Ayam Goreng Muiz dah boleh dine-in!

Korang tahu tak sekarang nak makan ayam goreng Muiz dah boleh dine-in tau!! kalau korang berkesempatan ke Muar, Johor jangan lupa singgah Restoran Muiz Hot Chicken. Alkisahnya cuti sekolah haritu kiteorang explore dekat-dekat je. Last minute plan nak terokai Muar. Rupanya syiok juga!! Nanti Mira cerita details kat next post okey

Mamang jalan-jalan cari makan kat Muar dan salah satunya kami try makan di Restoran Muiz Hot Chicken. Selama ni beli kat tepi jalan je kan? Now makan kat restoran uolss. Feel dia sama macam makan kat restoran yang boikot tu sebab menu dia pon ala-ala kedai fast food tu juga! Sama wei!!!

Antara makanan yang kiteorang order ialah Ayam Goreng 5 pcs with sos cheese, Nasi Lemak MHC (Spicy), Chicken Porridge, Mozarella Cheese Sticks (6pcs). Ada juga pilihan burger ikut korang la nak try makan apa. Sambal Nasi Lemak tu rasa lebih asli melayu berbanding kedai boikot tu. Ayam Goreng pon serve panas-panas memang abis la diet kita hehehe

Kiteorang try juga coffee Muiz Hot Chicken ni. Zyzool try White Coffee. Mira pula try Hot Salted Caramel Latte. Boleh tahan laaa. Overall memang sedap dan vibe yang sama macam kedai boikot tu. Inshaa Allah tak menyesal makan di sini bersama keluarga tercinta. 

Kalau korang nak feel makan Muiz Hot Chicken di restoran boleh la singgah Muar Johor nanti!

Restoran Muiz Hot Chicken

No. 82-48 & No. 82-49
Jalan Bakri 2
Taman Kampung Kenangan
Tun Dr. Ismail
Muar
84000 Johor

Operation Hours : 8am to 10pm

Tel No :06-959 4900

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments