Ramai yang tanya Mira kat instagram bagaimana nak beli tiket feri ke Batam. Haritu Mira dah kongsikan di ig story tapi biasalah manusia mudah lupa. Mira pon kadang-kadang terlupa hihi. Jadi untuk senangkan korang moh ler Mira share kat blog ni. Jadi kalau korang nak ke Batam, boleh terus baca dari blog Zyzool Mira ni. Kalau lupa je boleh terus tengok sini. Mira lupa pon Mira boleh terus rujuk sini ekekeke.
Sebelum tu, kalau korang dari KL atau luar dari JB bolehlah kalau nak cepat terus naik kapal terbang. Cuma harga tiket paling-paling dalam RM450 sehala. Kalau dapat lagi murah tu rezeki lah namanya. Tapi kalau korang sukakan adventure & stay area JB ni bolehlah naik feri untuk ke Batam.
1. Terdapat 3 tempat pilihan manaiki feri dari JB ke Batam iaitu:
- Stulang Laut (The Zon)
- Pelabuhan Pasir Gudang
- Puteri Harbour
2. Pilih destinasi di Batam antaranya iaitu:
- Batam Center
- Harbour Bay
- Sekupang
4. Harga tiket feri ke Batam adalah lebih kurang RM70 sehala *depends dari mana dan nak berhenti mana. Tapi kalau beli tiket return lagi murah taw! Pegi balik dalam RM80 sahaja!
5. Sediakan Cukai Pelabuhan (Sea Port Tax) iaitu RM21 seorang.
Jadi nak berhenti mana ni? Harbour Bay ke Batam Center? Hehe ni terpulang kat korang.
Harbour Bay
- Harbour Bay ini teletak paling dekat dengan area NAGOYA! Nagoya merupakan tempat paling popular di Batam. Ramai pelancong yang datang ke Nagoya Hills Mall. Nak cari makan senang dan banyak pilihan.
- Ramai yang tidak memilih untuk berhenti di sini jadi tidak terlalu panjang bila beratur di imigresen.
- Terdapat hotel berdekatan dalam lingkungan 5 minit jalan kaki dari Harbour Bay.
Batam Center
- Berhadapan Batam Center ada pusat membeli-belah Mega Mall. Kalau nak beli beg Eiger juga ada dalam Mega Mall.
- Batam Center ini terletak berdekatan dengan Masjid Agung Batam. Dalam 10 minit jalan kaki.
- Sebelah Masjid Agung pula ada WELCOME TO BATAM monument. Rugi kalau ke Batam tak ambil gambar di sini!
Kalau plan untuk pergi balik hari boleh lah pilih Batam Center. Singgah POI kemudian shopping ole-ole & makan di Mega Mall pastu boleh terus balik. Cuma kalau hendak ke Batam Center dinasihatkan untuk beli tiket awal.
Kalau nak relax dan tak nak serabut ramai orang bolehlah berhenti di Habour Bay. Lebih aman gitu.
Mira ada share 21 Tips ke Batam sebelum ni. Untuk info lebih lanjut boleh baca di pautan di bawah ini.
Baca lagi info di sini:
Semoga perkongsian ini memberi idea untuk anda semua bagaimana membeli tiket ke Batam.