Kuarantin 10 hari sebelum PKPD UTM

Kuarantin

Selama 10 hari lockdown sebelum ini hanya melibatkan 3 kolej termasuk kolej yang kami duduki.

Alhamdulillah kebajikan warga kolej terjaga sepanjang berlangsungnya lockdown ini. Makanan juga diberikan sepanjang 10 hari tersebut kerana kami tidak dibenarkan keluar dari kawasan yang kami duduki.

Menjunjung kasih DYMM Tuanku Permaisuri @theroyaljohor atas kurnia Nasi Beriyani buat kami di sini. Hilang rasa hiba beraya tanpa keluarga disisi.

Cekal bersama takwa

#cekalbersamatakwa selama 10 hari itu kami duduk di dalam kediaman membuat aktiviti yang bersesuaian di dalam rumah agar dapat membendung penularan wabak ini yang kian meningkat. Saman akan dikeluarkan buat mereka yang ingkar.

Tiap hari bas akan datang untuk mengambil mereka yang dijangkiti. Hari demi hari tidak ada pon sehari pasti ada kunjungan bas ke sini.

Esok dalam sejarah bukan hanya 3 kolej tapi keseluruhannya akan menjalani PKPD secara rasmi sehingga 3 Jun. Perkara ini bukanlah baru buat kami yang telah tempuhi pada 10 hari yang lalu. Namun kali ini pengawasannya lebih ketat dan sudah bertukar tangan.

Buat rakan yang ramai ingin menghulurkan bantuan terima kasih kami ucapkan. Barang-barang dapur berjaya kami tempah melalui online @aeonmall_taman_university@aeonretail.my @foodpandamy & juga @grabmy

Anak-anak juga sempat menikmati @dominosmy sebelum bermulanya PKPD ini. Makanlah sayang selagi ianya masih dibenarkan (Black, 2020)

Walaupun pejabat Zyzool dalam kawasan ini juga tidak dapatlah dia lepas untuk mengambil Ikan bilis yang telah lama ditempah sebelum lockdown. Pelbagai rintangan perlu ditempuhi ikan bilis tersebut alhamdulillah akhirnya berjaya sampai ke pangkuan kami. Thank you abang @roslangh

Makanan tambahan juga kami terima dari Dr Liza hanya Allah swt dapat membalas kebaikan Dr 🙏🏻

10 hari berkurung yang murung itu berlalu dengan kehadiran rakan-rakan yang memberi bantuan secara fizikal & bantuan semangat buat kami di sini.

Terima kasih buat semua.. Kami amat-amat menghargainya 🙏🏻

Stay safe everyone 😊

Doakan kami ya ❤️

 

5 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments