Pengalaman Ujian Calitan PKPD UTM

Seawal pagi mendapat panggilan dari keluarga tercinta
Sayu rasa di hati mengenangkan kami yang akan di swab test satu keluarga

Didahulukan dengan pelajar
Baru diikuti dengan kami yang berkeluarga

Staf pusat kesihatan juga manusia biasa
Penat menangani calitan ratusan pelajar

Masa kami akan tiba
Mungkin esok mungkin lusa

Aktiviti #luaskanlubanghidungmu kami mula praktikkan bersama seisi keluarga

Inilah yang terbaik buat kami semua
Agar dapat memastikan siapa yang dijangkiti dirawat segera

Kita belum menang dan kita akan terus berjuang!

Doakan ya ❤️

Kini masanya telah tiba
Untuk diambil ujian calitan sekeluarga

Sebak menahan rasa di dada
Bukan apa kesian pada anak yang turut terkesan sama

Alhamdulillah anak-anak kuat perkasa
Rupa-rupanya mak ayah yang terlebih keluar air mata

Doakan semoga semuanya bebas dari wabak yang kian rancak melanda

Dan semoga Allah swt sentiasa melindungi barisan hadapan kita

Tersenyum gembira menghirup udara Malaysia
Walau sebentar terasa bahagia

Tapi kini virus ada di mana-mana
Ayuh semua kita kembali ke sarang semula

Doakan kami ya

Debaran dari pagi menanti keputusan ujian calitan. Walaupun sudah kuarantin hampir 2 minggu di sini tetap terasa penantian itu suatu penyeksaan.

Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan. Kami sekeluarga negatif ujian calitan semalam.

Hanya Allah swt dapat kembalikan doa yang baik-baik buat kalian.

Menanti ujian calitan kedua minggu hadapan

Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga ujian calitan kedua kekal negatif!!

5 1 vote
Click a star to rate.
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments