Pengalaman menjadi Young Passenger Travelling Alone (YPTA)
Kemas-kemas fail terjumpalah tiket kapal terbang MAS zaman dahulu kala. Masih ingat lagi kenangan menjadi “Young Passenger Travelling Alone” to London masa tu umur 13 tahun. Bila pikir balik berani nyer la sorang-sorang ke London tapi takla sorang sgt sebab ada je stewardess teman hihi..
Umur 15 tahun ke bawah kena under supervision airlines tu kalau travel alone. So at that time naik MAS ke London untuk jumpa parents kat sana. Mereka assist kita dari awal sehinggalah sampai dan handed over to my parents sebaik tiba di Heathrow Airport.
Yang seronoknya kan kita dijaga bak VIP hehe dan dapat opportunity duduk kat Business Class walaupon beli tiket Economy Class sebab senang kot cabin crew nak monitor kita. Hehe alhamdulillah masa balik dari London tu ada juga Young Passenger yang travelling alone umur lebih kurang sebaya la. Kalau time tu ada facebook mesti dah add dah jadi kawan hehehe..
Young Passenger Travelling Alone (YPTA)
Perkhidmatan Young Passenger Travelling Alone atau YPTA ini masih disediakan sehingga kini. Hampir semua airlines menyediakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini perlu ditempah bersama ketika membuat tempahan tiket penerbangan. Kanak-kanak yang berusia antara 12 hingga 15 tahun pada hari perlepasan dianggap sebagai YPTA atau bergantung pada airlines masing-masing.
Terdapat banyak kelebihan bagi penumpang muda yang terbang bersendirian (YPTA) ini. Antaranya:
- Ditemani sepanjang berada di lapangan terbang
- Diberi keutamaan menaiki dan turun kapal terbang
- Hiburan dalam penerbangan = Sistem Audio Video On Demand (AVOD), yang tersedia di pesawat terpilih menawarkan pilihan filem dan kartun
- Disambut ketika mendarat dan dihantar kepada penjaga/ibu bapa YPTA tersebut
Kenapa Mira YPTA ke London?
Ni antara soalan yang orang tertanya-tanya hihi. Sebenarnya masa tu ayah sambung belajar kat UK. Umur Mira 8 tahun. Semua family ikut kecuali Mira tinggal di Malaysia bersama saudara. Sebelum tu ada la parents tanya nak ikut ke nak stay rumah Maklong? Kita nih mestilah suka duduk dengan Maklong ada sepupu sebaya boleh main-main hehe. Lepas berbulan-bulan lamanya mereka pikir punya pikir mana yang terbaik akhirnya parents decide untuk Mira stay di Malaysia untuk meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. Masa tu budak lagi kita anguk-anguk je la. Time hantar family bertolak ke UK pon kita relax cool lagi macam takde pape yang berlaku. Hahaha sampai la saat mereka masuk departure hall tu barulah rasa kesedihannya tu. Hari-hari nangis sampai conteng dinding bilik tidur. Tulis rindu mama, rindu ayah fuh nak jumpa jauh. Kalaulah jumpa tu macam balik kampung mesti dah beli tiket bas terus balik kan? Tapi rindu ni rindu yang kena tahan je rasa tu. Depan orang kita cool la. Malam nak tidur mula sedih sangat-sangat.
Sampai la darjah 6. Mira ingat lagi parents call nak tahu keputusan UPSR. Mereka happy sangat Mira dapat 5A dan hadiahnya adalah….. tiket penerbangan ke London huaaaaa sebab keluarga pon rindu sangat sebenarnya dengan Mira. Ok I cry-cry masa menaip nih hehe sebab tetiba kenangan mengusik jiwa….
Ayah Mira sambung belajar. Mama pula kerja sampingan kat sana dan kumpul duit nak bawa Mira bercuti ke sana. Time tu rate tinggi 1 pound ~ RM7 gak. Banyak juga kerja yang mama buat kat sana antaranya jadi cleaner, jadi supervisor kat Mall, painting cottage home dll. Semua tu mama buat untuk bawa Mira termasuklah nenek, nenek saudara dan sepupu untuk temani Mira ke London. Huhuhu thank you MAMA & AYAH!! Masa mereka inform tu kemain happy.
London aku datang!
