NI RAHSIA TAW
Hahaha last year kami bertiga travel ke Seoul, Korea..
Dari Senai Airport ke KLIA2 dah malam dalam jam 10 lebih… Memang tak plan la nak lepak @ tidur mana sementara menunggu flight ke Incheon International Airport esok paginya jam 8:00 pagi tak silap saya…
Sesampainya di KLIA2 saya tengok ramai tidur berlonggok kat mana2 kawasan yang lapang…huhuhu… Kami tak ketinggalan jua.. Cari port baik untuk lelap seketika.. (Percutian bajet kan… Hehehe) Tp dengan adanya anak kecil ianya bukan mudah lagi-lagi Ayra masih menyusu..
Saya tidur-tidur ayam je sebab risaukan Ayra & takut terlepas flight hehehe… Ditambah lagi dengan aircond yang sejuk sgt…
Pulang dari Seoul juga sama… Kami sampai di KLIA2 dah tengah malam.. Menunggu flight esok pagi balik ke JB.. Suami ajak kami rehat di Capsule by Container Hotel KLIA2… Tapi ketika itu hanya “CapSpace” (bilik) sesuai utk single person sahaja…. Tak sesuai untuk yang bawa baby huaaa
Jadi saya & Ayra lelapkan diri dalam Baby Room.. TQ makcik cleaner KLIA2 bagi kami berdua lelapkan diri dalam salah satu baby room situ.. Manakala suami lelapkan diri kat bangku yang kosong … OK nih trip duluu…
TAPI KALI INI sebelum ke Hong Kong kami persiapkan diri awal… Google siap-siap pasal Capsule by Container Hotel nih yang kini dikenali sebagai Capsule Transit (Airport Transit Hotel) – KLIA2.. Rupa-rupanya sekarang mereka dah buat Mix Plus iaitu “CapSpace” sesuai untuk berdua & ada baby… Apa lagi suami terus booked kat website mereka.. Harga menginap kat sini berdasarkan jam.. Cukuplah kami layover 6 jam di sini sebelum flight 8:30 pagi ke JB.. Boleh semak hotel ni di bawah:
HARI KEJADIAN: Kami sampai dari HK ke KLIA2 jam 1:30 pagi.. Excited nak merehatkan & melelapkan diri.. Capsule ini terletak di Aras 1, KLIA2 berhadapan surau.. Kami check in & perlu deposit RM50 dan dapat 2 woven bag siap ada air mineral, towel & toilet kit… Towel & key card perlu dipulangkan ketika check out…
Apa yang saya boleh katakan kami sangat teruja sebab pengalaman layover yang berbeza kalini.. Badan yang penat berjalan di HK rasa sungguh segar bila dah rehatkan diri di sini… Sangat selesa… Katil yang empuk (Orthorest Bed).. Walaupun dapat lelap sekejap je tapi rasanya macam dah tidur lama… Ayra pon nyenyak dan tak sedar langsung dia tido kat dalam Capsule nih… Solat subuh di surau terletak betul-betul di hadapan Capsule… Bilik air asing lelaki & perempuan.. Ruang lepak & bacaan yang hipster…
So next time if you need a place to sleep in during a layover in KLIA2, try this one out!!
Alaaaa dah TAK RAHSIA dah hihi
Maaf nak tanya, mix space tu boleh utk dua org kan?. Kalau cthnya ada dua org anak. Sorang akan duduk dengan suami, sorang lagi akan duduk dengan isteri. So kena beli dua space lah kn, dua space tu akan berdekatan atau jauh ye? Tq share experience yg menbantu.
boleh minta untuk dua space yang berdekatan sis 🙂