Musim Shopping Raya Datang Lagi: Pilihan Kurta & Baju Raya Terbaru di KACAX

Musim raya makin dekat, dan macam biasa… bila sebut baju kurta raya, KACAX memang antara tempat yang kami suka singgah setiap tahun. Hujung minggu lepas pun Mira dan Zyzool sempat jalan-jalan ke sana, saja nak tengok koleksi terbaru… dan ternyata pilihannya makin banyak dari tahun ke tahun.

Masuk saja ke butik KACAX, memang rambang mata tengok koleksi kurta yang sangat meriah. Ada pelbagai pilihan warna kurta dan yang paling terkini adalah kurta jeans.

Ni antara koleksi kurta terkini yang ada di Butik KACAX. Zyzool dah rambang mata nak beli yang mana hehehe. Pelbagai jenis design dan material yang boleh dipilih di sini.

Selain kurta, koleksi baju Teluk Belanga dan Cekak Musang pon ada pelbagai warna. Potongannya pun kemas dan material selesa untuk dipakai sepanjang hari raya nanti. Kalau korang jenis suka look tradisional Johor atau lebih suka cutting klasik lelaki Melayu, KACAX memang selalu ada pilihan yang lengkap.

Kat sini ada juga sedondon ayah dan anak. Memang comel sangat bila ada kurta yang sama warna, sama design, cuma beza saiz. Benda macam ni memang buat gambar keluarga pagi raya jadi lebih cute kan.

Selain baju, KACAX juga ada koleksi samping terbaru yang ikut trend semasa. Ada yang tampak moden dengan corak minimal, ada juga yang klasik untuk mereka yang suka gaya lebih tradisional. Tengoklah yang Zyzool gayakan ni. Nice kan?

Untuk korang yang nak singgah, KACAX mempunyai beberapa lokasi yang mudah dicari.

KACAX ANGSANA

• Booth Level 3 (area kiosk kaca)

• Kiosk Songkok KACAX di kiosk kaca

• Booth Level 2 (berhadapan kedai emas HABIB Jewels – Angsana Johor Bahru Mall)

KACAX UBC

• Jalan Padi Emas 1/4 (belakang Maybank – Bandar Baru Uda)

KACAX Giant Plentong

• Terletak dalam Giant Plentong

• Berhadapan pintu Cashier

Booth KACAX B5

• Berhadapan pentas outdoor

Booth KACAX KIPMall Tampoi

• Berhadapan pentas utama


Nak Tengok Koleksi Raya Terkini?

Korang boleh follow KACAX melalui sosial media untuk update warna, stok dan design terbaru:

  • Instagram: @kacax_hq

  • Facebook: KACAX Official

  • TikTok: @kacax_official

Musim shopping raya memang seronok bila pilihan banyak dan KACAX memang salah satu tempat yang buat kami rasa excited setiap kali singgah. Mana tahu, tahun ni korang jumpa baju raya yang paling kena dengan tema keluarga. 🌙✨

>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.