Mencari yang HALAL itu WAJIB

Tips Travel Seoul Korea

Mencari yang Halal itu Wajib

Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah wajib. Banyak sangat pilihan makanan halal yang tersedia namun hanya kerana ingin trending ada sesetengah yang ambil mudah bab makan ini.

Allah s.w.t menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "

No Pork, No Lard

Namun apa yang berlaku pada hari ini, ada pengusaha makanan dan minuman yang meletakkan tanda no pork, no lard tetapi tetap dikunjungi oleh ramai orang islam. Meraka mendakwa produk mereka tidak mengandungi unsur-unsur daging khinzir atau alkohol, namun mereka tidak mempunyai sijil perakuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Maka, timbullah perdebatan di kalangan pengguna di negara ini mengenai isu halal dan haram sesuatu makanan itu. Ada yang tidak kisah kerana ramai juga turut sama menikmatinya walaupun tiada tanda halal dari JAKIM. Dengan pelbagai makanan pilihan yang halal di jual, tetap juga kedai yang tidak diyakini halal menjadi trending di media sosial.

Konsep Halalan Toyyiban

Jadi bagaimana kita hendak memastikan bahawa kita tidak tersilap memakan makanan yang haram? Jom kita pahami konsep halalan toyyiban.

1. Menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam untuk mengambil berat makanan yang dimakan adalah dari sumber & penyediaan yang halal lagi baik. Allah s.w.t menyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 172
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu”.
Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

2. Memakan makanan yang halal juga boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat.
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)
Maksud Hadis: “Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram”. (Riwayat Ahmad)

3. Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)

4. Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)

5. Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih iaitu halal.”

Justeru, adalah wajib untuk kita mencari makanan yang HALAL hatta waktu mengembara sekalipon melainkan sebab-sebab tertentu. Namun dengan dunia kini yang semua informasi di hujung jari amatlah mudah untuk kita mencari makanan halal ketika bermusafir.

Mencari yang Halal ketika Travel

Kalau mengembara ke negara Islam kami jarang bawa stok makanan dari Malaysia. Bolehlah food hunting merasa & menikmati makanan di sana. Singgit Brunei je Nasi Katok ~ RM3. Memang murah & yang penting halal!!

Untuk negara bukan Islam memang kami akan bawa makanan tambahan yang diyakini halal. Lagipun boleh menjimatkan kos pengembaraan bagi negara yang kadar pertukaran mata wang yang tinggi maka makanan juga mungkin agak mahal.

Halal Wajib

Ada yang tanya makanan yang kami bawa ketika travel. Setiap kali travel ni la antara makanan yang kami akan bawa. Dalam gambar di atas merupakan makanan yang kami bawa untuk percutian 10 hari ketika ke Seoul, Korea.

Banyak pilihan makanan ready to eat yang boleh dibawa ketika mengembara ke negara bukan islam. Antaranya adalah produk Brahim’s. Ada 2 cara penyediaan Brahim’s. Samada rendam dalam air panas atau panaskan di dalam microwave. Instruction semua tertulis pada kotak Brahims tersebut. Nak lagi sedap bawak sambal kering/sambal hitam umphhh makan sehingga menjilat jari alhamdulillah hehe.

Beras pula kami masak menggunakan cooking set travel. Ringan je tak berat pon. Dan terjamin bersihnya hehe. Jangan lupa bawa tupperware kalau nak bawak bekal ketika mengembara.

Roti beli kat airport. Lagi lambat beli lagi lambat expired hehe. Jadi breakfast boleh buat sandwich.

Rugilah tak makan makanan Korea?? Kami masih mencari peluang menikmati pengembaraan kami dengan merasai makanan tempatan negara yang kami kunjungi.

Yang penting HALALAN TOYYIBAN.

Dan sesungguhnya mencari yang halal itu wajib

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments