My MacBook Pro Rosak!

My MacBook Pro rosak! Arghh tensen mak. Actually dah almost 3 years Mira pakai MacBook Pro nih. Beli tahun 2017. Memang puas hati! Dah la laju gilos! Serius laju tak terhegeh-hegeh nak on dan tak lag langsung bila buat kerja. Update blog pon laju ekeke. Pastu kalau Mira buat design pon tak yah pakai mouse! Satu tangan pon apadehal design guna Adobe Illustrator. Tak jem langsung! Bapak power! Hihi. Memang jatuh hati la pakai MacBook Pro nih. Berbaloi & sesuwei la dengan harga.

MacBook Pro
Muka bahagia baru beli MacBook Pro masa ni tahun 2017

MacBook Pro buat hal!

Tapi last year tetiba Mira perasan keyboard tak berapa sensitif. Kena tekan sikit baru dia detect. Pastu ada garisan kat monitor bila Mira guna lama. Adoi pasaipa plak nih. Zyzool punya MacBook ok jer. Dah la lagi veteran dari Mira. Power kot takde masalah pape. Awat cik punya tetiba buat hal selepas ku serah sepenuh jiwa raga ku selama 3 tahun ni tanpa berbelah bahagi kat MacBook Pro ni. Madah la ko Mira! Waranti pon dah habis! 1 tahun je dia cover. Sob sob tepi bucu katil huaaaaaa

MacBook Pro Rosak
Masa awal-awal tu garis sikit je timbul atas tu
MacBook Pro Rosak
Pastu mengganas satu skrin haha

Exchange and Repair Extension Programs

Bila tak sedap hati tu, Mira google la cari kenapa ini kenapa itu. Pastu buka Apple Support tengok ada tak dia calling device yang ada manufacturing defect untuk MacBook Pro 13″ 2017. Eh eh eh…. Sayang!!!! Ada dia calling MacBook kita laaa…

Mira terus cek MacBook Mira layak tak untuk program yang dia panggil tu. Jadi Mira masukkan serial number di ruang yang disediakan pastu dia cek Mira layak!! Program ni dia akan cover kalau ada problem kat device tu yang bukan dari salah kita. Maksudnya walaupun waranti dah habis still dia akan cover for free under program yang dia panggil tu. Best kan? Korang boleh cek kat link ini.

Mira tahu pasal program-program Apple nih sebab dulu masa Mira pakai iPhone 5 punat on button tetiba tak best tau. Tekan dia tak sedap. Pastu terjatuh pulak tu kat jalan tar. Masa tu naked tak pakai sarung ke apa. Pergh bercalar iPhone ku huaaaa. Tu la padan muka kan konon nak naked sangat haaaa mendapat! Lain kali kena tutup aurat barulah diredhai hahaha. Pastu Apple calling iPhone 5 yang punat on tak sedap tekan tu. Hah? Apalagi hantar kat Apple Service Center. Tunggu seminggu terus dapat brand new iPhone 5! Takda calar pon totally baru! Dia tukar one to one new device taw!! Apalagi terus la pakaikan mengikut syariat. Hehe Alhamdulillah sampai sekarang takde calar. Dah selamat dah Ayra guna. Hihi. Tu yang berharap ada calling program for my MacBook Pro 13″ 2017.

PKP la pulak

Sepanjang PKP tempoh hari lagi la terasa garisan tu muncul selalu. Seolah merindui daku tika ku rancak menulis blog kat Zyzool Mira Travel nih. Menyibuk je kan. Nak hantar ke Apple Service Center confirm la tutup masa PKP. Ku hadap jelah sambil tak abis-abis mengomel kat Zyzool.. “Nak jual jelah MacBook ni pastu beli yang baru..” Amboi lagaknya seperti isteri jutawan ya kamooo haha. Tapi tapi tapi Zyzool layankan taw hahaha “Aah sayang jual je kita cari MacBook yang lagi power!” Wakakaka! Terbukti la Zyzool jutawan yang penuh dengan harta kasih sayang! Hahaha

PKPB sektor perniagaan dah boleh buka!

Bila start je PKPB dan sektor perniagaan dah mula beroperasi apalagi terus search Apple Service Center buka ke tak? Yahooo! Mira terus booked slot untuk appointment dan minta Zyzool hantarkan MacBook Pro Mira ni. Ouh ya semua tu Mira buat melalui apps Apple Support. Mudah kan? Pilih device, pastu pilih masalah device tu. Kemudian pilih kat mana, tarikh dan waktu nak hantar device tersebut.

MacBook Pro

Jadi sepanjang hantar MacBook service tu tepu habis. Hahaha tapi bagus juga malam-malam terakhir boleh fokus buat amal ibadah. Kalau tak asyik duk depan laptop je! Update blog la konon tapi masuk draft je yang banyak hihihi.

MacBook Pro dah siap!

Time tunggu bila la MacBook ni siap kan, Mira nervous la juga. Sebab mereka akan cek dulu betul ke rosak. Pastu betul ke kita tak jatuhkan ke apa. Ada la syarat-syaratnya. Mereka akan cek untuk pastikan betul-betul apa sebenarnya masalah pada device kita. Dan betul ke device kita layak menerima program yang mereka panggil tu. I dup dap dup je. Sampailah tadi kebetulan Zyzool keluar jadi Mira minta Zyzool cek my MacBook tu dah siap ke baiki? Hahaha tak sabar nak update blog pon ye jugek! Hihihi seminggu yang tepu nih cepatlah berlalu.

“Dah siap sayang!”
“Wah serius la ni sayang?”
“Ye sayang! Macam baru!!!”
“Ye ke? Serius ke? Betul ke? Alaaa tak sabarnya!”
“Aah semua baru kecuali logicboard”
“Screen semua dia ganti baru!”
“Wah!!!!!!!”

MacBook Pro Rosak
Ni la buktinya Mira macam dapat MacBook baru kan? sebab kena install semua semula macam baru beli

Thank you Apple!!

MacBook Pro Rosak

Yeah! Betul Mira dapat MacBook Mira macam baru beli kat kedai! Skrin cantik sangat. Kalau ikutkan dia betulkan semua total harga RM3,800 uolss. Tapi sebab under program ni kami dapat for free!! Dia tukarkan semua baru! Keyboard baru, bateri baru, skrin baru. Yehaaaa semua baru!!! Logicboard @ motherboard je lama. Terasa seperti MacBook yang baru beli kat kedai! Berbaloi pakai 3 tahun dah pastu nih macam dapat laptop baru pulak. Alhamdulillah, thank you Apple! Tak sia-sia I jadi pengguna setia produk Apple hahaha. Beli sekali pakai bertahun lamanya sehingga la tak support dah update nanti. Hihihi puas hati! Ok sorry guys tak jadi jual! Wakakaka… Value dia dah tinggi semula! Yeayyy dapat hadiah raya awal tahun ni. Alhamdulillah! Till then selamat berbuka puasa!

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments