Hari Kedua Bercuti di Hong Kong

  • Post author:
  • Reading time:12 mins read
  • Post published:8 April 2016
  • Post comments:0 Comments

Untuk hari ke-2, kami memang fokus berjalan di Disneyland untuk bagi berbaloi.. Memangla rasa excited nak gi.. lagi anak jawa yang tak penah sampai Disneyland mcm ni ..maunye tak excited tapi acah2 n cover2 la skit mcm amik gambar anak ke biar tak nampak sangat..

Kami keluar dari Chungking Mansion lebih kurang 9.10 pagi lepas mengalas perut dengan roti putih jenama Malaysia yang sedap dimakan begitu saja tu disapu dengan kaya sedap jenama Malaysia yang dalam tin tu.. Pekena Nescafe 2 in 1 yang disediakan kat tempat ni semangat trus macam nak berlari je rasa.

Tips Percutian Hong Kong
Pintu masuk ke Chungking Mansion

Train ke Disneyland

Keluar je pintu utama Chungking Mansion kami terus melintasi lampu trafik untuk ke stesen MTR Tsim Sha Tsui di sebelah kanan seberang jalan. Kalau yang bawa beg berat atau stroller, boleh gunakan lift di iSquare sebelah kiri pintu masuk Stesen MTR ni. Naik lift turun ke level MTR. Pada ketika ini sama level dengan jalan kita berada di level G.

Guna lift depan Chungking Mansion untuk ke MTR Tsim Sha Tsui

Untuk ke Disneyland, cari line Merah ke Tsuen Wan dan tukar train di Lai King. Di Lai King, tukar line oren untuk ke Sunny Bay dan di Sunny Bay akan naik line Pink dengan train khas ke Disneyland. Train dia je memang kita dah mula feeling2 kat Disneyland la sebab pintu, tingkap, pemegang waktu berdiri semua dah berbentuk mickey. Tambang dari Tsim Sha Tsui ke Disneyland 19.7HKD sorang. Keluar2 train akan ada tangga yang cukup tinggi untuk di panjat. Nasib ada escalator gak disediakan. Tapi kami yang bawa stroller ni terus ke sebelah kanan tangga untuk ke laluan keutamaan atau dipanggil Priority Lane kat sini.

Tips Percutian Hong Kong
Dalam train menuju ke Disneyland dari Sunny Bay di Line Pink

Hong Kong Disneyland

Lepas tap Octopus Card, terus jumpa pintu gerbang untuk ambil gambar. Kami gunakanla kamera kecik dan kamera gabak dengan kaki tiga utk amik gambar depan tu. Kena jalan masuk lebih kurang 400-500m ke dalam baru jumpa tempat pemeriksaan keselamatan. Kalau tak nak rasa penat, acah2 la amik gambar sepanjang jalan tu macam yang biasa kelab outdoor kami buat tu walaupun amik papan tanda je. Nanti tau2 eh dah sampaila.. Padahal excited, mana rasa penat sgt. Kat bahagian keselamatan mereka akan periksa beg2 jika ada apa2 barang yg tidak dibenarkan dibawa masuk. Makanan khas untuk bayi mungkin tiada masalah sebab kami bawa bekalan roti putih sapu kaya tadi utk bekalan bayi katanya padahal ayah dan ummi dia numpang gak sikit2 makan  dan tengok lepas je makanan tu. Mereka juga tidak benarkan/galakkan untuk guna kayu mengambil gambar@monopod kat dalam ni.

Tips Percutian Hong Kong
Bergambar depan pintu masuk haruslah yang lama kan..
Disneyland Station
Disneyland Station di Line Pink

Kaunter tiket ada di kiri dan kanan jalan lepas bahagian keselamatan. Harga tiket walk in 539HKD untuk seorang dewasa dan 385HKD untuk kanak2 3-11 tahun bagi tiket 1 hari.

Tiket masuk HK Disneyland

Stroller Parking

Tips Percutian Hong Kong

Yang bawa stroller akan diberikan kupon khas untuk stroller parking. Tulis nama dan no tel hong kong pada kupon dan simpan salinan keratan kupon untuk rujukan stroller di parking nanti.

Tempat Tumpuan Menarik (POI)

Sangat banyak tempat2 menarik untuk diambil gambar kat dalam ni dan rasa macam tak cukup 1 hari kalau jalan dalam ni cuma antara tempat yang akan rasa berbaloi bila pergi macam naik Railroad di Main Street Station, masuk Disney’s Storybook Theater, Mickey Philhar Magic untuk cerita 4D dan Winnie the Pooh di Fantasy Land, Jungle River Cruise dan Raft to Tarzan’s Treehouse di Adventure Land, Iron Man 3D Simulator di Tomorrow Land, Toy Soldier Parachute Drop di Toy Story Land (untuk dewasa) dan Mystic Manor di Mystic Point.

Buku autograf untuk dapatkan tandatangan karakter Disney masa ambil gambar dengan mereka

Solat

Untuk solat boleh pergi ke City Hall dan tanya di kaunter. Mereka akan sediakan bilik khas utk solat. Wudu’ di tandas sebelah kanan City Hall.

Makanan Halal

Ada 2 tempat MAKANAN HALAL kat dalam taman ni iaitu di Tahitian Terrace di Adventure Land dan Explorer’s Club di Mystic Point. Harga dia standard makan di Kedai makanan barat di Malaysia. Mcm 1 set nasi dengan ayam masak merah harga dipaparkan 109HKD/set.

Tarzan's House

Kedai2 cenderamata ada di sebelah kiri sepanjang Main Street USA dan di setiap tarikan2 utama di Land2 di taman ni.

Parade

“Parade” atau persembahan di jalanan ada di sepanjang Main Street USA pada jam 3.00 pm dan 7.30 pm. Persembahan bunga api di Sleeping Beauty Castle bermula jam 8.30 pm dan berlangsung lebih kurang 30 minit.

Parade sesi petang

Kepada suami yang dah ada data masa kat HK ni, kalau nak tgk2 HP nak tgk /update media sosial tu cover2 skit la ye ataupun belikan la sang pasangan tu baju minnie ke, minnie mouse ear ke. Pastu nanti kurangla persoalan atau tarik muka masa kita tgh pegang hp tu. Tak pun pepandaila amik gambar sesama ke pastu..

Minnie Mouse Ear

Hari seterusnya cadangan kami nak ke Masjid Ammar utk Solat Jumaat, makan di Islamic Canteen nye dan ke The Peak, Muzium patung lilin dll. Cadangan je kan..

Harini kami berjalan lebih kurang 15, 669 langkah dengan +- 9 km. Hari berikutnya memang nak target 20k langkah lagi.

Jumpa dalam post berikutnya, In shaa Allah.

P/s: Cuaca kat HK ni nyaman2 je antara 19-26 darjah Celcius.

Baca juga info ini:

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments