Malam Sabtu ni Zyzool dan Mira keluar makan berdua saja. Kami singgah Fatimah and Sons Taman Universiti, restoran yang baru je kami perasan setiap kali lalu Jalan Kebudayaan. Dari jauh dah nampak papan tanda neon ungu dia menyala, siap dengan tulisan “1963” bawah logo. Malam tu memang ramai orang. Meja depan penuh dengan student dan keluarga.
Kami order dua pinggan nasi goreng kampung dan dua air. Jumlah bil untuk dua orang cuma RM40.60. Berbaloi ke tak? Jom tengok.

1Suasana Fatimah and Sons Taman Universiti
Masuk je terus rasa selesa. Ruang depan separuh terbuka dengan pokok hijau di tepi meja, kipas siling dan lampu kecil bersusun atas kepala. Bahagian dalam pula ada dinding batu warna kuning lembut, kerusi kusyen panjang dan meja kayu. Lampu dia warna hangat, jadi gambar pun keluar cantik.


Banyak hiasan kecil yang buat Zyzool tertoleh. Ada jam dinding bentuk motosikal klasik, jam dua muka dengan tanduk rusa di dinding bata dan ayat Quran 94:5 tertulis di dinding hijau. Kaunter kopi dia pun comel dengan lukisan “That’s matcha better!” dan lampu tali berjuntai.




2Apa kami order
Kami berdua pilih nasi goreng kampung. Seorang ambil seafood, seorang lagi ambil ayam dan telur.

- 🍤Nasi Goreng Kampung Seafood (RM15.90). Udang dia besar dan dapat dua ekor, siap dengan sotong. Ditabur bawang goreng rangup di atas. Nasi tak terlalu berminyak dan rasa kampung dia memang ada.
- 🍗Nasi Goreng Kampung Ayam dan Telur (RM14.90). Datang dengan telur mata, ayam goreng tepung, keropok, timun dan sos cili. Ada kangkung dalam nasi. Portion besar, memang kenyang.
- 🍋Lemon Tea sejuk (RM4.90). Teh o ais limau kurang manis dalam cawan plastik bercetak logo restoran. Masam manis dan segar.
- 🍑Peach Tea panas (RM4.90). Juga kurang manis, dihidang dalam mug kuning. Wangi dan sedap diminum lepas makan.



3Servis dan cara bayar
Menu diberi di meja dan staf datang ambil order. Makanan sampai tak lama walaupun pelanggan ramai. Staf semua pakai uniform kemas dan bergerak cepat. Lepas makan, bil diletak dalam folder di meja. Kemudian kita bayar sendiri di kaunter cashier.

4Menu dan harga Fatimah and Sons Taman Universiti
Selain nasi goreng, menu dia ada bahagian Western seperti Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Chop dan Chicken Parmigiana. Bahagian Pasta pula ada Aglio Olio, Carbonara, Arrabiata dan Creamy Tomyam. Ini harga apa yang kami order malam tu, ikut resit:

Kesimpulannya, Fatimah and Sons Taman Universiti sesuai untuk keluar makan berdua atau bawa keluarga, lebih-lebih lagi waktu malam bila lampu neon dia menyala. Kalau suka review makan macam ni, baca juga pengalaman kami di Ayam Gepuk Mas Joyo Taman Teratai. Lain kali Zyzool nak datang lagi cuba menu Western dan kopi dia pula 😄

