Sabtu lepas merupakan Majlis Konvokesyen Tadika Ihsan bagi tahun 2019 iaitu tadika Ayra. Tadika Ihsan ni dalam UTM je. Senang Zyzool nak hantar. Alang-alang pergi kerja boleh hantar Ayra ke tadika sekali jalan je. Tadika Ihsan ni merupakan tadika bawah pengurusan Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia. Banyak perkembangan Ayra yang kami boleh lihat sejak belajar di Tadika Ihsan. Ok sambung pasal Majlis Konvokesyen Tadika Ihsan ni. Hihih
Jam 7 pagi terus siapkan anak dara tu. Semangat betul bangun pagi nak cantik-cantik ke majlis konvo. Hihihi sebenarnya tudung Ayra ni last minute beli online nervous jugak tak sampai. Tapi Zyzool kata kalau tak sampai beli je la kat mana-mana. Bila nak cari tudung sarung hitam kemain susah. Bila tak nak beli tu senang pulak jumpa kan? Hahaha alhamdulillah sempat juga sampai. Tapi Mira cuak juga sebab cikgu cakap tudung hitam sarung. Dah maknya nih beli tudung bawal instant. Sarung juga tapi ada fesyen la sikit. Ekekeke tapi ok je sebenarnya.
Maka seawal 8 pagi kami dah bergerak ke Dewan Sri Resak, UTM. Bagus betul Tadika Ihsan ni buat dalam UTM je. Dekat pon dekat je. Ibu bapa pun ramai yang memeriahkan majlis konvo anak mereka di sini. Jadi bila sampai dewan tu terasa la over naw ko pakai kuning kan Mira. Hahaha tapi sebab dah biasa jadi selebriti nih wakakakak #perasaan so muka kena mantain la lek cool lek chill je. Anak konvo kan hahahaha kita senyum je la memanjang.
Lepas dah daftar kami dapat makanan sarapan pagi dan majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengarah Pusat Islam kemudian Guru Besar Tadika Ihsan. Banyak juga manfaat dari Pengarah tersebut. Janganlah terlalu memaksa anak untuk cepat dengan semua pelajaran. Memang fitrah budak-budak yang suka bermain. Jadi biarkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak. Banyak juga la input dari kata-kata aluan itu.
Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan dari kanak-kanak 4 tahun. Alahai comelnya memasing hehehe. Diikuti persembahan dari kanak-kanak 5 tahun. Dan seterusnya persembahan dari Ayra & rakan-rakannya 6 tahun. Memang menghiburkan dan seronok kanak-kanak ni berani membuat persembahan depan ramai orang. Well done semua!! Cikgu Aishah iaitu cikgu kelas Ayra yang juga bertanggungjawab bahagian persembahan juga sangat bersemangat dalam memastikan persembahan kanak-kanak ini berjalan dengan lancar.
Kemudian kami di jamu makanan pada jam 10:30 pagi dan rehat sebentar sebelum diteruskan dengan penyampaian hadiah & anugerah kecemerlangan. Seronok tengok semua anak-anak cantik-cantik dan tersenyum mengambil sijil tamat prasekolah mereka.
Kami semua bergambar kenangan bersama anak-anak tersayang. Over naw kan ko Mira & Zyzool duk depan sekali. Hahaha memang kiteorang ni bawa go pro kemana-mana. Apalagi senyummmmmmmmm!!!
Tahniah buat semua pelajar 6 tahun Tadika Ihsan PIUTM kerana telah menamatkan sesi pembelajaran di Tadika pada tahun ini.
Terima kasih buat semua para guru yang mendidik Ayra sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
Terima kasih juga buat rakan-rakan Ayra.
Hari ini pasti dijadikan satu memori terindah, kenangan zaman kanak-kanak Ayra suatu hari nanti.
Buat Anakku Ayra binti Azizul
Anakku belahan jiwaku
Ada aku dalam dirimu
Ada darahku di setiap degupan jantungmu
Anakku penawar sanubariku
Hidup ini penuh cabaran
Selesaikan kesulitan dengan penuh keikhlasan
Anakku bintang harapanku
Ayunkan langkahmu tinggi
Gapailah setiap mimpi yang ada di sanubari
Anakku Ayra kesayanganku
Kau hidup dalam tubuhku
Kau Anugerah Terindah buat diriku
P/s: Muka kita sama tu yang kita tak ngam tapi kau tetap ku sayang selamanya 😂 #anakayah