Sampai juga ke hari terakhir Misi Raya ke Batam. Hari ni misinya satu sahaja: balik dari Batam dengan selamat, lengkap dengan semua anak dan semua beg. Ingat beg kosong yang kami bawa masa Hari 1? Hari ni dia dah betul-betul “beranak”!
Sarapan Santai Hari Terakhir
Pagi tu kami sarapan santai di kawasan berdekatan hotel dan Nagoya Hill. Indomie rebus dengan telur dan roti goreng cicah sos. Ringkas, tapi itulah sarapan yang budak-budak paling suka sepanjang trip.


Check Out dan Menuju Batam Centre
Selepas check out, van bawa kami ke Terminal Feri Batam Centre. Sempat lalu bulatan berpatung naga di tengah bandar sebelum sampai ke jeti sekitar jam 1 petang.
Di terminal, kami solat jamak dulu di surau terminal sebelum masuk imigresen. Surau tu bersih dan selesa.

Tips Perjalanan #12: Batam 1 jam lewat dari Malaysia. Tiket feri biasanya tertera waktu tempatan, jadi semak betul-betul. Sampai jeti sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit awal, lebih-lebih lagi musim cuti perayaan.
Feri Balik dari Batam ke Stulang Laut
Jam 2 petang waktu Batam, feri Citra mula bergerak. Budak-budak yang tadi aktif, dalam 15 minit dah terlelap. Saya dan isteri sempat naik ke dek belakang ambil angin laut. Tengok buih ombak di belakang feri, rasa macam baru semalam kami sampai.


Tips Perjalanan #13: Kalau anak mudah mabuk laut, bagi ubat mabuk laut 30 minit sebelum naik feri dan duduk di bahagian tengah. Bawa jaket nipis sebab dalam feri sejuk.
Beg Dah Beranak!
Inilah bukti paling sahih. Beg yang kosong masa pergi, balik penuh sampai kena tambah beg guni. Snek, kek lapis, kopi, coklat dan baju bundle semua ada. Itulah realiti bila balik dari Batam bersama keluarga. Kalau nak tahu kenapa, baca balik Hari 1 dan Hari 2.

Makan Malam di Johor Bahru Selepas Balik dari Batam
Selepas selesai imigresen di Stulang Laut, perut kembali lapar. Kami tutup trip dengan makan malam dan sate di Johor Bahru. Sate Padang di Batam dan sate Johor masing-masing ada keunikan sendiri. Dua-dua sedap, dua-dua kami sapu licin!


Tips Ringkas Sebelum Balik dari Batam
- Isi All Indonesia Arrival Card sebelum pergi, dan simpan kod QR dalam telefon.
- Simpan sedikit tunai Rupiah untuk caj dan cukai jeti di Batam Centre.
- Timbang beg sebelum keluar hotel supaya tak terkejut di kaunter feri.
- Bawa beg lipat atau beg guni tambahan untuk oleh-oleh.
- Ingat beza masa 1 jam supaya tak terlepas feri.
Terima kasih sebab ikut Misi Raya ke Batam kami dari Hari 1 sampai Hari 5. Bercuti dengan anak dari umur 2 tahun sampai 13 tahun memang mencabar, tapi kenangan dia mahal. Kalau ada soalan tentang trip ni, tinggalkan komen. Insya-Allah saya jawab!

