Soft Opening Butik Jamilah UBC

Assalamualaikum semua. Kali ni Mira nak kongsi satu berita gembira untuk geng shopping JB!

Biasanya kami sekeluarga shopping baju kat Butik Jamilah, Angsana JB Mall. Minggu lepas, kami sempat singgah ke soft opening cawangan baru Butik Jamilah di Uda Business Centre (UBC). Lepas ni lagi senang nak shopping!

Cawangan baruButik Jamilah UBC27, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
Cawangan asalAngsana JB MallLot L3.40 (Level 3) dan L4.3 (Level 4)
SaizS hingga 5XLAda pilihan one size untuk blouse
Sesuai untukBaju sedondon sekeluargaBapak, mak dan anak-anak
Mira di rak baju kurung dan pakaian wanita, Butik Jamilah UBC
Baru masuk dah rambang mata. Warna-warni semuanya!

Luas, selesa dan ada tempat lepak

Apa yang Mira paling suka tentang Butik Jamilah UBC, butiknya luas dan selesa. Ada kawasan lepak untuk bapak dan anak-anak sementara tunggu maknya shopping. Hehehe. “Sabar ye nak, mak nak shopping sekejap.”

Pilihan baju memang banyak sampai tak tahu nak ambil yang mana. Harga promo pun murah sangat masa soft opening ni.

Mira memilih blouse di Butik Jamilah UBCMira dengan blouse renda di Butik Jamilah UBC
Kiri: Mira tengah survey blouse. Kanan: Yang ni Mira berkenan sangat.

Kurta KACAX dan baju sedondon sekeluarga

Zyzool pula sempat cuci mata baju kurta dari KACAX yang turut dijual di Butik Jamilah UBC. Baju sedondon untuk bapak, mak dan anak-anak pun ada. Satu tempat, terus settle baju seisi keluarga. One stop centre!

Zyzool bersama anak-anak di Butik Jamilah UBCZyzool memilih baju kurta KACAX di Butik Jamilah UBC
Kiri: Geng lelaki pun ada pilihan. Kanan: Zyzool khusyuk pilih kurta KACAX.

Blouse cantik dan jumpa Puan Jamilah

Blouse terkini pun banyak. Semua cantik-cantik! Mira tertarik dengan baggy blouse kat sini sebab one size fits all. Senang, tak payah risau saiz.

Kebetulan pula Puan Jamilah, pemilik Butik Jamilah, ada masa kami datang. Apa lagi, kami ambil gambar sekali buat kenangan di blog ni. Hehehe.

Mira bersama Puan Jamilah, pemilik Butik Jamilah
Bersama Puan Jamilah, pemilik Butik Jamilah. Terima kasih atas sambutan mesra!

Tips Mira untuk shopping di Butik Jamilah UBC

  • Datang awal kalau nak cari baju raya. Pilihan saiz paling lengkap masa stok baru masuk.
  • Tanya tentang promo semasa. Harga masa soft opening memang berbaloi.
  • Nak sedondon? Pilih warna dulu, kemudian cari saiz untuk setiap ahli keluarga.

Raya tahun depan dah tahu nak ke mana

Raya tahun depan, kami dah tahu nak shopping kat mana. Tak payah pening kepala tercari-cari lagi! Kalau korang pun nak dapatkan promo terbaik, boleh terus singgah ke Butik Jamilah UBC ya.

Keluarga Zyzool Mira Travel bergambar di Butik Jamilah UBC
Kami sekeluarga di Butik Jamilah UBC. Semua balik dengan senyuman!

Info lanjut tentang Butik Jamilah: Instagram @butikjamilah_ dan Facebook Busana Jamilah.

Tonton reel kami tentang suasana Butik Jamilah UBC di Instagram

Jumpa lagi di post seterusnya!

💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.