Camping di Jason Bay Beach Resort

Jason Bay

Camping di Jason Bay Resort

Minggu lepas kami sekeluarga berkesempatan camping di Jason Bay Beach Resort. Hehe Ayra & Afya confirmlah terlebih excited nak tidur dalam khemah. So macam biasa eceh biasa la sangattt… hahaha. Ok macam biasa Mira pun keluarkanlah semua barang-barang camping kami.

Kali ni ada pertambahan barang camping hehe. Excited kan nak camping so macam-macam la gear baru yang kami beli di shopee hahah. Mira ada kongsikan 60 barang yang bersesuaian untuk family camping. Korang boleh tekan link di bawah ok.

Baca lagi info di sini:

Jadi hari yang ditunggu pon tiba. Kiteorang gerak agak lewat juga dalam pukul 11 pagi. Pagi tu kiteorang siap-siap sarapan di rumah dan mula bersiap. Hahaha siapkan anak-anak pastu emaknya pula huaaa semput haha. Sebaik bapaknya pandai siap sendiri hahaha. Tu yang penting kena ada checklist barang risau dalam kalut-kalut tu ada yang tertinggal kan.

Felda Bukit Ester

Dalam perjalanan ke Tanjung Sedili, Zyzool singgah solat jumaat di Felda Bukit Ester. Sebenarnya memang niat nak ke Felda Bukit Ester sebab Zyzool nak mengamit kenangan waktu kecilnya. Zyzool pernah membesar di Bukit Ester. Banyaklah kisah-kisah zaman kecil yang Zyzool kongsikan kepada kami anak beranak. Kat mana dia tadika dulu. Sekolah rendah jalan kaki hihihi dan Zyzool sempat tunjukkan rumah mereka ketika tinggal di sana. Lepas puas berjalan dan menerokai Felda Bukit Ester kami pun bergerak ke Jason Bay di Tanjung Sedili.

Mee Sedili

Setibanya kami di Tanjung Sedili, kami singgah makan la dulu. Apalagi kita kasi try la Mee Sedili. Tak pergi Sedili la kalau tak try Mee Sedili hehehe. Pergh memang rare & sedap. Gabungan asam pedas ikan dan bihun. Pastu ada seekor ikan kembung fresh pulak tu dia letak dalam bihun tu. Makan time panas-panas memang umph siap berpeluh-peluh lagi hahaha. Video kami menikmati Mee Sedili nanti Mira post kat Youtube Channel kami ok. Ouh sebelum gerak ke destinasi kami sempat la beli kopok lekor basah kat kedai sebelah hehe. Nanti nak goreng kat campsite hihi.

Jason Bay Beach Resort

Selesai makan kami terus ke tapak perkhemahan kami di Jason Bay Beach Resort. Tup-tup hujan la pulak. So relax-relax dalam kereta jap sementara tunggu hujan reda. Zyzool mula dengan pasang flysheet dulu. Kemudian barulah pasang groundsheet dan pacak khemah hihi. Orang otaikan laju je dia pasang hahaha. Kami anak-beranak keluarkan peralatan yang lain-lain. Ok siap!

Selesai setting tempat perkhemahan kami pon relax dan bersolat. Kemudian terus keluar cari makan kat gerai tepi pantai Jason Bay. Hahaha tak larat ok nak masak hahaha. Jadi sambil makan nasi bungkus kiteorang layan view tengok langit hahaha. Anak-anak makan s’mores. Syiok betul. Tak lama lepastu tahu-tahu semua dah tertido hehehe

Malaysian Family Travel Jason Bay Beach Resort

Pagi esoknya kiteorang goreng keropok lekor yang beli semalam di Tanjung Sedili. Asyik betul breakfast kopok lekor hehehe sambil anak-anak main pasir tepi pantai. Zyzool sempat buat live sharing di facebook pasal senarai barang yang bersesuaian untuk family camping. Hihi thank you korang yang mengikuti sharing tersebut!

Sebelum pulang, Ayra & Afya sempatla mandi pantai Jason Bay. Hehehe bila time nak balik tu masing-masing muka monyok tak puas sehari je camping. Hihihi next time kita pergi lagi ok?

Sebenarnya tak ramai yang tahu boleh camping dalam Jason Bay Beach Resort ini. Masa kiteorang datang tu pon kami je yang berkhemah di situ. Hihi pengunjung lain menyewa chalet yang disediakan olah resort tersebut. Kalau tengok senarai harga yang mereka paparkan tak perasaan pon yang boleh sewa tapak khemah di dalam resort ini.

Bila Mira google pasal camping di Jason Bay ni, yang Mira jumpa kebanyakkan pacak khemah kat tepi pantai awam Jason Bay. Masa kiteorang pergi tu pon nampak juga ada yang pacak khemah di pantai cuma dengan keadaan masih dalam PKPP ni dibenarkan berkhemah tetapi tidak boleh bermalam melainkan di kawasan private property. Jadi korang jangan sembarangan pula pacak khemah tu ya!

Review Jason Bay Beach Resort

Harga Tapak: RM10 perkepala
No contact: 017-6800321
Facebook: Jason Bay Beach Resort
Tandas: Ada
Plugpoint: Ada
Phone Coverage: Ada
3.5/5
5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments