Kami berkesempatan ke Noosa Chocolate Factory ketika di Brisbane Australia. OMG air coklat dia sedap seyh hehehe. Korang patut cube!!! Kisahnya Mira rindu sangat coklat Haigh’s Chocolate masa gi Adelaide dulu. Google punya google rupanya Haigh’s Chocolate ada kat South Australia, Victoria & New South Wales sahaja huhuhu sooo sedey. So Mira google ada tak Chocolate yang sedap dan yang penting HALAL di Gold Coast atau Brisbane. Eh-eh terjumpalah dengan Noosa Chocolate Factory ni!!!
Noosa Chocolate Factory ni terletak di Adelaide Street, Brisbane City. Kalau korang naik train benti je kat Central Station dan jalan kaki je dalam 5 minit sampailah Noosa Chocolate Factory ni!
Noosa Chocolate Factory Brisbane
Jalan punya jalan kat Adelaide Street eh nampak la kedai Noosa Chocolate Factory ni. Comel je rupanya. Hihihi. Apalagi jom la kita cuci mata coklat yang sodap!!! Mira memang dah aim dari Malaysia nak coklat SMASHED STRAWBERRY. Alhamdulillah rezeki kami coklat tu ada!!! Yeeha!!!
Coklat yang di jual di Noosa Chocolate Factory ni adalah 100% vegan (tanpa lemak haiwan) & 100% gluten free. Inshaa Allah HALAL & selamat untuk di makan. Fizo Omar & Mawar pon pernah ke Noosa Chocolate Factory dalam rancangan Into Jannah.
Walaupun kedai dia comel je, pengunjung tak henti-henti masuk. Geram betul coklat macam-macam depan mata nih. So Mira beli SMASHED STRAWBERRY & HONEYCOMB!! Lepas dah beli coklat Zyzool tanya nak rasa air coklat dia tak??? Wah!! Jom la kita rasa…
Air coklat dia sooo sedap!! Korang boleh minta nak berapa peratus coklat dalam air coklat korang. Mira pilih 36% cacao milk hot chocolate $4.50 ~ RM13.5
Zyzool pula menikmati Machiatto Coffee!! Pon sedapppp weh.. Hihihi yang ni dalam $3 ~ RM12
Hehehe kalau korang berkesempatan ke Brisbane tak rugi singgah ke Noosa Chocolate Factory dan nikmati chocolate yang terbaik di Australia!!