Birthday Gifts from LEGOLAND Malaysia

Ramai tak tahu yang korang boleh minta birthday gifts sempena birthday anak korang di LEGOLAND Malaysia!! Actually kiteorang tahu pon masa nampak ada pengunjung yang pakai Birthday Button masa explore kat Theme Park LEGOLAND. So masa Birthday Aryz kita terus tanya kat Guest Services Counter. And disebabkan Aryz belum 2 tahun and takde Annual Pass lagi so Aryz dapat Birthday Button je.

Next bila my birthday on July last month, I try gak tanya kat Guest Service Counter tu rupanya dia kata gifts ni hanya untuk kanak-kanak 3-11 tahun je. Alaaaaaa kita nak juga Birthday Button tu hehehe… I rasa tnc baru kot sebab I pernah je nampak pakcik pakai birthday button ni atau I tak lucky la that day tak dapat hahaha. But if any LEGOLAND staff read this please LEGOLAND bagi lah jugak kat mak-mak macam iolss ni Birthday Button. Kiteorang happy tau kalau dapat ni hahahaha.

Apa birthday gifts from LEGOLAND Malaysia?

Anak korang boleh dapat 3 birthday gifts* from LEGOLAND Malaysia iaitu:

  1. Birthday Button
  2. Lego Voucher
  3. 1 Day Ticket untuk bawa kawan anak kita masuk Legoland for FREE***!!

Wah menarik ni!!! Apalagi birthday Ayra tak jauh from my birthday. Kiteorang share same Zodiac tu yang asyik bertekak je ekekeke. Muka pon sama peel pon lebih kurang hahahaha nasibla bapaknya nak melayan. hehehe.. We then asked Ayra time tu,

“Ayra nak bawa kawan Ayra masuk Legoland ke nanti birthday Ayra?”

and korang mestilah tahu jawapannya. Of course la nak kan??? hehehehe

Dapat 3 items ni

Bila nak redeem birthday gifts ni make sure bawa sekali member anak tu time nak redeem tau. And boleh redeem dalam 7 days range birthday anak tu. Macam birthday Ayra 13 Ogos so kiteorang pergi Legoland hujung minggu tu 17 Ogos so masih dalam range 7 hari sbelum or selepas birthday anak. Alhamdulillah kawan Ayra bawa Mykid untuk proof yang umur dia bawah 11 tahun. Fuhhhh hehehehe

Ayra dengan kawannya Siti & Suri

Ayra memang happy la kawan-kawan dia teman masuk Legoland Malaysia for FREE. Ouh ya Legoland bagi 1 je ticket FREE tau. Kalau nak bawa lebih kawan kena la bayar but worry not korang yang ada Annual Pass boleh beli ticket for friends at 25% off. Boleh beli up to 4 tiket tau!! Sounds good kan? Banyak gak diskaun tu.

Bergambar di Miniland

Rezeki Ayra dapat bawa kawan-kawan celebrate birthday dia kat LEGOLAND Malaysia. For more info pasal Annual Pass and Birthday Gifts ni korang boleh terus layari website rasmi Legoland di link bawah ini.

If korang tanya berbaloi tak buat annual pass Legoland??? Nanti I share kat next post pulak okey. Till then if post ni membantu please vote 5 bintang kat bawah ni k! Thanks guys!! 

LEG

4.2 6 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments