Baby Carrier for Travel: Boba 4G vs Ergobaby 360, Pengalaman Mira

Mira suka sangat pakai baby carrier for travel! Ada beberapa kawan message tanya pasal baby carrier yang Mira pakai, so Mira share kat sini ya.

Sebelum ni Mira pernah kongsikan kisah awal Mira cari baby carrier untuk Ayra dalam posting Happy Babywearing. Kali ni Mira nak cerita pengalaman guna carrier tu masa travel, dan carrier kedua yang Mira guna untuk Afya.

Carrier pertamaBoba 4GAyra dari baby sampai 3 tahun
Carrier keduaErgobaby 360Untuk Afya, boleh hadap depan
JenisSoft structured carrierBaby duduk dalam posisi M
Dah bawa ke5 destinasiKK, Seoul, Bandung, Hong Kong, Tokyo
Baby carrier for travel: Mira babywearing semasa berjalan-jalan
Dengan baby carrier, tangan bebas dan baby pun selesa dalam dakapan

Kenapa Mira pilih SSC, bukan crotch carrier

Awal-awal dulu Mira tak tahu sangat ada baby carrier yang tak elok untuk baby. Mak muda la katakan. Hehe. Masa tu Ayra dah 4 bulan dan ummi dah tak larat nak dukung. Huaaa. So Mira google punya google, baru tahu ada crotch carrier (CC) dan soft structured carrier (SSC). Sebenarnya ada banyak lagi jenis, contohnya wrap, ring sling, pouch dan mei tai. Tapi Mira nak yang senang, buckle up je.

Dalam crotch carrier, kaki baby tergantung. Ini boleh beri kesan pada perkembangan pinggul mereka. SSC pula buat baby seakan duduk, kaki berbentuk M. Baby relaks, tak penat dan tak tergantung.

Perbezaan kedudukan pinggul bayi dalam crotch carrier dan SSCPerbandingan crotch carrier dan soft structured carrier
Kiri: Kedudukan pinggul baby dalam CC dan SSC. Kanan: Mana satu baby lebih selesa kalau kena duduk sejam?

Melalui pembacaan dan “penyelidikan” (cewah, haha), Mira decide SSC paling sesuai. Antara SSC yang ada di Malaysia masa tu ialah Ergobaby, Boba, Snuggybaby dan Jumpsac. Masa beli dulu ada bajet untuk Boba, so Mira beli Boba 4G untuk Ayra.

Boba 4G, teman travel Ayra

Bagi Mira, memang berbaloi sangat beli Boba 4G. Dari Ayra kecil sampai Ayra 3 tahun, Mira masih guna. Ayra mudah je tertidur bila kita peluk dia dalam Boba. Lagi-lagi kalau sejuk, memang nyenyak!

Antara tempat Mira bawa Boba 4G masa travel:

  • Kota Kinabalu, Sabah: Ayra 5 bulan (2014)
  • Seoul, Korea: Ayra 1 tahun 6 bulan (2015)
  • Bandung, Indonesia: Ayra 1 tahun 9 bulan (2015)
  • Hong Kong: Ayra 2 tahun 8 bulan (2016)
Baby carrier for travel: Ayra dalam Boba 4G di pasar SeoulBabywearing di platform stesen tren di Korea
Kiri: Jalan-jalan di pasar Seoul dengan Ayra dalam Boba. Kanan: Musim sejuk di Korea, Ayra nyenyak dan hangat dalam carrier.
Babywearing di Seoul StationBabywearing di Masjid Besar Seoul
Kiri: Di Seoul Station. Kanan: Singgah Masjid Besar Seoul di Itaewon.
Babywearing di depan Batagor Riri Bandung
Bandung, Indonesia. Singgah Batagor Riri dengan Ayra dalam Boba 4G.

Lepas tu Mira mengandung, so stop cuti-cuti jauh sekejap. Hehehe. Sekarang Boba tu guna untuk Afya pula, dan dia pun suka duduk dalam tu.

Boba 4G atau Ergobaby 360?

Alhamdulillah, kali ni ada rezeki sikit dapatlah merasa Ergobaby 360 pula. Yeay! Mula-mula guna untuk jalan-jalan sekitar je. Yang bestnya, Ergo 360 ni baby boleh pandang depan dan masih seakan duduk.

Afya memang berbeza dengan kakak dia. Pakai baby carrier, susah pula nak tidur. Dia lebih suka explore sekeliling dan hisap-hisap strap bahu kita tu. Tapi bila dah bosan, tidur juga. Afya memang teruja bila Mira pakaikan Ergo 360 menghadap depan.

Baby carrier for travel: Afya dalam Ergobaby di stesen tren TokyoBabywearing Afya semasa shopping di Tokyo
Kiri: Ergobaby jadi teman di stesen tren Tokyo. Kanan: Shopping di Tokyo pun senang, Afya ikut tengok sekeliling.

Beza yang Mira perasan:

  • Sleeping hood: Dua-dua ada. Hood Ergo 360 lebih nipis.
  • Material: Boba lebih tebal, sesuai tempat sejuk. Kalau panas, berpeluh bak hang! Ergo 360 senang lap.
  • Habuk: Boba (warna hitam) senang nampak habuk, kena ada lint roller. Ergo 360 warna biru, tak nampak sangat habuk.
  • Posisi: Ergo 360 boleh hadap depan.

Kemas kini 2026: Kalau guna posisi menghadap depan, jangan biarkan baby tidur dalam posisi tu ya. International Hip Dysplasia Institute (IHDI) cadangkan baby didukung menghadap ibu bapa untuk 6 bulan pertama, dengan kaki dalam posisi M. Menghadap depan sesuai untuk baby yang lebih besar, sekejap-sekejap je.

Kenapa Mira suka baby carrier for travel

Mira suka sangat guna baby carrier for travel sebab baby rasa selesa bila kita dakap dia. Baby boleh dengar degupan jantung kita. Tangan pun bebas nak pegang tiket, peta atau beg. Tempat banyak tangga dan tak mesra stroller pun tak jadi masalah. Plus boleh kuruskan badan. Heh!

Mira ada share juga tips bawa anak ke Tokyo, Jepun, termasuk guna Ergobaby sepanjang trip. Boleh baca di 11 Tips Membawa Anak Kecil Mengembara ke Tokyo Jepun.

Semoga bermanfaat. Happy babywearing! 🤍

#ZyzoolMiraTravel #Babywearing #MYFamilyTravel

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.