Malam Jumaat ni Mira dan Zyzool keluar makan berdua saja. Kami cuba Ayam Gepuk Mas Joyo di Taman Teratai. Senang cari, papan tanda kuning terang sebelah Mr DIY. Masuk dalam, kedai bersih, sejuk dan selesa dengan dinding kuning dan merah.
Ramai student UTM makan kat sini. Malam tu Mira nampak ada yang datang ambil nasi tambah, siap dua kali! Memang sesuai untuk student sebab set bermula RM12.90, dan nasi dengan sambal boleh tambah percuma.

1Cara order
- 🧾Order dan bayar di kaunter Order Here.
- 📺Tunggu nombor order keluar kat skrin.
- 🍽️Ambil makanan di kaunter Pick Up Here.
- 🗑️Lepas makan, angkat pinggan dan cawan. Buang sisa dan letak di ruang yang disediakan.

2Apa kami order
Kami berdua ambil Ayam Gepuk Ori Set D (RM16.90). Satu set ada nasi, seketul ayam gepuk, timun, tempe, tauhu, kubis goreng, enoki crispy, sambal dan sambal kacang. Tambah air RM2. Mira ambil teh O ais dan Zyzool ambil sirap ais.


Set D ni paling penuh. Bagi Mira, portion dia dah banyak sangat, tak perlu tambah nasi pun dah kenyang. Enoki crispy dan kubis goreng dia rangup, sedap dicicah dengan sambal kacang.
3Free refill dan sup percuma

4Menu dan harga Ayam Gepuk Mas Joyo


Berbaloi untuk set yang penuh macam ni.
Sesekali keluar makan berdua macam ni pun best. Mira sorang pun dah kenyang dengan satu set. Kalau student UTM tu, sampai bertambah nasi! 😄

