 🍰
    Pencuci mulut: kuih-muih Melayu, buah-buahan tropika, chocolate fountain, ais krim, ABC dan cendol
Kambing panggang dengan nasi briyani buffet RamadanKhazanah Laut on Ice udang ketam kupang TROVE
Kambing panggang dengan nasi briyani, dan Khazanah Laut on Ice
Rendang pedas ayam Perak buffet Ramadan TROVEIkan goreng berempah dengan cili kering atas daun pisang
Rendang Pedas Ayam Perak, dan ikan goreng berempah dengan cili kering
Barisan makanan laut atas ais
Ikan segar dan makanan laut untuk dibakar
Ikan segar sedia untuk dibakar
Udang goreng berempah atas daun pisangUdang masak sambal buffet Ramadan
Udang goreng berempah dan udang masak sambal. Peminat udang macam Mira mesti suka!
Ikan bakar daun pisang Banana Leaf Grilled Seafood TROVEIkan bakar dengan hirisan lemon
Ikan bakar atas daun pisang, dan ikan bakar dengan hirisan lemon
Sotong goreng tepungPelbagai jenis ikan masin atas daun pisang
Sotong goreng tepung, dan pelbagai jenis ikan masin atas daun pisang
Api wok yang marak!
Stesen sushi di buffet Ramadan TROVESalmon salai di stesen charcuterie TROVE
Stesen sushi, dan salmon salai di stesen Charcuterie
Kuih lopes bersalut kelapa parutKuih lapis merah tradisional
Kuih lopes bersalut kelapa parut, dan kuih lapis yang cantik tersusun
Pasta cheese wheel di buffet Ramadan TROVEChocolate fountain di buffet Ramadan TROVE
Pasta Cheese Wheel, dan chocolate fountain kegemaran budak-budak
Minuman berbuka

Menu yang kami kongsi ni dari malam media preview. Hidangan sebenar semasa Ramadan mungkin sedikit berbeza.

4Pakej Ramadan Staycation RM500 nett

Kalau nak nikmati buffet Ramadan TROVE tanpa bimbang perjalanan balik, hotel ni ada Pakej Ramadan Staycation pada harga RM500 nett untuk dua orang (8 Februari – 7 Mac 2027). Pakej termasuk:

  • 🏨
    Bilik Deluxe
  • 🍽️
    Buffet berbuka Juadah Nelayan Serantau
  • 🌙
    Buffet sahur, 4.00 pagi – 5.40 pagi

Pada pandangan kami, harga ni berbaloi sebab buffet berbuka untuk dua orang pada harga biasa pun dah RM336. Tempahan perlu dibuat awal dan tertakluk kepada bilik yang ada.

Tempahan staycation012-771 7209rsvn.trovejb@careluxuryhotels.com
Tentang TROVE Johor Bahru

TROVE ialah hotel bandar di bawah kumpulan Care Luxury Hotels & Resorts, dengan slogan “Experiences Unconfined”. Hotel ni menerima anugerah TripAdvisor Travelers’ Choice untuk tahun 2025 dan 2026.

283 bilik dengan 5 tema yang diinspirasikan dari sejarah dan warisan Johor:

  • Local Love: seni dan kraf tempatan dalam gaya pop art
  • Straits Affair: zaman Johor sebagai pelabuhan dagang
  • Into the Woods: warisan alam semula jadi Johor
  • Fun with Geometry: motif tradisional Johor dengan sentuhan moden
  • Precious Moments: dari perkataan Arab “Jauhar”, kemewahan gaya tempatan

Untuk keluarga, ada Family Suite dengan katil king dan bilik bersambung dengan dua katil single. Di luar Ramadan, Lada & Clove (bersijil Halal) ada menu à la carte, buffet hujung minggu Rasa-Rasa Malaysia dan set Hi-Tea untuk dua orang pada harga RM88 nett.

Lihat bilik TROVE Johor Bahru →Tawaran terkini TROVE →

5Rating saya untuk buffet Ramadan TROVE

9/10
Rating ZyzoolMakanan 9.5/10 · Suasana & tema 9/10 · Servis 9/10 · Harga (early bird) 8.5/10Secara keseluruhan, pilihan makanan di buffet Ramadan TROVE banyak dan rasa makanan tradisional dijaga dengan baik. Tema kampung nelayan pun buat suasana berbuka lebih meriah. Dengan harga early bird RM128 nett, ia memang berbaloi untuk buffet hotel di tengah JB yang ada makanan laut sebanyak ini. Pada harga biasa RM168, ia masih berpatutan kalau anda betul-betul peminat makanan laut.

6Terima kasih TROVE

Zyzool dan Mira berbaju Melayu di pondok nelayan buffet Ramadan TROVE Johor Bahru
Sebelum balik, wajib bergambar di pondok nelayan. Dress code traditional attire, baju raya pun dah siap awal! (Gambar: Jasmine, TROVE Johor Bahru)

Terima kasih kepada Jasmine dan Zulaikha dari pasukan TROVE Johor Bahru atas jemputan dan layanan mesra sepanjang malam. Terima kasih juga kerana selalu jemput kami!! Terima kasih khas juga kepada Jasmine yang tolong ambilkan gambar kami di pondok nelayan tu 🙏

Mira bersama Jasmine dari TROVE Johor BahruMira bersama Zulaikha dari TROVE Johor Bahru
Mira bersama Jasmine (kiri) dan Zulaikha (kanan)

Kunjungan kami kali ni atas jemputan TROVE Johor Bahru. Semua yang kami kongsi dalam posting ni pengalaman jujur kami sendiri ya. Semua harga adalah nett termasuk SST, tertakluk kepada terma dan syarat hotel.

Kesimpulannya, buffet Ramadan TROVE Johor Bahru, Juadah Nelayan Serantau, sesuai untuk berbuka bersama keluarga, reunion dengan kawan-kawan atau majlis berbuka syarikat. Kalau dah ada dalam senarai, tempah sebelum 31 Januari 2027 untuk dapat harga early bird. Jimat RM40 seorang!

Harga early birdTempah sebelum 31 Jan 2027
RM128 nett

Kalau ada rezeki, seronok juga kalau dapat berbuka di sini dengan keluarga nanti. Nasi Dagang dan siput gonggong tu dah terbayang-bayang 😋 Kalau suka review buffet macam ni, baca juga pengalaman kami di buffet St. Giles Southkey Feast of Joy dan Trinidad Iftar Buffet.

Kalau nak tengok betapa happynya kami menikmati makanan malam tu, jom tengok reel di bawah! 👇

Korang dah ada plan nak berbuka di mana tahun depan? Kongsi di ruangan komen ya!

💬 Jom borakAda soalan pasal trip ni?Salam semua! Kalau ada soalan atau nak kongsi pengalaman korang, tulis je kat ruangan komen di bawah. Insya-Allah saya akan jawab.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.