Sertai Pengembaraan Epik untuk Membina LEGO® Dragon Gergasi!

Korang berminat untuk menyertai aktiviti yang benar-benar epik dan mengagumkan? Jika ya, LEGOLAND® Malaysia Resort adalah tempat yang tepat untuk korang kunjungi bulan ini! Dari 12 Ogos hingga 18 September 2024, LEGOLAND Malaysia mengajak semua penggemar LEGO untuk turut serta dalam projek besar membina LEGO® Dragon yang sangat menakjubkan.

Apa yang Menarik?

275,000 Biji LEGO, Satu Naga Gergasi!!

Dengan lebih 275,000 biji LEGO, korang berpeluang untuk membantu membina naga LEGO besar yang berukuran 7.5 meter panjang, 2.3 meter tinggi, dan hampir selebar satu meter. Bayangkan saiz naga ini—sebesar sebuah bas sekolah! Korang bukan sahaja dapat membantu membentuk badan naga ini, tetapi juga berpeluang mereka sisik-sisik yang rumit dan menambah ciri-ciri unik lain. Sungguh satu pengalaman yang menyeronokkan!!

Menjadi Sebahagian daripada Sejarah

Bagi mereka yang sukakan cabaran, inilah peluang anda untuk mempelajari teknik-teknik binaan LEGO yang baharu sambil berseronok bersama-sama. Dan yang paling menarik, korang akan menjadi sebahagian daripada sejarah dengan membantu mencipta karya LEGO yang monumental ini, yang pastinya akan dikagumi oleh pengunjung dari seluruh dunia!

Namakan LEGO® Dragon Anda & Menang Hadiah Eksklusif!

Sebagai tambahan kepada keseronokan membina, LEGOLAND Malaysia juga menganjurkan peraduan dalam talian untuk menamakan naga LEGO yang baru dibina ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan kreativiti dengan mencipta nama yang paling unik dan menarik! Peraduan ini akan berlangsung di saluran media sosial mereka, termasuk Facebook dan Instagram, bermula dari 16 Ogos. Penyertaan terbaik akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif dari LEGOLAND Malaysia serta tiket masuk ke resort!

Rasai Pengalaman Diraja di BRICKFEST's LEGO Kingdom

Tak cukup dengan itu? Ada lagi! Sambil membantu membina naga ini, korang juga boleh menyelami dunia ajaib BRICKFEST’s LEGO Kingdom. Dari 12 Ogos hingga 22 September, dari menjadi seorang kesatria atau puteri, membina istana sendiri, dan memakai baju besi atau gaun yang hebat. BRICKFEST adalah perayaan segala yang berkaitan dengan LEGO, dan ianya adalah peluang terbaik untuk korang dan keluarga untuk berseronok dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti:

  1. Reka dan Lumba Kereta LEGO Anda Sendiri: Uji kehebatan kejuruteraan anda di Workshop Racer.
  2. Dragon Scavenger Hunt: Cari naga-naga tersembunyi di seluruh kawasan istana.
  3. Minifigure Trading: Tambah koleksi LEGO anda dengan menukar minifigure dengan tetamu lain.
Dapat sijil dan button badge bila korang selesaikan misi

Jadi, Apa Tunggu Lagi?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang epik ini. Bawa keluarga korang ke LEGOLAND Malaysia Resort dari 12 Ogos hingga 18 September 2024 dan nikmati keseronokan yang tiada tandingannya!

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments