Assalamualaikum semua! Untuk Kembara Haramain kami 6 beranak (28 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026), kami naik Gulf Air ke Jeddah dari Singapura, transit di Bahrain. Pergi dan balik, kami transit dua kali. Ramai tanya macam mana bawa 4 anak transit lama, jom Mira kongsikan pengalaman naik Gulf Air ni.

Perjalanan pergi: Johor ke Jeddah
- 28 Dis
10amJohor ke ChangiNaik Toyota Alphard ke Terminal 3, Changi (RM270) - 8.00
PMGF166 Singapura → BahrainPenerbangan hampir 8 jam - 11.14
PMSampai BahrainWaktu Malaysia dah 4 pagi! - 29 Dis
10.05amGF171 Bahrain → JeddahDah siap berihram - 12.40
PMSampai JeddahTerus ke Makkah naik Haramain Train, 54 minit
Dalam penerbangan Gulf Air ke Bahrain
Penerbangan dari Singapura ke Bahrain ambil masa hampir 8 jam, naik Boeing 787-9 Dreamliner. Skrin hiburan depan setiap kerusi memang membantu bila bawa anak-anak. Anak-anak pun dapat hadiah pouch Gulfy yang comel!


Sebelum terbang, kami tempah child meal untuk anak-anak. Untungnya, mereka dapat makan lebih awal sepanjang penerbangan. Anak-anak siap cakap teringat kesedapan Raspberry Jelly tu, hehe. Untuk makanan kedua pula, dapat pastri dan sup.


Untuk dewasa pula, kami dapat nasi dengan butter chicken, salad dan kek coklat dengan logo Gulf Air. Sedap!




Tips: Tempah child meal awal-awal masa urus tempahan. Anak-anak dapat makan dulu, jadi mak ayah pun boleh makan dengan tenang lepas tu.
Transit 10 jam di Bahrain
Kami sampai Bahrain pukul 11.14 malam waktu tempatan, tapi badan masih ikut waktu Malaysia, 4 pagi! Huhu. Jadi kena adjust timing kat badan, dan kami minta anak-anak tidur.
Alhamdulillah, Gulf Air bagi voucher makan percuma untuk transit panjang. Kami guna voucher tu untuk ambil set coffee. Duit Bahrain ni darab 11 dengan duit kita, jadi kalau convert, set Zyzool lebih kurang RM67 dan set Mira RM69. Rezeki makan free!
Voucher ni boleh guna di Food Garden dalam airport Bahrain. Anak-anak pun dapat voucher sendiri. Apa lagi, terus pilih KFC, dan KFC mereka pun free! Hehe.



Bila dapat voucher makan Gulf Air? Ramai tanya soalan ni. Dari pengalaman kami, kalau transit 7 hingga 8 jam ke atas biasanya dapat satu meal voucher. Kalau transit sampai 12 jam, boleh dapat 2 meal voucher. Syarat terkini ikut Gulf Air, jadi tanya di kaunter transfer bila sampai Bahrain.
Lepas makan, kami explore airport Bahrain. Ada games area untuk anak-anak, siap ada PS lagi! Jadi anak-anak tak rasa lama pun nak tunggu flight seterusnya. Hehe.
Nak tahu lebih lanjut? Mira dah kongsi pengalaman penuh transit kami, termasuk harga KFC dan tips bawa anak-anak, dalam post Transit di Airport Bahrain Bawa 4 Anak.
Waktu Subuh, kami solat berjemaah di airport dan terjumpa satu keluarga dari London. Mereka pun buat umrah sendiri (DIY) macam kami. Masa solat, mak dia minta tolong tengok-tengokkan anaknya sekejap.
Mandi dan pakai ihram di airport Bahrain
Sebelum terbang ke Jeddah, kami siap mandi dan tukar pakaian ihram di airport Bahrain. Mira bawa face cleanser dan hair & body wash Wardah yang kecil dan mudah dibawa. Aryz pun dah siap pakai ihram!


Tips transit dengan anak:
• Tidurkan anak masa transit malam supaya tak terlalu penat bila sampai.
• Bawa sabun dan syampu saiz kecil untuk mandi sebelum pakai ihram.
• Sediakan tunai SAR. Kami keluarkan di ATM airport Jeddah.
Perjalanan balik: Jeddah ke Johor
- 10 Jan
6amGF182 Jeddah → BahrainSampai Bahrain 8.10 pagi - 15j
45mTransit di BahrainTransit paling lama dalam trip ni - 11.55
PMGF165 Bahrain → SingapuraPenerbangan malam, anak-anak tidur - 11 Jan
12.30pmSampai ChangiNaik bas balik ke Johor
Untuk perjalanan balik, transit di Bahrain lebih lama, 15 jam 45 minit. Sebenarnya ada kaunter tour “Hello Bahrain” di Information Desk tingkat 1 sebaik sampai, tapi kami tak sempat ikut. Insha Allah lain kali!
Berbaloi ke naik Gulf Air ke Jeddah?
Untuk kami 6 beranak, tiket Gulf Air pergi balik (4 penerbangan) berjumlah RM13,143.65. Transit memang panjang, tapi dengan voucher makan, tempat solat di airport dan masa yang cukup untuk mandi dan berihram, kami rasa berbaloi untuk umrah DIY bersama anak-anak.
Semoga perkongsian ni membantu korang yang sedang merancang umrah DIY bersama keluarga. Jom tinggalkan komen kalau ada soalan!
#ZyzoolMiraTravel #UmrahDIY #UmrahBersamaAnak #GulfAir