Mira ingat lagi masa sampai Heathrow Airport tu nampak je ayah, terus kami berpelukkan melepaskan rindu. Mama tak ikut masa tu sebab kereta tak muat nak bawa kami berempat lagi balik. Jadi masa sampai je rumah, mama keluar terus air mata 3 tahun tak jumpa tu mengalir deras. Huhuhu alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kami semua untuk bertemu. Jadi bila kawan-kawan post rindu bila kehilangan mak ayah tu rindu yang tak boleh dah jumpa tu Mira paham untuk 3 tahun itu. Mira dan keluarga terpisah di antara benua. Masih lagi boleh berjumpa. Mereka terpisah, dengan rindu yang tiada kesudahan. Huhuhu.. Semoga allahyarham ibu bapa kalian ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Sepanjang kami di sana banyak juga tempat yang kami lawati sampai la tiba masanya kami berpisah semula. Mulanya konon nak act cool la masa kat airport tu. Tapi bila dah kena masuk departure hall air mata memang tak tertahan. Nangis-nangis masa tu sebab kena berpisah semula. Dalam kapal terbang nenek mulanya cuba pujuk juga. Tapi agaknya tak jalan dia biarkan je Mira nangis disebalik selimut yang MAS sediakan dalam kapal terbang. Menangis senyap tapi deras air mata yang mengalir. Di tahan-tahan suaranya supaya penumpang lain tak dengar. Dan ianya berlarutan sepanjang 13 jam dalam penerbangan. Hahaha… Ada la berhenti sekejap pastu sambung nangis lagi hahaha.
Pulang ke Malaysia tanpa keluarga
Setibanya di Malaysia, Mira meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Dengan keputusan UPSR yang cemerlang Mira diterima masuk ke sekolah bestari. Sehinggalah cuti sekolah hampir tiba, ayah telefon. “Mira nak tak cuti datang sini (London)?” Korang mestilah tahu apa yang kita jawabkan? Hihihi confirmla happy berbunga-bunga? “Nak ayah!!!”, balas Mira. “Tapi Mira datang sini sorang-sorang tau”, balas ayah. Tak sempat Mira balas ayah terus cakap “Nanti Pak Long hantar Mira ke airport pastu pramugari akan teman sampai la ke sini jumpa Ayah di airport“, jawab ayah. “Ok ayah!”, konfiden je jawab hahaha.
Itulah kisahnya macamana Mira menjadi YPTA ke London hehehe. Perasaan teruja bertemu keluarga tercinta melebihi rasa takut travel sorang-sorang ke sana. Memang tip top servis MAS. Kat KLIA naik airport buggy. Pastu dapat duduk kat area Business Class. Minta la fresh orange berapa kali pon boleh. Sekejap-sekejap nanti pramugari tanya Mira ok tak? Nak apa-apa tak? Mira ingat lagi kat KLIA flight delay, ground staff siap belikan burger McDonald’s lagi hehehe.
Hari terakhir di London ayah ajak masuk bilik belajarnya. Dia pesan “Mira kalau boleh kat airport esok janganlah menangis ya. Kesian kat Mama sedih dia tengok Mira haritu menangis. Ayah tak lama kat sini lagi setahun balik, Mira kat sana nanti belajar rajin-rajin ya..” time dalam bilik tu terus mengalir air mata lepas ayah cakap tu. Keesokkannya kat airport Mira kuatkan diri tak nak nangis depan ayah & mama. Yes, berjaya! Peluk mereka pon tahan-tahan sebak kat dada. Senyum pon kelat. Sampailah masuk je kapal terbang, bukak selimut MAS apalagi… sambung nangis!! Hahaha tapi kalini tak lama sebab ada budak YPTA jugak dan pramugari haruslah jaga kita supaya kita dalam keadaan yang gembira kan?
Tapi tulah bila pikir-pikir balik rugi lak tak nangis kat airport tu. Kalau tak mesti dapat repeat lagi gi LONDON dan lagi dan lagi dan lagi. Oh London tempat kelahiranku wakakaka. Till then bye!!!
Bestnya kecil2 dah naik flight hehe. Teringat tengok movie Hollywood ada airlines yang macam ni utk budak2 yg travel sendiri. Hehe. Khai first time naik flight pun umur dah 24 tahun hehe – khai kakijalans.com
Hehe seronok tu seronok tapi sedihlah berjauhan dengan keluarga hehe