Bawa Anak-anak Tengok JDT di Piala Sumbangsih 2026/27

Layan anak-anak tengok bola kat stadium JDT! Pada 21 Ogos 2026, kami sekeluarga ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2026/27 antara JDT menentang Kuching City.

Thank you Pejabat Menteri Besar Johor & Pejabat NC UTM untuk ticket ke perlawanan ni. Bukan selalu dapat bawa anak-anak tengok bola secara live, jadi memang excited semua orang malam tu.

PerlawananPiala Sumbangsih 2026/27
PasukanJDT vs Kuching City
TempatStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
KeputusanJDT menang 3-0 💙❤️
Zyzool Mira Travel sekeluarga di Stadium Sultan IbrahimGambar keluarga dengan latar padang Stadium Sultan Ibrahim

Suasana dalam Stadium Sultan Ibrahim

Masuk je dalam stadium, terus nampak bumbung dengan lampu biru merah warna JDT. Kerusi pun biru semua, memang rasa macam masuk rumah Harimau Selatan. Anak-anak sibuk tengok skrin besar dan sorakan penyokong dari setiap sudut.

Suasana malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar PuteriAksi perlawanan JDT menentang Kuching City

JDT juara, menang 3-0!

Perlawanan tamat dengan JDT menang 3-0 ke atas Kuching City. Lepas wisel penamat, padang terus meriah dengan confetti dan majlis penyampaian piala. Kami duduk sampai habis sebab anak-anak tak nak balik selagi tak tengok pemain angkat piala hehehe.

JDT juara Piala Sumbangsih 2026/27, menang 3-0 menentang Kuching City di Stadium Sultan Ibrahim

Yang paling enjoy… popcorn JDT! 🍿

Jujurnya yang paling enjoy malam tu dapat makan popcorn JDT 💙❤️ hehehe. Bekas popcorn pun warna JDT, comel je anak-anak pegang sambil tengok bola.

Popcorn JDT di Stadium Sultan Ibrahim

Tips bawa anak tengok bola di stadium

  1. Sampai awal. Senang cari parking, beratur masuk dan cari tempat duduk sebelum ramai.
  2. Semak senarai barang larangan. Senarai ni ada dalam e-tiket, jadi baca dulu sebelum keluar rumah.
  3. Pakai jersi JDT. Anak-anak lagi seronok bila rasa macam sebahagian dari penyokong.
  4. Pegang anak masa nak keluar. Lepas perlawanan memang ramai orang serentak keluar stadium.

Alhamdulillah, malam yang sangat best untuk kami sekeluarga. Siapa lagi pernah bawa anak tengok JDT kat stadium? Share pengalaman korang kat ruangan komen ya!

📸 Gambar penuh ada di Instagram kami: @zyzoolmiratravel

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.