Ke Gold Coast Ke Kita Ayra Afya

Hehehe… kalini kami Zyzool Mira Travel berkesempatan mengembara ke bumi Australia iaitu Gold Coast yang terletak di bahagian Queensland.

Haa nampak tak Gold Coast tu terletak di bahagian Queensland
Ok Mira mulakan kisah pengembaraan kami dari Day 1 okey? Hehehe

Dari JB kami menaiki Bas Yoyo ke KLIA2. Seawal 6:50 pagi kami dah tiba di bas stesen Taman Ungku Tun Aminah untuk menaiki bas yang akan bertolak jam 7:00 pagi.. Ayra & Afya sangat teruja menaiki bas. Suatu pengalaman yang sangat mengujakan kanak-kanak seperti mereka. Hehe… Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA2 jam 11 pagi… Namun begitu sepanjang dalam bas menuju KLIA2 terdapat pelbagai insiden yang berlaku Mira nak kongsikan bersama anda.

Ada seorang penumpang yang menaiki bas bersama kami duduk berdekatan dengan Mira. Ketika bas ini berhenti di Yong Peng penumpang lelaki ini turun sebentar untuk menikmati sarapan pagi. Kemudian datang seorang makcik  dan bertanya pada Mira, siapa punya beg ini sebab ini adalah tempat duduk yang dia sudah tempah. Mira cakap ada penumpang lelaki yang duduk sebelum tu… cukup masa rehat pakcik bas dah kira penumpang bas dah cukup dan bas dah nak mula bergerak. Tetapi kami nyatakan pada pak cik bas yang ada penumpang lelaki tadi belum naik.. Pakcik tu macam pelik la kan sebab kira penumpang dah cukup.. Tapi ada beg yg tidak bertuan.. aduh.. hehehe tetiba datang la mamat tu tersenyum2.. Pakcik bas tanya tiket bas lelaki tu sebab tempat duduk dia sebelum ini kepunyaan makcik yang naik dari Yong Peng tu.. Rupanya tiket bas dia seat belakang.. saje je nak duduk dekat ngan Mira tawww hahaha getus hati Zyzool wakakaka..

Panjang lak cite nih kan.. alhamdulillah selamat la mamat tu dari kena tinggal dengan pakcik bas.. hahaah so anda hati-hati ok jangan lama sangat lepak2 kalau pakcik bas singgah RnR.. silap2 boleh hampir tertinggal.. pastu BAS YOYO ni akan singgah turunkan penumpang ke KLIA dulu taw.. kalau anda ke KLIA2 jangan la ngengada nak turun waktu ni.. konon nak membawang tengok keadaan sekeliling.. mamat yang hampir tertinggal kat Yong Peng ni dia turun bas waktu kat KLIA.. Mira tak pasti la dia nak turun mana sebenarnya.. Tapi beg dia dalam bas tertinggal camtu je.. adoi.. Bas dah bergerak menuju KLIA2.. Mira bagitau Zyzool.. Zyzool terus inform kat pak cik bas.. Dengan kuasa veto pakcik bas tu call sana sini rupanya betul mamat tu tertinggal di klia.. Pening pale pakcik.. hahaha alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA2… harapnya pakcik tu berjayalah hantar beg tertinggal tadi ke empunya badan.. wakakakak moral of the story setiap kali nak turun atau tinggalkan suatu tempat make sure korang usha 2,3 kali ada tak benda tertinggal.. just to make sure okey?

Ok berbalik pada pengembaraan kami tadi hehe sesampai kami di KLIA kami terus cari nasi hehe kot2 rindu nanti kan.. tak pandang dah KFC ke Burger king ke hehe.. cari nasi berlauk dulu.. kalau anda selera tekak seperti kami juga boleh terus ke tingkat 2M kerana terdapat food court di situ… lepas kekenyangan Zyzool terus menaiki “Grab” ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Manakala kami bertiga (Mira, Ayra & Afya) explore KLIA2.. hehehe apa lagi ayuh kita pusing-pusing tengok KLIA2.. hehehe

Memandangkan tiket flight kami jam 11:30 malam, memang puas la kami jalan-jalan di KLIA2 ni.. biasanya kami hanya dapat singgah sekejap je KLIA2 ini pastu rush cepat-cepat kejar flight.. Tetapi kali ni lama sangat dapat cuci mata.. hehehe

Pas Zyzool solat, kami repack semula bag luggage kami dan wrap menggunakan wrap plastik yang kami beli di supermarket. Ok ini adalah salah satu tips jimat dari kami.. hehehe Kalau anda nak wrap bag luggage tu anda boleh beli je satu kotak 60m wrap pastik dan boleh cover wrap untuk 2 luggage bag yang besar.. satu wrap box tu kurang dari RM10.. kalau wrap di airport kebiasaannya satu bag dah RM10.. Dua bag? Tiga bag? Anda kira la sendiri… hehe jimat kan??

Hehe selesai wrap bag kami lepak pula minum kopi di Hometown Hainan Coffee memandangkan kaunter kami buka 4 jam sebelum masa flight kami.. So duduk la jap kopi-kopi. hihii.. Sempat la mira update dengan Zyzool itinerari kami di Gold Coast nanti.. selepas agak lama lepak di situ kami terus ke kaunter Air Asia untuk check in dan drop luggage.. Travel bersama infant ni memang tidak semudah org dewasa yg boleh check in gune web sahaja.. Jika anda mempunyai anak kecil, perlu untuk walk in check in di kaunter..

Selepas selesai urusan check in dan bag drop kami makan lagi hahahaha… kemain la kan meluangkan masa dengan nasi risau-risau kot rindu nanti kan? hehehe

Selepas selesai makan & membuang di tandas hehe kami terus menunggu untuk menaiki pesawat di gate menuju ke Gold Coast Australia. Nanti mira akan kongsikan dekat next entry pula ya!

Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?

Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!

Baca lagi info di sini:

Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.

Baca lagi info di sini:
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments