Shopping Baju Raya di Butik Aisy Asyraf!!!

Haaa tulah selalu ada je orang yang tegur Zyzool nih muka cam Imam Muda Asyraf. Kan dah jadi duta Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf! Hahaha tapi ni acah-acah berangan jadi duta jelah wakakaka..

Butik Aisy Asyraf Johor Bahru

Jadi semalam kiteorang shopping baju raya kat Butik Aisy Asyraf Johor Bahru di Angsana JB Mall. Butik ni berdekatan dengan Parkson Store Aras 3. MashaAllah punyalah ramai ya nak cari baju raya sebelum start Ramadan ni. Semua pon pakat-pakat beli awai tak kalut naaa hahahaha.

Pelbagai pilihan warna Kurta Zayne iaitu kurta koleksi terkini

Memang serius banyak pilihan baju raya lelaki kat sini. Dari baju melayu, kurta & jubah. Pelbagai pilihan warna dari saiz S sehinggalah 3XL. Ada juga pilihan kurta untuk plussize 4XL – 7XL. Manalah tak rambang mata kan. Untuk anak lelaki pula, saiz bermula dari saiz 2 sehingga 12.

Kurta Nasz ada Normal Size (S-3XL) & juga Plus Size (4XL - 7XL)

Bagi edisi Raya 2023 kali ini, Aisy Asyraf bertemakan ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya. Apalagi melaramlah Zyzool menggayakan baju design terbaru iaitu Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz & banyak lagi. Aafy pula selesa menggayakan Baju Melayu Tilka Kids. Kualiti kain memang tip top dan selesa dipakai. Harga pon setanding kualiti. Memang puas hati!

Kurta Lawla - Yellow Bee

Sekarang tengah ada harga promosi tau dan stok pon masih banyak warna & saiz. Dengar-dengar ada lagi stok terkini yang baru sampai hari ini. Jadi apa tunggu lagi, jomlah kita shopping sekarang di Butik Aisy Asyraf. Jadi nanti menjelang raya kita dah boleh tenang ribut jiwa hehehehe…

Baju Melayu Tilka ada sedondon ayah & anak

Sebelum makin sarat kita settlekan lah apa yang boleh settle dulu. Hehe.. Alhamdulillah selesai sudah shopping baju raya untuk Zyzool & Aafy di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf.

Kurta Izzi antara koleksi terkini di Butik Aisy Asyraf

Nak kacak bergaya seperti Zyzool? hehehe.. Jangan lupa datang & shopping beramai-beramai di Butik Aisy Asyraf sekarang!!

Kalau malas nak keluar redah lautan manusia tu pon jangan risau. Boleh juga terus membuat pembelian secara online di website https://www.aisyasyraf.com.

Kami dah selesai beli baju raya 2023 🤗
Anda bila lagi?

Kurta Izzi - Red

📍Butik Aisy Asyraf Johor Bahru
L3.19, Aras 3, Bangunan Angsana JB Mall,
Pusat Bandar Tampoi
81200 Johor Bahru
📞 +60197548210

@aisyasyraf_hq
@aisyasyrafjb

#LejenRaya
#LejenRayaAA
#LejenkanRayamuBersamaAisyAsyraf
#bajuRayaAA
#aisyasyrafraya2023

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments