Day 4 Kembara Bangkok | Dari “Thaiping” ke “Thailand”

Sa wat dee khrap Bangkok! ❤️ Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di Stesen Hua Lamphong, Bangkok menaiki Thai Railways dari Padang Besar ke Bangkok selama ~18 jam perjalanan😅.. Kami mengambil tempat duduk “2nd Class Sleeper AC” pada kali ini. Banyak tempat yang kami nak terokai pada hari ni.

Nama pon backpackers kan? So tak pandang la hotel-hotel nih. Huhu.. Kita stay backpackers hostel!! Masih mengekalkan tema pengembaraan kami kali ni 😂 Memang terbaik  hostel ni!! Harga murah tapi rate 9.5/10 di booking & agoda! Terasa seperti di hotel!! RM70 satu malam! Kalau datang bujang lagi murah taw! RM29 jewww semalam 😉

Selepas kami check-in kami meneruskan pengembaraan kami dengan menerokai pengangkutan awam MRT & BTS (subway) yang ada di sini 👍🏻 Zyzool belikan rabbit card bertemakan karakter LINE Brown (Zyzool) & Choco (Mira) untuk kegunaan kami di sini. Macam touch & go lah kalau kat Malaysia. Tapi hanya boleh guna kat BTS sahaja.

Manakala kat MRT kami beli token setiap kali perjalanan 🚆
Sempat la cuci mata & jalan-jalan cari makan di area Siam iaitu Siam Paragon & MBK Mall

Surau pon ada disediakan di MBK Mall di tingkat 5 & tingkat 6.

Amat mudah nak cari makanan halal cuma… tulah kena pastikan tukang masak tu “halal” ke “haraaaam” 🙈😂 p/s: sini kan popular dgn lgbt 😂 souvenir dia pon rare 😂
Doakan pengembaraan kami hari ini Day 5 dipermudahkan 🤗

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments