📢 Kemaskini November 2026
- Promosi dalam posting ini untuk Ramadan 2025 dan dah tamat.
- Ramadan 2027 dijangka bermula sekitar awal Februari 2027. Hubungi terus hotel atau restoran untuk harga dan menu terkini sebelum menempah.
Ramadan dah nak dekat! Kalau korang tengah cari lokasi berbuka puasa di Johor Bahru, Trove Hotel kembali dengan buffet Ramadan bertemakan Rasa Nusantara. Kali ni, mereka menghidangkan pelbagai juadah tradisional dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, dan Filipina – memang pilihan yang unik dan menyelerakan!
Kami berpeluang merasai sendiri preview buffet ni, dan sememangnya pengalaman makan yang membawa kita mengembara ke seluruh Nusantara.

Hidangan istimewa Buffet Ramadan Trove Hotel 2025
- Nasi Kandar
- Laksa Johor
- Gado-Gado
- Ikan Bakar Berempah
- Tom Yam secara live
- Carrot Cake Goreng
- Murtabak yang enak
- Rojak
- Leche Flan yang berkrim
- Pulut Mangga yang manis
- Ambuyat tradisional
- Pulut Panggang

Harga & promosi Early Bird
Buffet Ramadan di Trove Hotel berlangsung dari 1 Mac – 29 Mac 2025, dari jam 6.30 petang – 9.30 malam.
Semua harga nett. Harga Ramadan 2025.
📞 Tempahan & pertanyaan: +6017 818 8048 (Zulaikha)
📍 Lokasi: Trove Hotel, Johor Bahru


Berbaloi ke berbuka di Trove Hotel?
Kalau korang nak rasa pelbagai hidangan dari rantau Nusantara dalam satu tempat, buffet Ramadan Rasa Nusantara di Trove Hotel memang wajib masuk dalam senarai! Dengan menu yang pelbagai, suasana yang selesa, dan lokasi strategik di Johor Bahru, ini antara pilihan terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jadi, siapa yang excited nak berbuka dengan hidangan Nusantara ni? Jangan lupa tempah awal untuk dapatkan harga Early Bird!




