Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Malaysian Family Travel Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Sebenarnya kalau ikutkan perancangan, 31 Mac 2020 kami akan turunkan & simpan semula khemah masuk rumah hihi tapi memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan makanya kita biarkan jelah khemah kat belakang rumah tu.

Perkongsian kami di media sosial berkongsi aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bersama anak-anak kami mendapat sambutan yang menggalakkan namun begitu ada juga segelintir yang mengecam.

Umum tahu kita diperintahkan untuk kawalan pergerakan dan duduk rumah diam-diam. Amalkan jarak sosial kerana Covid-19 boleh menular melalui droplet atau percikan yang keluar saat orang yang telah dijangkiti Covid-19 batuk, bersin & berbual.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Penularan juga boleh terjadi jika tersentuh permukaan yang terkena droplet terkontaminasi dan secara tak sedar menyentuh mata, hidung, dan mulut sebelum mencuci tangan. Maka kita diingatkan untuk mengamalkan jarak 1 meter dari semua orang. Selain itu, amalkan cuci tangan selalu sebelum menyentuh mata, mulut & hidung.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Posting dari Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan bahawa virus Covid-19 tidak menular melalui airborne atau udara.

Duduk Rumah DIam-Diam

Khemah yang kami pasang adalah dalam kawasan rumah kami dan kami tidak bertemu orang. Kami duduk diam-diam di kediaman kami. Membuat aktiviti bersama keluarga kecil kami. Jadi tak salah pun kalau korang nak buat aktiviti di dalam kawasan rumah anda asalkan mengamalkan jarak sosial dari jiran tetangga. Melainkan kerajaan dah keluarkan arahan Perintah Berkurung jadi aktiviti di halaman rumah juga tidak dibenarkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Ni contoh hehehe sesungguhnya ini bukanlah rumah kami

Ramai kenalan kami & selebriti juga membuat aktiviti di halaman & balkoni rumah mereka. Bercucuk tanam, menyiram pokok, mencuci kereta, mandi manda dalam kolam renang dan juga berkhemah seperti kami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Aktiviti PKP

2 minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan ini banyak juga aktiviti yang kami lakukan bersama seperti yang kami kongsikan di posting sebelum ini. Jadi untuk 2 minggu seterusnya kiteorang rangka lagi aktiviti supaya Ayra & Afya seronok #dudukrumahdiamdiam. Antara aktivitinya adalah membuat kuih cornflakes madu, membuat donut, kek batik, cakoi haaaaa banyak main masak-masak la nampaknya. Hihihi.. Anak perempuan la katakan memang suka betul main masak-masak.

Aktiviti kami sepanjang tempoh PKP ini korang boleh tengok di youtube Zyzool Mira Travel. Banyak juga lagi video tak sempat nak post hihi. Doakan Aafy beri kerjasama jadi boleh la kongsikan dengan korang aktiviti kami sekeluarga.

Semoga Allah swt permudahkan urusan kita semua ❤️
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Marilah sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19
#kekaltenang #hapuscovid19 #covid19

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments