Majlis Perkahwinan Atiqah dan Aiman: Kami Sekeluarga Wakili Aki dan Nenda

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, hari ini kami sekeluarga berkesempatan hadir ke majlis Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha mewakili Aki dan Nenda. Jom Mira kongsikan suasana majlis perkahwinan anak mereka, Atiqah dan pasangannya Aiman, hari ini.

Pengantin Atiqah dan Aiman bersama keluarga di pelamin hijau pastel majlis perkahwinan
Pengantin Atiqah dan Aiman bersama keluarga di pelamin
MajlisPerkahwinan Atiqah dan AimanAtiqah anak Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha
Tarikh29 November 2026Hari Ahad
TemaHijau pastel dan biru lembutPelamin penuh bunga putih dan kuning

1Pak Cik Md Noor, kawan Ayah yang pilihkan kursus Mira

Sebenarnya majlis ni ada makna istimewa untuk Mira. Pak Cik Md Noor ni kawan Ayah Mira, iaitu Aki kepada anak-anak. Mereka sama-sama belajar dan bekerja dulu.

Masa Mira nak masuk universiti dulu, Mira minat sangat Add Math dan Matematik. Ingatkan nak masuk Fakulti Sains UTM. Ayah pun tanya pendapat Pak Cik Md Noor. Pak Cik Md Noor pula cadangkan supaya Mira ambil Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik.

Time tu rasa adoi, susahnya kena study teori pendidikan dan psikologi! Tapi perancangan Allah tu yang terbaik. Bila sambung master, Mira teruskan dengan Master in Educational Technology. Alhamdulillah, rezeki dapat terus convert ke PhD. Sekarang Mira happy sangat buat research berkaitan edutech.

Terima kasih Pak Cik Md Noor atas cadangan tu dulu. 😊

2Wakil Aki dan Nenda ke majlis perkahwinan

Hari ni Aki dan Nenda tak dapat datang, jadi Zyzool, Mira dan anak-anak pergi mewakili mereka. Kami sekeluarga pakai warna ungu lembut. Ayra dan Afya pakai baju kurung corak bunga biru, manakala Aafy dan Aryz pakai baju Melayu ungu sedondon dengan ayah mereka. Comel!

Sampai je di dewan, suasana dah meriah dengan tetamu. Kami cari meja dulu, kemudian terus beratur ambil makanan. Sementara tunggu yang lain, sempat juga Mira bergambar dengan Afya.

Mira berswafoto bersama Afya di majlis perkahwinan
Swafoto Mira dengan Afya

3Pelamin hijau pastel yang cantik

Pelamin majlis perkahwinan ni memang cantik. Latar hijau pastel dengan ukiran putih, dihiasi bunga putih, kuning dan orkid merah jambu. Keluarga pengantin pula semuanya pakai warna biru lembut. Bila semua naik pelamin untuk bergambar, nampak sangat kemas dan tenang.

Keluarga pengantin berbaju biru lembut bergambar di pelamin
Sesi bergambar keluarga pengantin di pelamin

Kad kecil di setiap meja tetamu pun ikut tema yang sama, hijau lembut dengan tulisan nama Atiqah dan Aiman. Detail kecil macam ni yang Mira suka tengok bila pergi kenduri.

4Juadah majlis perkahwinan: nasi beriani dan lauk

Semua makanan disediakan secara bufet, jadi tetamu kena ambil sendiri. Hidangan utama hari ni nasi beriani. Lauknya daging masak hitam dan ayam berempah, siap dengan sepotong tembikai. Kuah daging masak hitam tu pekat dan berkilat, memang buka selera. Anak-anak pun makan dengan berselera.

Nasi beriani, daging masak hitam dan ayam berempah di majlis perkahwinan Atiqah dan AimanSepinggan nasi beriani dengan tembikai dan semangkuk cendol
Nasi beriani, daging masak hitam dan ayam berempah

Selain lauk utama, Mira ambil juga Roti John dan cendol. Memang kenyang!

Pinggan nasi beriani bersama Roti John dan cendol
Sepinggan penuh, siap dengan Roti John dan cendol

5Gerai cendol, kart kopi dan roti John

Yang buat majlis ni lebih meriah, ada beberapa gerai makanan untuk tetamu. Pertama, gerai cendol dengan alas kain batik yang berwarna-warni. Cendol hijau, kacang merah dan santan, memang sesuai sangat dengan cuaca panas.

