Bahagiakan orang lain dengan mengamalkan sikap baik hati dan murah hati??

Dikelilingi orang-orang yang baik

Kita mesti rasa tenang & gembira kalau kita dikelilingi orang yang baik… Tapi baikkah kita dengan orang sekeliling kita?? Erm…

Salah satu rezeki Allah SWT adalah Allah kelilingkan kita dengan orang-orang yang baik

Betapa saya ingat ketika Makcik Ahjumma di Seoul, Korea yang tak mengenali saya menghadiahkan saya jaket tebal untuk menghangatkan anak saya yang kesejukkan…

Betapa saya ingat Pak Arab yang saya tak kenali memberi kami extra kebab buat mengisi perut yang lapar kesejukkan di negara orang…

Betapa saya ingat seorang pelajar Korea menumpangkan kami naik beca ke Gyeongbokgung Palace secara percuma tanpa mengambil apa-apa bayaran..

Betapa saya ingat seorang Pak Cik di Hong Kong menghadiahkan anak saya patung Donald Duck di Temple Street Market.. Sedangkan kami tak mengenali antara satu sama lain…

Betapa saya ingat Pak Cik jual goreng pisang berdekatan butik saya memberi selidi Fish Cake buat anak saya… Dan anak saya gembira tersenyum siap minta bergambar dengan “Fish Cake” nya…

Betapa hati ini gembira & ingat sampai bila-bila dengan kenangan dikelilingi orang yang baik-baik..

Betullah.. “Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..”

“Kalau kita mahu orang di sekeliling kita baik, maka jadilah peribadi yang baik terlebih dahulu”

Baikkah aku?? huhu

Bak kata Prof. Muhaya.. “Orang yang benar-benar bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia….”

Jom bersihkan hati & bahagiakan orang di sekeliling kita

TIPS : Cuba sedekahkan SENYUMAN bila berjumpa dengan semua orang TERMASUK sedara seislam senegara ketika bercuti.. hihi.. (reminder untuk saya jugaaa…)

p/s: Ramai tanya saya tips bawa baby ke South Korea.. saya cuba ya saya cuba.. kena recall balik dulu nih.. hihi

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
kak hana

thanks so much. kak hana printed this out insyaAllah to guide us there . amin

Zyzool

Alhamdulillah.. Moga bermanfaat