Glamping di Dusun Bonda, Ulu Tamu

  • Post author:
  • Reading time:19 mins read
  • Post published:9 March 2023

Alhamdulillah kami 5 beranak berkesempatan glamping di tepi sungai di Dusun Bonda yang terletak di Ulu Tamu, Batang Kali di Selangor. Pengalaman pertama kami menginap di dalam khemah yang berlevel 5 bintang! Memang pengalaman yang sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi khemah kami terletak di tepi sungai. Bunyi deruan sungai memang amat mengasyikkan.

Ada banyak pilihan khemah yang disediakan. Kalau korang tidak berminat tinggal di dalam khemah, ada juga pilihan untuk menginap di Villa. Korang boleh membuat pilihan sendiri nak menginap di khemah atau villa di laman web Dusun Bonda ketika membuat tempahan. Ada beberapa pilihan khemah yang disediakan antaranya pool view, river view, hill view & garden view.

Kami sekeluarga menginap di Glam 5D Riverside Premium Bell Tent (River View). Khemah ini boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa atau 7 pax termasuk kanak-kanak. Memang selesa yakmat.

Antara kemudahan lain yang disediakan untuk khemah ini adalah:

  • 3 tilam saiz queen & peralatan tempat tidur
  • 12 bantal, 6 kusyen baling, 3 selimut saiz queen
  • 1 unit 1.0 HP penghawa dingin mudah alih
  • 2 kipas menara
  • 4 plug point
  • 1 unit ubat nyamuk elektrik
  • 1 unit dudukan rak tuala
  • Bilik mandi peribadi bersebelahan dengan khemah
  • Gazebo peribadi dengan pemandangan sungai.
  • Jarak ke pintu masuk sungai ke-2, 30 saat berjalan kaki
  • Jarak ke kolam renang, kurang dari 2 minit berjalan kaki

Private Bathroom

Bilik Mandi Peribadi hanya bersebelahan dengan khemah & terdiri daripada:

  • Pemanas air
  • Sabun badan
  • Syampu rambut
  • Sabun basuh tangan

Tuala tidak disediakan tetapi boleh disewa pada harga RM2/sehelai.

Private Gazebo

Gazebo Persendirian pula ialah kawasan untuk menjamu selera dan lepak bersama teman & keluarga. Setiap khemah ada gazebo persendirian. Bagi gazebo persendirian kami terletak bersebelahan dengan khemah kami dan terdiri daripada:

  • Meja taman dengan 6 kerusi taman
  • Kipas dinding
  • Sinki dapur
  • 3 plug point
  • 6 pinggan, 6 mug dan 6 set kutleri
  • Sabun basuh tangan

Seawal jam 7:30 pagi sarapan akan di sediakan di Gazebo Persendirian masing-masing. Antara makanan yang disediakan ketika kami menginap di sana adalah Nasi Lemak, kuih-muih, buah-buahan, roti bakar, air oren dan kopi. Sambil-sambil layan kopi dan melihat view sungai memang tenang je rasa.

Tetiba rasa nak masak pulak kan? Ok don’t worry untuk Glampers, terdapat tiga kawasan umum untuk memasak disediakan. Barangan yang disediakan ialah dispenser air Coway, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi, dapur gas 2, peti sejuk, kutleri, pinggan & cawan, periuk & kuali, pisau & papan pemotong, minyak masak, gula dan garam serta cecair pencuci pinggan mangkuk. Cukup lengkap kan? Korang tinggal bawa bahan nak masak je!!

Aktiviti & kemudahan yang disediakan

Datang ke sini mestilah nak tenang ribut jiwa kan. Hihihi ada pelbagai jenis aktiviti untuk korang manfaatkan antara:

  • Mandi-manda di swimming pool
  • Bermain buaian & mandi di Sungai Ulu Tamu
  • Mini River Tubing
  • Playground Kanak-kanak
  • Melihat panorama sekitar di Viewing Deck
  • Hangat badan di malam hari near campfire sambil bakar marshmallow
  • Bakar-bakar BBQ bersama yang tersayang
  • Jungle Trekking
Menarik kan? Sambil-sambil tenangkan fikiran boleh juga beraktiviti bersama tersayang di sini.

Line coverage ada ke?

Kat sini line Celcom je yang dapat. Macam Mira pakai Digi memang langsung tak dapat nak layan video tiktok. Hahaha tapi kan katanya nak lari dari hiruk-pikuk bandar kan? Nak healing kan hehehe so siapa yang putus cinta ke nak detox from social media ke? Haaaa sinilah tempatnya hehehe

Tapi jangan risau kalau korang masih memerlukan line internet, korang boleh beli line satelit WiFi yang disediakan oleh pihak resort.

Alhamdulillah atas rezeki ini. Memang best sangat dapat healing kat sini. Lari sekejap dari kesibukan bandar. Kalau korang berminat nak stay sini juga boleh booking atau nak tahu info lebih lanjut di:

📍 Dusun Bonda Ulu Tamu
🌐 www.dusunbonda.com
📧 booking@dusunbonda.com

Khas untuk korang followers Zyzool Mira Travel. Jangan lupa masukkan coupon code RETDB-5OFF sewaktu booking online untuk menikmati potongan diskaun 5%. Tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2023.

>