Tiga mangkuk cendol di atas dulang bunga di gerai cendol majlis perkahwinan
Cendol dalam dulang bunga, nampak sangat klasik

Kedua, ada kart kopi dengan payung berumbai yang comel. Barista sediakan Spanish latte terus di situ. Setiap cawan siap dengan pelekat logo A&A, iaitu Atiqah dan Aiman.

Kart kopi barista dengan payung berumbai di dewan majlisSpanish latte berlabel A&A dari kart kopi
Kart kopi payung berumbai dan Spanish latte berlabel A&A

Ketiga, ada roti John MayoKing yang dipotong kecil dan diletak dalam bekas. Senang nak ambil dan kongsi sekeluarga.

Roti John MayoKing dipotong kecil dalam bekas
Roti John MayoKing yang dipotong kecil

6Kuih muih dan pencuci mulut

Mira ambil juga sepinggan kecil kuih muih. Ada popiah, tart, kuih dalam daun pisang dan trifle buah dengan krim. Selain itu, ada juga kek span dengan krim, strawberi dan blueberi, serta kuih pisang.

Popiah, tart, kuih dalam daun pisang dan trifle buah di majlis perkahwinanKek span krim dengan strawberi dan blueberi serta kuih pisang
Kuih muih dan kek strawberi

Satu lagi, tapai pulut Kak Mel’s dalam bekas kecil. Yang ni Zyzool punya, dia yang makan, hehe.

Tapai pulut Kak Mel's dalam bekas kecil
Tapai pulut Kak Mel’s untuk Zyzool

7Momen kami sekeluarga

Pergi kenduri sekeluarga macam ni pun satu kenangan. Kami duduk semeja, makan sama-sama dan bersembang. Zyzool sempat ambil swafoto semasa kami tengah makan. Tapi muka Mira tercover dengan hiasan bunga atas meja, nampak sipi-sipi je, hahaha. Bak kata Zyzool, Miralah bunga tu, wakakaka!

Keluarga Zyzool Mira makan bersama di meja bulat
Cari Mira di sebalik bunga, hehe

Afya pun tak nak kalah, siap ambil gambar selfie sendiri. Hari ni Afya pakai mekap hasil shopping kami masa Watsons Jom Beli di Angsana Mall. Tengok senyuman dia, manis kan?

Afya bertudung merah jambu tersenyum dengan mekap dari Watsons
Gaya selfie sendiri, hehe

8Bergambar dengan tuan rumah sebelum balik

Sebelum balik, kami cari Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha untuk bersalam dan ucap tahniah. Mereka sambut kami dengan mesra. Sempat juga kami ambil gambar kenangan sekeluarga bersama mereka. Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha sampaikan salam pada Aki dan Nenda juga. 😊 Insya-Allah, salam tu kami sampaikan nanti.

Keluarga Zyzool Mira bersama Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha di majlis perkahwinan Atiqah dan Aiman
Gambar kenangan bersama Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha sebelum balik

9Goodies pretzel dan doorgift majlis perkahwinan

Akhir sekali, masa nak keluar dewan, anak-anak dapat goodies pretzel salut coklat putih dan coklat gelap, diikat dengan reben krim. Anak-anak semua gembira dapat goodies pretzel! Ada yang terus makan, ada yang simpan untuk nanti, hehe.

Goodies pretzel salut coklat untuk anak-anak di majlis perkahwinan
Goodies pretzel coklat untuk anak-anak

Doorgift untuk tetamu pula setin biskut mentega raspberi dan badam. Pelekat di atas tin tertulis “Thank You, Atiqah + Aiman, 29/11/2026” dengan hiasan bunga ros. Cantik dan berguna!

Doorgift tin biskut mentega raspberi dan badam Atiqah dan Aiman
Doorgift tin biskut raspberi dan badam, snap dalam kereta masa nak balik

Terima kasih Pak Cik Md Noor dan Mak Cik Leha atas jemputan dan layanan yang baik. Seronok sangat dapat hadir ke majlis perkahwinan ini sekeluarga.

Selamat Pengantin Baru, Atiqah dan Aiman!

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair.

Semoga perkahwinan ini diberkati Allah, menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah dan berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin. 🤲

Daripada,

Azizul ❤️ Amirah

🌹 Ayra, Afya, Aafy, Aryz 🌹

Bukan sekadar destinasi, tetapi kenangan perjalanan sekeluarga.

Korang pun selalu pergi kenduri sekeluarga? Juadah apa yang paling korang tunggu? Kongsi di ruangan komen ya! Jangan lupa subscribe untuk dapat kisah terbaru terus ke email. Boleh juga ikuti kisah harian Mira di Instagram.

💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.