Seoul
Seoul, Korea Selatan
Antara perkongsian pengembaraan kami sekeluarga di Seoul, Korea.

MIRA TRAVEL
Baca kisah dan tips kami
Panduan percutian ke Seoul Korea Selatan
Pengangkutan awam di Seoul teratur dan mudah difahami, jadi keluarga yang membawa anak kecil boleh bergerak sendiri tanpa pakej pelancongan. Kami catatkan pengalaman kami supaya anda dapat merancang dengan lebih yakin.
Kami kongsikan pengalaman menginap di Namsan Guest House, menggunakan WiFi pocket sepanjang percutian dan memilih antara stroller atau babywearing bila membawa anak kecil berjalan. Jangan lupa cuba susu pisang Binggrae yang halal, antara minuman yang kami syorkan.
Itinerari dan tips Seoul Korea Selatan
Untuk yang sedang merancang, baca itinerari Seoul 10 hari 9 malam dan 50 tips travel kami. Kami juga kongsikan 6 cara mendapatkan T-Money secara percuma untuk menaiki subway dan bas di sana.
Untuk maklumat rasmi destinasi, lawati Visit Korea. Semua artikel kami ada di bahagian atas halaman ini.

Bukan travel agent taw!! Zyzool si suami pastu Mira si isteri. Kami suka acah-acah backpackers dengan anak-anak.
Nak rancang trip sendiri?
Muat turun itinerari yang kami guna, kemudian sesuaikan ikut keluarga anda.
