Malam Jumaat ni Mira bawa anak-anak ke Watsons Jom Beli 2026 di Angsana Mall, hari pertama terus! 😄 Niat asal nak tengok-tengok je. Tapi bila nampak tag harga RM3 dan RM5, anak dara dua orang ni, Ayra dan Afya, dah tak boleh duduk diam. Aafy dan Aryz pula lepak dengan ayah mereka, Zyzool. Biasalah, boys tunggu je kami bershopping 😆

Keluar dari situ, 16 barang masuk beg dengan bil RM163.60. Berbaloi ke tak? Jom tengok.
1Suasana Watsons Jom Beli 2026 di Angsana Mall
Watsons Jom Beli ni jualan besar Watsons di ruang legar mall. Meja-meja panjang penuh kotak produk kecantikan, penjagaan diri dan snek. Setiap meja ada tag kuning Best Buy dengan harga yang buat mata terbeliak.

Dari tingkat atas, nampak betapa luasnya kawasan jualan. Barisan untuk bayar pun disusun kemas dengan tali merah, jadi tak bersesak masa nak ke kaunter.
Antara jenama yang terlibat ialah Watsons Collection, Water360, IN2IT, Elianto, Kerasys, Beaut Lover, Sadoer, FreshCare, Black Owl, Eva & Eve, wet n wild dan Tong Garden.
2Harga makeup yang buat rambang mata
Ini antara harga yang Mira sempat tangkap gambar.
💄 bt’s by Binti’s Max Matte & Velvety Soft Lip On-The-Go – RM3
Satu kotak besar penuh lipstick mini. Ada tester, jadi anak-anak terus swatch atas tangan sampai merah-merah jari 😂


✨ bt’s Glass Glow Melting Balm & Butter Glaze Lip Glow – RM4.80
Harga bukan member RM8. Kalau member Watsons, terus kurang 40% jadi RM4.80. Yang ni Afya punya, dia ambil dua!

🦋 Rude Cosmetics – RM5
The Spell Book Palette, Chibi Manga 9 Color Eyeshadow Palette dan Roaring Blush dari Rude Cosmetics semua RM5 je. Packaging comel gila, rasa macam beli buku cerita.

💖 Dazzle Me, Bliss Scent & wet n wild
Lip tint Dazzle Me RM5, bakul Bliss Scent penuh barang comel bentuk beruang strawberi RM8, dan koleksi wet n wild termasuk palette SpongeBob dan Megaglo Lip & Cheek.




3Ayra dan Afya sibuk memilih
Ayra pilih The Spell Book Palette (Desire). Katanya cover dia macam buku sihir. Afya pula jatuh cinta dengan Chibi Manga 9 Color Eyeshadow Palette gambar beruang, siap senyum simpul depan kamera. Semua produk bt’s by Binti’s dalam bil kami tu Afya punya, iaitu lipstick bt’s RM3 dan dua Lip Glow RM4.80. Lipstick tu barang paling murah dalam bil!


Aafy dan Aryz? Dua hero ni setia tunggu dengan ayah sementara kami perempuan bershopping. Tapi bila tiba sesi bergambar depan backdrop, laju je datang! Aryz siap kena dukung dengan Afya 😆
4Haul Mira dari Watsons Jom Beli 2026


Mira pun tak terlepas. Mira dan Ayra twinning, dua-dua beli barenbliss Butter Up Blush Stick (05 Cherry Jam) dan Butter Up Highlighter Stick (01 Fun Vanilla) yang sama 😍 Selain tu, masuk juga Timephoria Stellar Dust Lip Stain (Mauvion 004), cosmetic tool kit dan IMINT Bold Espresso Coffee Bonbons, sebab mak-mak pun perlukan kafein 😂
Beg tote Watsons Let’s Go Green warna biru tu RM1 je. Besar dan tebal, boleh guna lagi lepas ni.


5Tips shopping di Watsons Jom Beli 2026
- 1Daftar member Watsons dulu. Ada produk yang harga member kurang 40%.
- 2Datang awal. Hari pertama pun dah ramai, apatah lagi hujung minggu.
- 3Swatch dulu sebelum beli. Ada tester untuk lipstick dan liner.
- 4Bawa beg sendiri. Kalau tak, beg Watsons RM1.
- 5Bawa anak? Bagi bajet. Contohnya RM10 seorang. Senang nak kawal 😉
6Rating Mira untuk Watsons Jom Beli 2026
Harga memang terbaik. Cuma kena sabar sikit sebab barang dalam kotak bercampur, kena korek untuk cari warna yang nak.
Semua harga dalam posting ni ikut tag harga dan resit Mira pada 27 November 2026. Harga dan stok mungkin berubah sepanjang jualan.
Kesimpulannya, Watsons Jom Beli 2026 sesuai sangat untuk korang yang nak stok makeup murah atau cari hadiah kecil untuk anak dara. Dengan RM3 dan RM5, anak-anak boleh belajar urus duit sendiri sambil seronok memilih. Jualan ni sampai 6 Disember 2026 je. Info lanjut boleh semak di laman web Watsons Malaysia.
Lepas ni Mira nak datang lagi, nak cari palette SpongeBob tu pula. Tapi biasalah, bajet masing-masing kan! 😄 Kalau suka baca pengalaman kami, baca juga buffet Ramadan TROVE Johor Bahru dan Fatimah and Sons Taman Universiti.
Korang dah pergi Watsons Jom Beli? Apa yang korang beli? Kongsi di ruangan komen ya!

