Alhamdulillah selesailah sudah ibadah aqiqah buat anakanda kami Aafy bin Azizul pada hari ke-7 kelahirannya. Kami menggunakan perkhidmatan dari EZ Qurban untuk menyempurnakan ibadah aqiqah Aafy iaitu 2 ekor kambing bagi anak lelaki.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).
Sangat mudah menggunakan perkhidmatan EZ Qurban. Boleh terus ke laman web mereka untuk info lebih lanjut.
Semuanya hanya di hujung jari. Mereka update semuanya di whatsapp. Sangat mudah. Tahu-tahu Zyzool beritahu Mira bila ibadah aqiqah selesai dijalankan. Siap dapat sijil lagi.
Alhamdulillah selesai sudah ibadah aqiqah buat Aafy. Semoga Aafy membesar menjadi anak soleh dan membanggakan ummi & ayah.