Harini kami nak kongsikan pasal Ocean Park iaitu salah satu taman tema yang terbesar di Hong Kong selain Disneyland. Ocean Park terletak di selatan Hong Kong dan agak jauh dari pusat bandar.
1. Pengangkutan ke Ocean Park
Anda boleh menaiki MTR atau Citybus untuk ke Ocean Park.
MTR South Island Line sudah mula beroperasi mulai 28 Disember 2016. Masa kami pergi April 2016, MTR ini masih dalam pembangunan. Kami menaiki bas dua tingkat 629 ke Ocean Park dari Admiralty MTR Station.
2. Masa Operasi
Ocean Park di buka seawal 10 pagi dan tutup jam 6 petang. Rancang hari anda ke sini kerana sangat ramai pengunjung pada hari minggu. Pastikan anda ke Ocean Park awal pagi kerana taman tema ini sangat besar untuk anda terokai. Untuk details waktu operasi boleh lihat di sini Ocean Park Hong Kong.
3. Harga Tiket
4. 2 Bahagian dalam Ocean Park
Ocean Park Hong Kong terbahagi kepada 2 bahagian iaitu The Waterfront (dekat pintu masuk) dan The Summit (di bahagian pulau). The Summit adalah di atas bukit dan tidak boleh berjalan kaki dari The Waterfront. Anda mempunyai dua pilihan ke sana:
Ocean Park Cable Car: Agak perlahan berbanding Ocean Express. Namun begitu permandangan yang sangat cantik dari Ocean Park Cable Car. Cable car di sini adalah agak kecil berbanding di Ngong Ping. Kalau anda takut ketinggian boleh pilih pilihan kedua. Ayra suka naik Cable Car ini.
The Ocean Express train: Keretapi Ocean Express akan membawa anda ke The Summit melalui jalan dalam terowong bawah bukit. Anda akan merasakan seperti di dalam kapal selam ketika di dalam keretapi ini.
5. Makanan
Terdapat makanan halal yang di jual di dalam Ocean Park. Kami sempat merasai Nasi Ayam yang di jual di salah satu kiosk di situ. Untuk lihat makanan halal yang lain anda boleh lihat di sini.
6. Cenderahati
Banyak kedai cendarahati di Ocean Park ini. Boleh mula menabung jika anda akan ke Hong Kong nanti!
7. Solat
Untuk solat anda boleh ke Guest Relation dan minta kepada staf di sana.
Anda sudah pernah ke Ocean Park?
Jom kongsi pengalaman anda sewaktu di sana 🙂
Baca lagi info di sini:
[Hari 1] – Hong Kong International Airport, Chung King Mansion
[Hari 3] – Yau Ma Tei, Star Ferry Pier, Masjid Ammar, The Peak, Madame Tussaud
[Hari 4] – Ngong Ping 360, Citygate Outlet, Temple Street Market, Ladies Market
[Hari 5] – Toys Street, Electronics Street, Garden of Stars, Sneakers Street
[Hari 6] – Ocean Park