Persiapan Umrah DIY Bersama 4 Anak: Barang yang Kami Design Sendiri

Assalamualaikum semua! Umrah DIY kami 6 beranak 🤍

Bila kami buat keputusan nak buat umrah secara DIY bersama Ayra, Afya, Aafy dan Aryz, perkara pertama yang terlintas kat kepala Mira bukan tiket atau hotel. Tapi macam mana nak pastikan 4 orang anak ni tak hilang dalam lautan manusia kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Hehehe. Mak-mak mesti faham perasaan ni kan?

Jadi Mira dan Zyzool pun mula fikir satu-satu. Apa yang anak-anak perlu, apa yang boleh bantu kami kenal barang sendiri, dan apa yang boleh buat anak-anak rasa perjalanan ni istimewa untuk mereka.

Ini antara persiapan yang kami design dan sediakan sendiri untuk perjalanan Umrah DIY kami. Semua ini menjadi sebahagian daripada memori Umrah kami bersama anak-anak yang akan kami kenang sampai bila-bila.

Zyzool, Mira dan 4 anak di Lapangan Terbang Changi dengan cover bag dan luggage cover merah
Kami 6 beranak di Lapangan Terbang Changi sebelum bertolak. Merah menyala satu troli!

Kad nama untuk setiap ahli keluarga

Semua ahli keluarga ada kad nama sendiri dengan maklumat penting. Bukan untuk gaya ya, hehehe. Kalau apa-apa jadi dan anak terpisah dari kami, sesiapa yang jumpa boleh tengok kad ni dan tahu siapa mereka dan nak hubungi siapa. Mira masukkan dalam sarung plastik supaya tak basah dan tak mudah rosak.

Kad nama Amirah dengan logo Zyzool Mira Travel dalam sarung plastik

Lanyard dengan AirTag

Kad nama tu digantung pada lanyard. Lanyard ni kami kepilkan sekali AirTag. At least boleh pantau kalau-kalau anak-anak terpisah dari kami. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.

Lanyard merah dan biru Zyzool Mira Travel

Sling bag bernama

Sling bag ada nama masing-masing. Ni untuk letak barang yang mudah nak capai, macam botol air, tisu, snek kecil dan buku umrah mereka. Anak-anak pun suka sebab rasa ada beg sendiri, siap tertulis nama. Tak ada lagi gaduh “ni beg adik ke beg kakak?” hahaha.

Ayra dengan sling bag bernama dan lanyard di pasar raya
Ayra dengan sling bag nama sendiri.

Cover bag dan luggage cover

Bila travel 6 beranak, beg memang banyak. Cover bag supaya senang kenal pasti bag kami. Luggage cover juga. Semua merah dengan logo kami, jadi kat tali sawat bagasi, sekali pandang je dah tahu yang mana satu beg kami. Setiap beg pun ada tag bag sendiri.

Sebelum umrah, Mira test dulu bawa cover bag, luggage cover dan sling bag ni masa trip ke Singapura. Nak pastikan semuanya selesa dan tahan lasak sebelum bawa ke Tanah Suci.

Mira dengan cover bag, luggage cover dan sling bag masa trip ke Singapura

Shopping bag boleh lipat

Yang ni pun Mira sediakan sekali. Shopping bag yang boleh dilipat kecil. Bila dah ada barang untuk dibawa balik, tinggal buka dan isi. Tak perlu cari plastik.

Shopping bag boleh lipat Journey Destination

Buku umrah Kembara Haramain

Ini antara yang paling Mira suka. Buku umrah serta aktiviti untuk anak-anak dan juga panduan sepanjang ibadah. Kami namakan dia Kembara Haramain, titik mula sebuah perjalanan hati. Setiap anak ada buku sendiri dengan nama mereka. Dalam buku ni ada panduan ibadah yang mudah difahami, jadi anak-anak tahu apa yang mereka buat dan kenapa.

Buku Panduan Kembara Haramain

Sticker dan badge

Sticker untuk anak-anak buat aktiviti dalam buku umrah ni. Setiap kali selesai satu aktiviti, mereka tampal sticker. Badge pula untuk kepil kat bag atau baju.

Penanda buku

Kami juga sediakan penanda buku untuk Al-Quran. Kecil je, tapi senang anak-anak sambung bacaan kat mana mereka berhenti.

Drawstring bag

Drawstring bag untuk letak sejadah dan botol spray wuduk. Ringan dan senang disangkut kat belakang. Masuk masjid, keluarkan sejadah, terus solat.

Alhamdulillah

Kalau ditanya berbaloi ke susah payah design semua ni sendiri, jawapan Mira: sangat berbaloi. Antara sentuhan peribadi dari kami buat anak-anak dan jadikan perjalanan umrah DIY ni lebih bermakna buat kami sekeluarga. Bila anak-anak dah besar nanti, inshaa Allah mereka akan ingat ni sebagai kembara yang istimewa.

Alhamdulillah. Semoga kita semua mendapat jemputan menjadi tetamu Allah inshaa Allah.

Baca juga kisah Umrah 2025 kami sekeluarga.

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.